CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

Lelaki Brazil Berubah Jadi Jejaka K-Pop

4-6-2014 05:50 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14746| Komen: 68

Pembedahan Plastik Lelaki Brazil Jadi Lelaki Korea

Xiahn, seorang lelaki berasal dari Brazil berusia 25 tahun. Dilahirkan dengan wajah yang boleh dikategorikan kacak dan tampan, dia memilih untuk buat pembedahan plastik, untuk menjadi lelaki korea! Berkulit cerah, rambut perang, mata tak sepet. Namun apabila ingin jadi lelaki korea, dia terpaksa ubah apa yang dimiliki. Xiahn menjalani 10 pembedahan yang menelan kos usd3000 atau lebih kurang RM9700. Perbezaan paling ketara boleh dilihat pada bahagian mata, yakni kelihatan sepet.

Apa yang buat dia tertarik untuk ubah bentuk fizikal badan dia?
Xiahn atau nama asal Max, memberitahu dia tertarik dengan fizikal lelaki korea ketika mengikuti program pertukaran pelajar di Dongseo University, Korea Selatan. Dalam tempoh satu tahun, dia juga tertarik dengan k pop dan drama serta filem korea, dan ingin kelihatan seperti watak dalam cerita tersebut. Kini selepas pembedahan, dia dapat apa yang ingini. Dia tak kisah orang kritik kerana ini hidupnya, jadi dia boleh buat keputusan sendiri. Bab penerimaan keluarga Xiahn pula, si bapa tak kisah, cuma ibunya yang berat hati dengan keadaan terkini anaknya.
Macam2 hal manusia zaman sekarang. Teknologi makin canggih, keinginan pun turut canggih!
















Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cicicumel 3-6-2014 01:48 AM
bulu ketiak pon dia kasi hitam?
mata je yg dia tukar kan..
mmg horror
Quote Dewa19XKangen 3-6-2014 01:49 AM
dia xtau dna ka yang kekal abadi..
Quote shanshero 3-6-2014 02:42 AM
Ekekekekekeke........
Quote burque 3-6-2014 03:47 AM
Gila palsu kelopak mata dia
Quote ais_kosong 3-6-2014 07:16 AM
wajah asal dah molek gigih operate!!!
hudooh sepang hokeh ngan sepet pelesu itew
Quote kentel 3-6-2014 07:45 AM
bertambah tambah hodoh nya hah....
Quote chinta89 3-6-2014 08:19 AM
yg korea sepet sibuk nk jd kokosen..

yg dah sah2 mat salleh nk jadik sepet pulak.. dahh!
Quote gekkou 3-6-2014 08:28 AM
pic last amat menakutkan
before operate lagi rembes kot
Quote rosa_canina 3-6-2014 08:31 AM
mata dia nmpk pelik
Quote ainie_1008 3-6-2014 08:32 AM
apalah nak jd.. org korea sibuk nak besarkan mata, dia plak nak mata sepet.. donia donia...
Quote nanacinta 3-6-2014 08:33 AM
buruknya...muka asal dia lagi cute...buat ape nak tiru korea yang plastik tu
Quote makton 3-6-2014 08:37 AM
org korea gigih buat operation nak ada kelopak mata, nak kasi mata jadi besar.
yang mamat ni terbalik plak... macam2 aihhh!
Quote honey_jelly 3-6-2014 08:46 AM
ya ampun..makhluk asing dari planet mana nihhhh ..buruk gilerrrrrrrr..nampak sgt alternya.. kalau korean yg wat plastic surgery at least nampak gak lawanya skit..nih huduhhh..bikin nightmare
Quote lucky_peace 3-6-2014 09:18 AM
adooi.... macam2 hah...
Quote yenil95 3-6-2014 09:19 AM
alahai...dah elok2 muka comel..langsung jadi rupa mcm tak mandi..
Quote amyainsamad 3-6-2014 09:43 AM
muka asal mmg handsome
Quote iman_aly 3-6-2014 09:46 AM
lawak gilaaaa
Quote girly.. 3-6-2014 09:47 AM
mcm2 peel la manusia ni
Quote liyamariska 3-6-2014 09:50 AM
seriously rupa asal mamat nih lagi handsome dari rupa korea dia skrg... perlu kaa letak celak ala2 amy winehouse nk sepetkan mata?

Lihat semua komen(68)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-10-2024 04:23 PM GMT+8 , Processed in 0.072768 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top