KUALA LUMPUR, 29 MEI 2014: Tidak semestinya maksud berbaik-baik di antara pasangan yang sudah berpisah harus disempurnakan dengan merujuk dan berkahwin semula. Walaupun ia dituntut, bagi Erra Fazira ia bukanlah penyelesaian utama atau perkara yang seharusnya dilakukan oleh pasangan yang telah berpisah dan bercerai. Mungkin apa yang dimaksudkan Erra Fazira adalah pendekatan yang diambilnya dan bekas suami, Engku Emran demi kebaikan anak tunggal mereka, Engku Aleesya boleh dicontohi oleh kebanyakan pasangan suami isteri bercerai yang mempunyai anak. Menurut Erra, demi tanggungjawab terhadap Aleesya, Erra dan Emran boleh bersatu dan bersama untuk anak mereka yang kini berusia lima tahun itu. Emran juga memuat naik gambar terbaharu mereka di laman Instagramnya menunjukkan mereka sama-sama hadir ke ujian pengambilan pelajar tahun satu untuk Aleesya, semalam. “Saya faham niat dia (Emran) ingin menunjukkan kami ni sebagai contoh bahawa walaupun kita berpisah, tanggungjawab terhadap anak tetap diutamakan dan kami boleh bersama dan bersatu. Maksudnya di sini, bukan bersatu kembali, tetapi berbaik demi anak," kata Erra. “Macam baru-baru ini, saya pergi ke sekolah anak bersama dengan dia. Itu yang sepatutnya dipraktikkan oleh insan-insan yang sedang berpisah dan ada anak. Tak semestinya kena berkahwin dan rujuk semula,” katanya yang ditemui di peragaan fesyen Rizman Ruzaini di butik pereka itu pada Selasa. Sentiasa dikaitkan dengan selebriti lelaki tempatan, bekas ratu cantik Malaysia ini terus diburu mdia yang ingin tahu rahsia peribadinya itu.Terbaru dia dikatakan rapat dengan Shahir AF8. Namun dia sekadar menjawab bahawa hubungan itu adalah atas dasar kerja. Erra yang giat menjadi penerbit pementasan teater ada melamar Shahir untuk berlakon sebuah teater namun masih belum mendapat jawapan muktamad daripada juara Akademi Fantasia musim ke lapan itu.
|
fifie_olin posted on 29-5-2014 03:08 PM
barangkali erra dh bepatah arang bekerat rotan ...pendek kata dh tawar ati kekdahnya...
katanya e ...
fifie_olin posted on 29-5-2014 03:14 PM
dlm porum ni gak makton...
aku x ckp ye...porum ni yg gtl2 dok canang...
aku tukang baca jek.. ...
ADVERTISEMENT