CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Adam Sandler, Aktor Komedi Serba Boleh!

4-6-2014 04:45 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 18718| Komen: 8



SIAPA yang tidak kenal dengan aktor komedi bertaraf lima bintang, Adam Sandler?

Nama bintang ini melonjak naik menerusi beberapa filem pecah panggungnya seperti Coneheads (1993), The Wedding Singer (1998), Punch-Drunk Love (2002), 50 First Dates (2004), The Longest Yard (2005), Click (2006), Bedtime Stories (2008), You Don't Mess With The Zohan (2008), Grown Ups (2010) dan Zookeeper (2011).

Tidak cukup dengan itu, aktor berusia 47 tahun ini juga muncul menerusi beberapa filem seperti The Animal (2001), Dickie Roberts: Former Child Star (2003), Anger Management (2003), The House Bunny (2008), Hotel Transylvania (2012) dan Grown Ups 2 (2013).

Menyingkap pembabitan Sandler dalam dunia seni Hollywood, suami kepada Jacqueline Samantha Titone ini mula menunjukkan minat terhadap bidang seni setelah muncul di kaca TV melalui rancangan The Cosby Show dan Remote Control pada 1987.

Begitu pun, ajakan daripada aktor Dennis Miller untuk bergabung dalam rancangan Saturday Night Live pada 1990 menyebabkan peluang Sandler dalam bidang seni terbuka luas.

Setelah tampil dalam pelbagai filem, Sandler kemudiannya aktif di belakang tabir apabila mengambil keputusan untuk mendirikan syarikat produksinya, Happy Madison Production pada 1999 yang menerbitkan filem-filem seperti Deuce Bigalow: Male Gigolo (1999), The Hot Chick (2002), The Benchwarmes (2006), Reign Over Me (2007) dan Funny People (2009).

Sepanjang kariernya berlangsung, aktor yang berkelulusan dari NYU’s Tisch School Of The Arts ini juga menghadapi pro dan kontra atas setiap hasil lakonannya.

Sandler pernah menerima Blockbuster Entertainment Award for Favorite Actor– Comedy, Kids’ Choice Award for Favorite Movie Actor, MTV Movie Award for Best Comedic Performance,  dan People’s Choice Award for Favorite Motion Picture Star in a Comedy.

Namun di sisi lain, dia juga dinilai sebagai 'gagal' dalam berlakon lantaran pernah beberapa kali menerima anugerah bagi Golden Raspberry Awards (Razzie Awards) menerusi kategori Aktor Terburuk dalam filem Just Go with It (2011), Jack & Jill (2011) dan That’s My Boy (2012).

Jangan tidak tahu, selain berlakon, Sandler juga pandai menyanyi dan pernah merakam beberapa album seperti They’re All Gonna Laugh at You! (1993), What The Hell Happened To Me? (1996), What’s Your Name? (1997), Stan and Judy’s Kid (1999) dan Shhh...Don’t Tell (2004).


Terukir di bintang

Nama Sandler sememangnya cukup besar dalam dunia perfileman antarabangsa.

Selama berkecimpung lebih 20 tahun dalam industri seni Hollywood, Sandler bukan saja dikenali sebagai pelakon dan pelawak, tetapi  terkenal sebagai penerbit, penulis skrip, pemuzik dan penulis lagu.

Dek kejayaannya itu, pemilik nama sebenar Adam Richard Sandler ini bertuah kerana menerima penghargaan apabila mendapat bintang yang terukir namanya di Hollywood Walk Of Fame, di Hollywood, California pada 2011.

Ternyata, Sandler sangat terharu dengan penghargaan besar yang diterimanya itu.

Malah, dia tidak percaya yang dia boleh berjaya seperti sekarang ini.

"Sebagai pelakon komedi, saya sangat bekerja keras untuk muncul di kaca TV dan layar lebar.

"Ramai yang datang ke Hollywood dengan impian sama dan saya berjaya mencapai impian tersebut," katanya pada Contact Music.

Selain Sandler, antara selebriti yang namanya terukir di Hollywood Walk Of Fame adalah Michael Jackson, Janet Jackson, Samuel L. Jackson, Elton John, Nicole Kidman, Bruce Lee, Keanu Reeves, Larry King dan Paula Abdul.


Lagi filem bersama Drew Barrymore

Masihkah anda ingat dengan filem-filem romantis seperti The Wedding Singer (1998) dan 50 First Dates (2004) yang menampilkan gandingan Sandler dengan aktres cantik, Drew Barrymore?

Bahkan, keserasian dua artis ini melalui filem 50 First Dates menyebabkan mereka layak menerima penghargaan dalam Best On-Screen Team di MTV Movie Awards.

Kini, dua pelakon itu bakal digandingkan sekali lagi menerusi filem terbaharu Warner Bros Pictures, Blended arahan Frank Coraci dan naskhahnya ditulis oleh Ivan Menchell dan Clare Sera.

Keserasian dua artis popular ini terus diperkatakan apabila Sandler dan Barrymore berduet dan menyanyikan lagu 10 Years Later sebagai salah satu rangka
mempromosikan untuk filem terbaru merekaitu sekali gus menceritakan mengenai pertemuan mereka berdua dalam filem berkenaan.

Duet Sandler dan Barrymore ini dipentaskan dalam acara The Tonight Show sambil diiringi petikan gitar Jimmy Fallon.

Selain Sandler dan Barrymore, Blended turut dilakonkan oleh Bella Thorne, Joel McHale, Wendi McLendon-Covey, Kevin Nealon, Jessica Lowe, dan Terry Crews
Blended menceritakan kisah dua insan, iaitu ibu tunggal dan duda yang bersetuju untuk tidak mahu bertemu lagi selepas menjalani satu sesi temu janji.

Pun begitu, ketika dalam satu percutian dengan keluarga masing-masing, secara kebetulan mereka berdua terpaksa berkongsi bilik . Bayangkan bagaimana kecoh dan macam-macam hal serta kerenah berlaku.

Bagaimanakah ia terjadi? Nantikannya di pawagam di seluruh negara mulai 12 Jun ini.


BLENDED

PENGARAH: Frank Coraci
PELAKON: Adam Sandler, Drew Barrymore, Bella Thorne, Joel McHale, Wendi McLendon-Covey, Kevin Nealon, Jessica Lowe, dan Terry Crews
GENRE: Komedi
DURASI: 117 minit
KLASIFIKASI: P13
TARIKH TAYANGAN: 12 Jun




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dewa19XKangen 3-6-2014 12:29 PM
just go with it,sikit punya best,dia kata terburuk..
Quote -electrifying- 3-6-2014 01:07 PM
the longest yard. the best movie for me from adam sandler.
tgk byk kali pon tak bosan.
Quote exclusive_vvip 4-6-2014 07:03 AM
filem2 dia ni takder la yg btol2 i impressed sgt...bleh la kalu tayang kat tv tu,i tgk...klu n
kata nk gi cinema sbb nk tgk, mmg taklah (buat masa ni).. lawak2 dia ada yg ketinggalan zaman...contoh cam kentut n berak bunyi kuat bertalu2 tu...even mat saleh pun ramai yg condemn lawak2 dia yg cenggitu...camner la al pacino leh berlakon jack n jill tu...penah baca, dia hadiahkan 200(lbh krg kot, x ingat exact amount) playstation kat kanak2 yahudi di israel...sbb perang dgn palestin...tang mana terjejas nyer bebudak yahudi tu taktau la..bleh la plak ada letrik,main playstation bagai...
Quote miminn 4-6-2014 12:56 PM
cerita dia dulu-dulu saya suka. 50 first dates paling favourite. tapi cerita baru-baru mcm jack & jill tu... hmm..
Quote yanasan21 6-6-2014 03:43 PM
the longest yard paling best & kelakar....hehe
Quote Staratila 9-6-2014 08:42 PM
ha ah dia ni kalau berlakon memang best
Quote deanswify 12-6-2014 11:15 AM
nampak trailer Blended masa tgok edge of tomorrow lst week
ya ampun, tgok trailer pon aku da gelak giler
apatah klu tgok full movy
i'm gonna watch Blended this weekend
slalunya cerita komedi ringan, aku bli DVD je
since last movie drew gn sandler dlm 50 st date tu pd 2004
mesti de sesuatu yg hebat kt Blended kali ni..
xsabar2 nk tungu DVD
so just go with it
hihi
Quote Peaceyo! 12-6-2014 03:03 PM
I vote The Longest Yard! Beribu kali nengok pon still ketawa macam orang giler.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 10:47 AM GMT+8 , Processed in 0.142927 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top