Ketua Pegawai Eksekutif Jump Street Malaysia Sdn Bhd, Duncan McGilligan berkata taman itu juga merupakan yang terbesar seumpamanya di Asia yang mempunyai gelanggang utama seluas lebih 3,000 meter persegi. Beliau berkata taman itu menjanjikan keseronokan kepada keluarga dan adalah kawasan untuk melakukan aktiviti rekreasi dan kecergasan yang ideal. "Hampir setiap orang mempunyai kenangan indah melompat di atas katil semasa mereka kecil. Namun melompat di atas trampolin adalah lebih seronok dan selamat yang pada masa yang sama memanfaatkan minda dan badan," katanya kepada pemberita yang dibawa meninjau kemudahan di taman itu, hari ini. Terdapat pelbagai jenis trampolin selain pelbagai permainan lain di taman ini termasuk bagi mereka yang baharu mahu mencuba aktiviti trampolin serta bagi kanak-kanak seawal usia tiga tahun. McGilligan berkata aktiviti di taman itu dikendalikan oleh mereka yang terlatih. Beliau berkata taman seperti itu akan turut dibuka di kawasan lain di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor dalam tempoh lima tahun lagi. Taman ini dibuka dari jam 10 pagi hingga 9 malam dari Isnin hingga Rabu dan lebih lama pada hari puncak dari pukul 9 pagi hingga tengah malam. Harga yang dikenakan ialah RM20 (bagi jam pertama) dan RM17 (bagi jam kedua) pada Isnin, Selasa dan Rabu serta RM25 (jam pertama) dan RM22 (jam kedua) pada Khamis, Jumaat, Sabtu, Ahad dan cuti umum.
|
dino posted on 30-5-2014 05:08 PM
kat penang ka nih
alesandra posted on 30-5-2014 05:19 PM
bestnya.tapi aku agak skeptikel..sbb mesia neh buat apa2 pun indah khabar dari rupa.
ADVERTISEMENT