Kuala Lumpur : 2NE1 'ALL OR NOTHING' telah berlangsung dengan suksesnya di Stadium Negara pada 24 Mei 2014 yang lalu. Ini adalah merupakan kedatangan kali ke-2 mereka selepas konsert Petronas TwinTower 2013. Kedatangan mereka yang memang dinantikan oleh BLACKJACK Malaysia sudah semestinya adalah merupakan hadiah yang tidak ternilai bagi peminat setia dalam masa yang sama telah mengubati kekecewaan setelah perancangan konsert jelajah dunia pertama mereka 'NEW EVOLUTION' yang sepatutnya diadakan pada tahun 2012 telah dibatalkan oleh sebab-sebab yang tidak boleh dielakkan.
Ketika kembali ke pentas untuk set ke-2 persembahan, tampil dengan pakaian yang serba putih dan kali ini pula rangkaian lagu berentak perlahan seperti 'Missing You', 'If I Were You', 'Ugly'. Dara sempat mengajak para peminat untuk bernyanyi bersama-sama 'Come Back Home' yang dinyanyikan dalam versi umplugged. Suasana tiba-tiba bertukar hangat dengan kemunculan 5 anak muda dari kumpulan baru YG Entertainment, WINNER yang digerap dan dikenali dari program realiti show pertama terbitan YG Entertainment Who is Next: WIN. mereka mempersembahkan . Merupakan pelapis generasi muda Big Bangkehadiran mereka amatlah dialu-alukan oleh peminat. Disamping itu juga mereka amatlah pandai mengambil hati dan mencuri hati peminat. Memperkenalkan diri dan menyapa peminat didalam bahasa ibunda Malaysia. Apa khabar, Kami gembira berada di Malaysia, Selamat Malam dan Aku Cinta Pada Mu, Selamat Berjumpa. Biarpun cuma mempersembahkan dua buah lagu mereka iaitu 'Just Another Boy' dan 'Go Up' namum kehadiran mereka benar-benar memukau Blackjack Malaysia. Dapat dirasai aura WINNER menular diserata stadium dan ramai yang terlupa seketika membayangkan semua peminat sedang menyaksikan konsert solo WINNER. Okey pesanan kepada penganjur IME Production, harap anda mempertimbangkan permintaan peminat membawa mereka pula untuk konsert solo WINNER. (Eh...aura fangirl terkeluar lak pulak...) Kehangatan berterusan ketika 2NE1 mengambil alih pentas mempersembahkan lagu 'I Love You' manakala 'Come Back Home' dalam versi rock. CL juga sempat bertanya pada peminat sekiranya mereka sentiasa sayang dengan 2NE1 sambil mengajak peminat untuk bernyanyi beramai-ramai untuk lagu 'Do You Love Me'. (off course we DO love you...kan...kan...BLACKJACK) Kelihatan CL dan Dara lebih banyak berinteraksi dengan peminat. Memberitahu bahawa mereka lega dan gembira akhirnya dapat datang ke Malaysia menunaikan janji untuk mengadakan konsert dan amat berterima kasih diatas sokongan dan harapan Blackjack tanpa putus-putus terhadap mereka. Untuk persembahan solo, CL muncul dengan lagu 'The Baddest Female' dan untuk 'Mental Breakdown (MTDB)' pula disampaikan dalam versi dan nafas baru. Anda tentu saja tau kan apa disebalik cerita lagu MTDB ini. CL kembali bergambung dengan Minzy, Dara dan Park Bom mengegarkan stadium dengan lagu 'SCREAM', 'I Am The Best' dalam versi rock untuk 'I Don't Care' dan diakhiri dengan lagu 'Go Away'. Untuk kesekian kalinya mereka berinteraksi dengan peminat menyampaikan pesanan dan mengikat janji mereka akan pasti kembali lagi ke Malaysia. Kesedihan dan sayu pasti akan bergumpul dihati peminat, lagu 'Lonely', 'I Am The Best' dan 'Can't Nobody' menutup tirai konsert 'ALL OR NOTHING' mereka di Kuala Lumpur. Seperti kebiasaan topik perbualan kami para media selain terkesima dan memuji puas hati dengan persembahan nyanyian yang penuh dinamik disamping tarian yang bertenaga. Kostum pakaian berfesyen yang mereka peragakan sering mendapat perhatian. Kuasa 2NE1 memang tidak boleh dinafikan kerana mereka berkebolehan, mereka sexy, mereka hot. 2NE1 akan sentiasa menjadi trend dan ikutan peminat seluruh dunia. Jutaan terima kasih kepada IME Production diatas undangan media kepada CARI Malaysia dan sampai berjumpa kembali pada konsert seterusnya iaitu CNBLUE in Malaysia pada 9 Aug 2014 nanti. Artikel oleh : isabel Gambar oleh : IME Productions |
ADVERTISEMENT