CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

Fakta Mengenai Jenama Samsung

3-6-2014 03:56 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14335| Komen: 24

Sebut sahaja Samsung, lihat sahaja jenama Samsung minda kita pasti akan terbayang tentang smartphone yang canggih seperti Samsung Galaxy S3, S2, dan lain-lain lagi. Namun itu minda sekarang. Jika dahulu Samsung membina nama dengan barangan elektronik seperti televisyen, LCD Monitor dan sebagainya. Tahukah anda bahawa Samsung bukan sahaja menjalankan perniagaan berasaskan produk elektronik, tetapi ia mempunyai projek besar yang tidak semua orang tahu. Apakah projek-projek tersebut?


Dahulu, Samsung dianggap sebagai jenama elektronik kelas ke-dua. Produk mereka dianggap kurang berkualiti dan kurang berstatus dibandingkan dengan jenama lain, khususnya jenama berasal dari Jepun. Namun kerja keras Samsung akhirnya membuahkan hasil. Hingga akhirnya vendor berasal dari Korea Selatan tersebut saat ini menjadi pengeluar elektronik kelas dunia yang disegani. Ingin tahu beberapa fakta menarik mengenai pengeluar smartphone terbesar di dunia ini? Jemput baca.


1. Punya Bisnes Dalam Bidang Pembinaan dan Perkapalan



Samsung Electronics yang memproduksi smartphone, peti ais, sehingga mesin basuh adalah sebahagian daripada konglomerat bernama Samsung Group. Samsung Group beroperasi di dalam lebih daripada 80 sektor perniagaan. Di bidang pembinaan, wujud anak syarikat Samsung Engineering and Samsung C&T. Mereka antara lain membangun Burj Khalifa di Dubai, UAE, yang berstatus gedung tertinggi di dunia. Malah salah satu daripada Menara Berkembar Petronas di Malaysia, turut dibina oleh Samsung Selain itu, Samsung turut mempunyai syarikat Samsung Heavy Industries yang bergerak di dalam industri perkapalan. Ditilik dari sisi pendapatan, divisyen ini adalah pengeluar kapal terbesar kedua di dunia. Samsung Group juga mempunyai Everland, sebuah taman tema hiburan terkenal dan tertua di Korea Selatan. Mereka juga turut mepunyai syarikat insuran dan syarikat pengeluar kereta yang bekerja sama dengan Renault.


2. Perusahaan yang Dikendalikan Keluarga

Samsung adalah sebuah chaebol. Chaebol merupakan istilah bagi perusahaan konglomerat besar yang dikendalikan oleh keluarga secara turun temurun. Samsung didirikan oleh Lee Byung-chull. Setelah dia meninggal, kepemimpinan di Samsung diteruskan oleh Lee Kun-hee yang merupakan anak ketiga Byung-chull. Keluarga Lee memang sangat berkuasa di dalam Samsung. Anak Lee Kun-hee yang bernama Lee Jae-yong, saat ini menjadi presiden dan Chief Operating Officer Samsung Electronics.Lee Kun-hee sendiri mempunyai harta melimpah dan masuk senarai orang terkaya di dunia. Menurut perkiraan oleh majalah Forbes, dia mempunyai kekayaanber nilai USD 10.8 billion (RM 33 billion).


3. Bermula daripada Syarikat Mie

Pada awalnya, Samsung sama sekali tidak memproduksi barang elektronik. Syarikat ini didirikan oleh Lee Byung-chull pada tahun 1938 sebagai syarikat perdagangan makanan. Samsung ketika itu antara lain menghasilkan mie dan beribupejabat di wilayah Daegu, Korea Selatan. Perniagaan ini berjaya dan kemudian berpindah ibupejabatnya ke Seoul. Setelah perang Korea selesai, Samsung mulai melebarkan sayap bisnesnya. Pada tahun 1954, Samsung membangunkan kilang pakaian cotton terbesar di Korea Selatan. Berjaya di bidang bisnis yang dirintisnya, Samsung akhirnya memutuskan masuk ke bisnes elektronik pada tahun 1960. Produk pertama mereka adalah televisyen berlayar hitam putih.


4. Rahsia Kejayaan Samsung

Pada tahun 1993, Lee Kun-hee selaku Chairman Samsung mengadakan lawatan keliling dunia. Dia ingin tahu bagaimana tanggapan pasaran antarabangsa terhadap produk buatan Samsung. Lee berasa tidak gembira. Di California, Amerika Syarikat, dia menyaksikan televisyen Samsung berada di rak bawah dan tersembunyi. Sedangkan televisyen Sony dan Panasonic berada di rak atas yang mudah dilihat pengguna. Lee berhasrat mengubah Samsung menjadi pengeluar eletronik kelas satu yang disegani. Dia kemudiannya mengumpulkan para eksekutif Samsung di Jerman untuk mentransformasikan syarikat itu dengan pantas. Pidatonya ketika itu dijuluki sebagai Frankfurt Declaration Of 1993. Lee menegaskan strategi Samsung harus diubah untuk mengejar pesaing. “Ubahlah semuanya selain isteri dan anak-anak anda,” sebut Lee. Sejak itu, Samsung benar-benar berevolusi menjadi pengeluar elektronik yang disegani.


5. Pengeluar Elektronik Raksasa

Sejak tahun 1990-an, Samsung Electronics khususnya mencapai puncak kejayaan. Mereka menjadi pengeluar memori cip terbesar di dunia pada tahun 1992 dan pengeluar cip nombor dua setelah Intel. Dilihat dari unit terjual, Samsung ketika ini adalah pengeluar telefon mudah alih terbesar di dunia menggantikan Nokia. Tahun lalu, Samsung menjual 215.8 juta unit telefon . Lebih banyak dari kombinasi 3 pengeluar telefon mudah alih ranking di bawahnya. Mereka juga berstatus sebagai pengeluar televisyen dengan tahap penjualan terbanyak sejak tahun 2006. Kejayaan Samsung di banyak bidang eletronik membuat pengeluar elektronik berasal dari Jepun ketinggalan. Sejak tahun 2005, jenama Samsung sudah lebih popular berbanding Sony menurut kajian Interbrand.


6. Korea Selatan Digelar Republic of Samsung


Samsung mempunyai peranan ekonomi yang sangat penting bagi Korea Selatan. Diperkirakan, 17% dari Gross Domestic Product (GDP) Korea Selatan adalah dari Samsung. Produk dan perkhidmatan buatan Samsung hampir menyentuh semua area kehidupan masyarakat Korea Selatan. Ini tidak lepas dari banyaknya bisnes yang digarap Samsung. Warga Korea Selatan mungkin memakai smartphone Samsung dan tinggal di apartemen yang dibuat oleh Samsung juga. Dan mengambil perlindungan insurans Samsung Life. Dan para top management Samsung jugan sangat berkuasa. “Anda bahkan boleh mengatakan chairman Samsung lebih berkuasa dibandingkan dengan presiden Korea Selatan. Orang Korea berpendapat Samsung tidak dapat disentuh dan berada di atas undang-undang” ucap Woo Suk-hoon, seorang penganalisis ekonomi.

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote amyainsamad 30-5-2014 04:38 PM
wow..baru  tau
Quote supernaturalee 30-5-2014 04:44 PM
mesin basuh aku samsung
well done
Quote immi 30-5-2014 05:12 PM
supernaturalee posted on 30-5-2014 04:44 PM
mesin basuh aku samsung
well done

me too....hp dia hubby je guna...me lenovo
Quote telracs 30-5-2014 05:39 PM
tv kat ruang dapur rumah saya pun jenama samsung... dah lama tu... rasanya arwah abah beli tahun 1992.
Quote telracs 30-5-2014 05:43 PM
telefon bimbit pertama yang saya guna tahun 2000.. jenama samsung... jenis flip masa tu... tahan lasak tu... bape kali terpelanting still boleh guna...sampailah gatal nak tukar kepada nokia yg jenis slide... hehehe... sekarang tukar kepada samsung semula sbb nokia takde android... ekeke...
Quote ana_w_houb 30-5-2014 07:23 PM
telracs posted on 30-5-2014 05:43 PM
telefon bimbit pertama yang saya guna tahun 2000.. jenama samsung... jenis flip masa tu... tahan las ...

kalau zaman sebelum tahun 2000.henpon femes nokia,alcatel ngan siemens....
Quote nanacinta 30-5-2014 09:47 PM
tapi macam tak selamat ekonomi negara dipegang oleh satu syarikat...sampai ada orang panggil south korea sebagai republic of samsung...ape akan jadi kalau syarikat tu bangkrap??? bayangkan mereka menguasai 1/5 drpd ekonomi korea...
Quote Artemesiaa 30-5-2014 09:59 PM
Rasanya dulu ia lebih terkenal dengan jenama barang2 eletrik sebelum phone
Quote ctaz 31-5-2014 01:45 AM


Jgan lupa yg ini juga...

The K9 Thunder is a South Korean self-propelled 155 mm howitzer developed by Samsung Techwin for the Republic of Korea Armed Forces. It was developed to supplement and then replace the K55 self-propelled howitzers in South Korean service. K9 howitzers operate in groups with the K10 automatic ammunition resupply vehicle.

Last edited by ctaz on 31-5-2014 01:46 AM

Quote fazzrules 31-5-2014 10:19 AM
my mesin basuh samsung beli tahun 2006..smp skrg still in good condition...
Quote bandung_cincau 31-5-2014 12:24 PM
mesti owner dia kaya raya ni
Quote Capchai 31-5-2014 02:33 PM
...Sangat Hebat..perjuangan beliau tuu..yooooo respect laa bro..
Quote Diaries 31-5-2014 03:03 PM
Woww. .br tahu..
Quote selipar_hijau 2-6-2014 02:33 PM
Sam-sung = bintang tiga
Quote asher 2-6-2014 04:38 PM
power giler samsung nie..smpi bleh konker 1 korea selatan..
Quote mysweetisha 2-6-2014 04:45 PM
Samsung peti ais kat rmh ai pakai setahun jer dah rosak, dah le kedekut nak ganti baru... Nyampah tul ngan samsung nj
Quote june-july 2-6-2014 04:56 PM
mesin basuh samsung june beli sejak 1999.. letak je kat luar rumah. asik kena ujan panas je. guna sampai 2014.. berbaloi2.. then beli baru pun jenama sama.
TV.. peti sejuk.. ac.. pun samsung..
x tau le kenapa.. minat nau ngan samsung ni
Quote yanasan21 3-6-2014 03:30 PM
jenama samsung ni meluas kt malaysia banding dgn brand lain...mesin basuh samsung, peti ais samsung, tv samsung...tp hp ku sony......
Quote kucen_miang 3-6-2014 04:20 PM
di sana Samsung ada di mana2, dlm lif, atas kotak coklat,..

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:33 AM GMT+8 , Processed in 0.049275 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top