Nama Penuh: Hugh Michael Jackman Tarikh Lahir: 12 Oktober 1968 Tempat Lahir: Sydney, New South Wales Zodiac: Libra Tinggi : 189 cm Kewarganegaraan: Australia Ayah: Chris Jackman (Akauntan) Ibu: Grace Watson Saudara: Ian Jackman (kakak), Ralph Jackman (kakak), Sonya Jackman (kakak), Zoe Jackman (kakak) Isteri: Deborra-Lee Furness (sejak 11-Apr-96) Anak: Oscar Maximillian Jackman (adopsi, lahir 15-Mei-00), Ava Eliot Jackman (adopsi, lahir 10-Jul-05) Biografi Hugh Michael Jackman lahir pada12 Oktober 1968 di Sydney, Australia adalah seorang artis berkerakyatan Australia. Dia memenangi Tony Award menerusi filem pertamanya The Boy from Oz. Hugh Jackman menceburi industri perfilemanan sejak tahun 1999. Kehidupan masa kecil Hugh cukup perit. 18 bulan pertama setelah kelahirannya Hugh perlu tinggal dengan bapa saudaranya kerana ibunya, Grace, mengalami sindrom depresi semasa melahirkannya. Grace menjadi semakin tertekan kerana tidak mendapat perhatian dari Chris. Merasa tak tahan membesarkan lima anak sendirian, Grace memutuskan meninggalkan Chris dan anak-anaknya semasa Hugh berusia 8 tahun. Grace kemudian berkahwin lagi dan memiliki anak perempuan. Walaupun ditinggalkan oleh ibunya dari kecil, Hugh membesar menjadi pemuda yang berkelakuan baik dan sangat berdisiplin. Hal ini berkat didikan Chris yang dianggap Hugh sebagai kawan yang tak pernah bercakap tentang perkara buruk dan mengejek orang lain. Hugh merasa bangga kerana ayahnya tetap menghormati Grace walaupun isterinya telah berkahwin dengan orang lain. Bakat lakonan Hugh terselah ketika dia sedang belajar di sekolah khusus untuk lelaki, Knox Grammar School. Saat itu, Hugh kerap terlibat dalam beberapa pementasan drama dan juga terpilih menjadi kapten sekolah. Meningkat dewasa, Hugh meneruskan pendidikan di University of Technology, Sydney, dan mengambil ijazah sarjana bidang komunikasi. Dia pun mengembangkan bakat lakonannya dengan mengikuti kursus satu tahun di Actors' Centre di Sidney. Ketika mengikuti kursus lakonannya, Hugh sempat ditawarkan untuk tampil di opera sabun TV Australia, "Neighbours". Sayangnya, Hugh menolak kerana ingin meneruskan kuliah di Western Australian Academy of Performing Arts di Edith Cowan University, Perth. Setelah lulus tahun 1994, Hugh pun mula mengembangkan bakatnya sebagai pelakon dan permulaannya drama bersiri untuk TV Australia "Law of the Land" (episode "Win, Lose and Draw"). Setahun kemudian, Hugh terpilih untuk memegang pelakon utama Kevin Jones di mini seri TV ABC, "Correlli". Berkat kegigihan memegang watak jahat tersebut, nama Hugh pun mula dikenali. Tahun 2000, Karier Hugh sebagai pelakon meningkat naik dan dia terpilih membintangi film adaptasi dari komik Marvel berjudul, "X-Men". Dalam film arahan Bryan Singer tersebut, Hugh terpilih untuk menghidupkan watak mutan superhero bernama Logan / Wolverine. Selain "X-Men", Hugh juga kembali tampil sebagai Wolverine di filem seterusnya seperti "X-Men 2", "X-Men: The Last Stand" dan "X-Men Origins: Wolverine". Kehebatannya berlakon juga dapat disaksikan di beberapa film terkenal diantaranya "Someone Like You" (2001), "Van Helsing", "The Prestige", "Deception" dan "Australia". Di usianya yang ke-41, Hugh telah menjalani kehidupan yang berjaya dari pekerjaannya mahupun kehidupan peribadinya. Saat baru menceburi sebagai pelakon, Hugh bertemu dengan dengan kekasihnya, artis Australia Deborra-Lee Furnes, ketika mereka terlibat pengembaraan siri TV "Correlli". Dalam siri tersebut, Hugh dikhabarkan jatuh cinta pada seorang ahli terapi. Rupanya, kisah percintaan di siri mini tersebut berlanjutan sehingga kehidupan luar. Setahun setelah siri tersebut berakhir, Hugh berkahwin dengan Deborra pada 11 April 1996. Dari perkahwinan tersebut mereka memiliki dua anak iaitu Oscar Maximillian (15 Mei 2000) dan Ava Eliot (10 Juli 2005).
|
putehkundor posted on 28-5-2014 10:55 AM
Mak teh start merembes tgk dia pakai towel sambil hayun kayu golf...
Ntah apa tajuknya.....yg ada h ...
ADVERTISEMENT