Produk kosmetik tidak boleh dipisahkan dengan kaum wanita. Bahkan tercatat sejak zaman Mesir kuno, aneka ramuan atau produk kosmetik sudah lama menjadi amalan. Seperti makanan, kosmetik juga mempunyai tempoh luput. Rawat produk kosmetik dengan tepat supaya kekal lama dan selamat digunakan. SIMPAN DI TEMPAT YANG TEPAT Setelah dibuka, simpan produk kosmetik di tempat yang sejuk dan kering. Hindari tempat yang lembap atau terkena sinar matahari secara langsung. Produk kosmetik akan mudah mencair manakala di tempat lembap, tekstur kosmetik akan mudah rosak sehingga tidak boleh digunakan lagi. KEBERSIHAN Kesan sentuhan secara langsung boleh menyebabkan alahan akibat kuman, bakteria mahupun sel kulit mati yang melekat pada produk dan barangan kosmetik. Adalah disarankan agar berus sintetik dibersihkan setiap dua kali sehari. Gunakan cecair pembersih solekan atau sabun wajah. ASAH DENGAN BAIK Beberapa alat solek perlu diasah sebelum digunakan. Antaranya seperti pensel gincu, atau pensel alis. Masukkan alat solek ke dalam peti sejuk setengah jam sebelum diasah. Hasilnya tentu anda puas hati! TEMPOH MASA KOSMETIK Periksa tarikh luput pada kemasan produk. Sebaiknya patuhi informasi yang tertera. Sebagai gambaran, rata-rata tempoh masa kosmetik seperti berikut.
|
ADVERTISEMENT