Apa DAP Pernah Buat Kepada Kaum India? TELUK INTAN 25 Mei - Kaum India Teluk Intan menolak kepimpinan DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan ekoran bekas Ahli Parlimen mendiang Seah Leong Peng tidak pernah membantu untuk menaik taraf hidup mereka. Penduduk Batu 12 Teluk Intan, V Prathapan A/L Nagappan 44, berkata, Ahli Parlimen sebelum ini tidak pernah mengambil berat tentang permasalahan masyarakat India dan hanya tampil meraih undi ketika berkempen untuk pilihan raya sahaja. "Apabila kita calonkan DAP dan menangkan mereka, mereka langsung tidak datang turun dari rumah ke rumah untuk berjumpa peduduk. "Macam-macam janji yang diberikan tetapi tidak ditepati," katanya ketika ditemui wartawan Rakyat News, baru-baru ini. Kumarasamy A/L Balagisnin 41, berkata, beliau kecewa dengan pemimpin DAP tersebut kerana kebajikan kaum India tidak dijaga walaupun mereka telah menang di Teluk Intan selam dua penggal sejak 2004. "DAP langsung tidak pernah menolong (masyarakat India). Kawasan saya duduk ini mengalami masalah sistem perparitan tersumbat tetapi mereka tidak tolong langsung (menyelesaikannya)," tegasnya. Dalam pada itu, Laetchumanan A/L Gandiran pula, beliau tidak pernah bertemu dengan mendiang Seah Leong Peng sepanjang beliau menjadi Ahli Parlimen Teluk Intan dan tidak pernah melayan rayuan yang dikemukakan penduduk. "Kita sudah pergi ke pejabat mereka (Ahli Parlimen Teluk Intan) dan menghantar surat bagi mendapatkan bantuan tetapi mereka buang (surat tersebut). "Kami minta bantuan untuk dapatkan tanah kebun pun tidak dapat," ujarnya.
|
ADVERTISEMENT