Majlis meraikan pernikahan baharu suami kepada Erma Fatima itu berlangsung di sebuah hotel di Cherating , Pahang pada 27 Mei lalu. Majlis yang berlangsung secara tertutup itu turut dihadiri beberapa artis terkenal termasuk Datuk Rosyam Nor dan isteri. Walaupun isteri kedua pengarah itu masih misteri, Utusan Online berjaya mendapatkan gambar perkahwinan mereka baru-baru ini. Sehingga kini Bade sendiri masih belum memberi sebarang pengesahan mengenai pernikahannya itu walaupun usaha mendapatkan kenyataan daripada pengarah berkenaan dibuat semenjak minggu lalu. "Bade dan isterinya difahamkan telah bernikah sekitar dua bulan lalu di negara jiran. Wanita berkenaan juga merupakan orang yang terlibat dalam bidang penerbitan drama dan filem dan kini membantu produksi Bade sendiri," jelas sumber.
Rosyam yang dihubungi Utusan Malayisa bagaimanapun tidak mahu memberi sebarang ulasan mengenai majlis perkahwinan rakan baiknya itu. "Ini kisah peribadi, awak tanya tuan punya diri, itu lebih baik," katanya, tegas. Erma, isteri pertama Bade juga gagal dihubungi untuk memberikan sebarang komen. Hasil penelitian di laman Instagram Erma, pengarah itu kini berada di Sepanyol untuk projek karya terbaharunya. Erma dan Bade bernikah pada 30 November 1990 dan membesarkan lima orang anak. Sebelum ini Bade pernah didakwa telah bernikah lain pada 2010. Bagaimanapun Bada menafikan sekeras-kerasnya yang dia sudah berkahwin pada waktu tersebut |
Cookeelaat posted on 30-5-2014 07:36 PM
Ada majlis meraikan bagai tu rasa rasa macam erma restu akan tetapi bila baca part kawin kat negara ...
ADVERTISEMENT