CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

10 Jenis Fobia Yang Pelik

3-6-2014 05:35 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8879| Komen: 21

Definisi fobia mengikut Kamus Dewan Edisi Empat: ketakutan yang amat sangat akan sesuatu. Berikut adalah 10 jenis fobia yang jarang tetapi wujud dalam masyarakat di serata dunia. Amat pelik dan mungkin bodoh bunyinya, namun ia tetap wujud dan berlaku.


Optophobia: Fobia untuk membuka mata

Mungkin fobia yang paling pelik di dunia! Mereka yang memiliki masalah ini, sukar untuk membuka mata sendiri. Tugasan harian adalah mimpi ngeri untuk penghidap Optophobia. Jika anda boleh membaca apa yang kami tulis ini, jangan bimbang, ternyata anda tidak memiliki tersebut, syukur.

Chorophobia: Fobia terhadap tarian

Apa sahaja yang berkaitan tarian termasuk kelab malam, boleh menjadi punca ketakutan kepada mereka yang mempunyai fobia jenis ini.


Geliophobia: Fobia terhadap gelak ketawa

Banyak kajian yang dibuat memperlihatkan ketawa adalah aktiviti yang baik untuk kesihatan. Ia mampu memperbaiki tahap mental dan jantung. Namun, untuk yang menderita Geliophobia, ketawa atau berada sekeliling orang yang sedang ketawa akan menyebabkan mereka mula berasa takut. Risau diketawakan orang menjadi antara punca kepada wujudnya Geliophobia.

Arachibutyrophobia: Takut mentega kacang melekat pada lelangit mulut

Senarai fobia yang pelik tidak akan lengkap jika kita tidak sebut Arachibutyrophobia. Penghidapnya hampir pasti tidak akan makan mentega kacang seumur hidup mereka!

Heliphobia: Takut kepada cahaya matahari

Pastinya satu keadaan yang amat sukr untuk mengelak daripada cahaya matahari sepanjang masa. Satu ia sukar untuk dilakukan, keduanya ia juga tidak elok untuk kesihatan (jika dijauhi sepenuhnya). Bermula dari rasa takut akan bahaya yang wujud pada matahari.

Deipnophobia: Takut akan berbicara atau berbual semasa makan malam



Ini adalah antara contoh fobia yang agak spesifik, takut bercakap waktu makan malam. Pengidapnya akan hanya diam sepanjang waktu makan. Ada bagusnya juga kerana diam ketika makan sebenarnya membantu dalam proses pencernaan yang lebih baik.

Neophobia: Takut kepada benda-benda baru

Ramai orang yang mahu mencuba benda baru dan pengalaman baru. Namun bagi penghidap Neophobia, mereka tidak mahu apa pun yang baru dalam hidup mereka. Penghidapnya akan kehilangan kualiti hidup dan tidak akan berani untuk merasai pengalaman-pengalaman baru dalam hidup. Kajian juga memperlihatkan mereka yang mempunyai masalah Neophobia, akan mempunya jangka hayat yang pendek. Ini terjadi akibat tekanan yang mereka lalui saban hari.

Syngenesphobia: Takut pada keluarga dan saudara mara

Rasanya ramai yang ada masalah camni, cuma ia mungkin melibatkan keluarga sebelah mentua. Semua kita ada rasa malu dan sakit hati dengan anggota keluarga kita pada masa-masa tertentu, namun penghidap Syngenesphobia menghadapai masalah itu secara keterlaluan dan sepanjang masa.

Ablutophobia: Takut untuk mandi dan membersihkan diri

Biasanya kanak-kanak yang malas mandi, namun adakalanya ia melibatkan orang dewasa. Namun harus ingat, Ablutophobia adalah fobia untuk mandi, bukannya malas untuk mandi. Ada banyak beza tu. Yang dekat hostel bau semacam itu kerap kali adalah pemalas, bukannya Ablutophobia.

Geniophobia: Takut kepada dagu

Yup…dagu, bahagian di muka kita itu. Ini mungkin fobia yang paling sengal di dunia ni. Selain itu ada juga fobia lutut (genuphobia), fobia tangan (chirophobia) dan fobia siku (ishicascadiggaphobia). Bagaimanapun, fobia-fobia tubuh badan tertentu ini boleh dirawat melalui terapi.

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makton 20-5-2014 04:21 PM
takut pada dagu, takut nak mandi & takut bukak mata tu aku rasa paling ngarut... huhu..

kesian kat org2 yg fobia ni.
Quote ainie_1008 20-5-2014 04:27 PM
takut mandi.. ermm msti rasa nak pengsan je dok sebalah org yg fobia mandi tue..
Quote pakwetizzaqyah 20-5-2014 04:30 PM
aku lak bitchofobia dan bimbofobia
Quote ice_sky92 20-5-2014 05:07 PM
Fobia dengan perempuan cantik ada kan?
Quote solstice 20-5-2014 06:07 PM
Sebahagian besar bukan fobia
Tp mengada2
Cuba pi hantar syria
Sure x der masa nak fikir fobia2 yg mengarut tu
Pikir nk hidup jer
Quote finding 21-5-2014 08:11 AM
punca phobia selalunya bermula dari kecil disebabkan sesuatu peristiwa atau ibubapa yang terlalu mengawal anak2.
Quote Jannatul_Aisya 21-5-2014 08:34 AM
mcm mengarut pun ade jugak.. ermm
Quote supernaturalee 21-5-2014 09:14 AM
aku rasa, maybe, probably, aku ade kut fobia ni:

Neophobia: Takut kepada benda-benda baru

- nerves semcm...cthnya ade circular baru di ofis, shuffle ke
tp so far, hadapi jgk walau mcmna fobia pun...fuhhh

Syngenesphobia: Takut pada keluarga dan saudara mara

- especially bila tiba hari khas perlu berkumpul
cthnya kenduri kahwin, hari raya
mslh utama : nk sembang ape ye?update ttg life?almost xde pun...adoyaiii
yg kenduri, klu blh elak drpd hadir, mmg aku buat
Quote Artemesiaa 21-5-2014 11:02 AM
Macam2 jenis ketakutan
Quote Mark_Wong 21-5-2014 12:27 PM
Lol, so many weird phobia.
Quote bottombikini 21-5-2014 12:29 PM
supernaturalee posted on 21-5-2014 09:14 AM
aku rasa, maybe, probably, aku ade kut fobia ni:

Neophobia: Takut kepada benda-benda baru

aku pun sama...tapi yg kedua tu..hehe
Quote supernaturalee 21-5-2014 12:45 PM
bottombikini posted on 21-5-2014 12:29 PM
aku pun sama...tapi yg kedua tu..hehe

what so funny?
betul...tp aku cube jgk la gi tegur2 sedara yg aku rs ok


Quote amyainsamad 21-5-2014 03:02 PM
mcm2 fobia..........
Quote fifie_olin 21-5-2014 03:36 PM
ke jadahnya takut dgn dagu....terminum minyak dagu kaa
Quote ultrakasino 21-5-2014 04:40 PM
Aku fobia sambal ikan bilis
Quote anees~nuhara 21-5-2014 05:28 PM
ultrakasino posted on 21-5-2014 04:40 PM
Aku fobia sambal ikan bilis

dah knape??
Quote lucky_peace 4-6-2014 12:11 AM
Gila-gila pengantin,  fobia kat pelamin... hohoho...
Quote skymania 4-6-2014 07:49 AM
heliphobia tuh vampire jer...
Quote Cik_Andak 4-6-2014 11:34 AM
Macam-macam jugak fobia ni ye...

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 12:53 PM GMT+8 , Processed in 0.125362 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top