CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Melawat 5 Beradik Yatim Piatu

29-5-2014 11:05 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5520| Komen: 17







Kisah duka lima beradik yang bergelar yatim piatu dalam sekelip mata baru-baru ini mendapat perhatian Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak hari ini hadir menziarah kelima-lima adik beradik yang kemudian memanggilnya dengan panggilan ‘atuk’.

Abdul Khalid yang turut membiasakan dirinya dengan panggilan itu sepanjang pertemuan juga memilih untuk duduk bersila dan memangku serta berkongsi cerita bersama kelima-lima anak itu.

“Sebagai Ahli Parlimen, saya akan terus memantau dan membantu serba sedikit agar anak-anak ini terjaga dengan baik.

“Tumpuan kita adalah memastikan mereka mendapat bantuan jangka masa panjang terutama dari segi persekolahan, tempat tinggal serta kos sara hidup,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu beliau hadir di rumah peninggalan arwah ibu bapa lima anak-anak malang itu di Taman Desa Cheras di sini.

Walaupun anak-anak itu letih baru pulang dari Perak, mereka masih petah berkata-kata dan melayan setiap pertanyaan Abdul Khalid.

“Atuk juga ada cucu berusia tiga tahun, sama dengan awak tetapi dia main patung ‘power rangers’,” guraunya dengan anak perempuan yang paling kecil berusia tiga tahun.

Selepas hampir sejam meluangkan masa, Abdul Khalid kemudian terpaksa minta diri untuk urusan penting dan berkesempatan menghulurkan sumbangan peribadi kepada wakil penjaga.

Kelima-lima anak itu yang berusia antara tiga hingga 16 tahun kini berada di bawah jagaan saudara terdekat dengan bantuan jawatankuasa surau pangsapuri berkenaan.

Jumaat lepas, bapa mereka, Jefri Mohd Zain 46 dan isterinya, Norsalawati Ibrahim 40, terlibat dalam satu kemalangan maut ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di Jalan Loke Yew.

Jenazah suami isteri itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Sungkai, Perak.

3

Bagus
2

Marah
3

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kekure 27-5-2014 06:33 PM
Atuk kaya
Quote munchkin 27-5-2014 06:35 PM
tq ts khalid for visiting them.
Quote asyriqa 27-5-2014 06:38 PM
alhamdullillah... moga terbela la nasib anak2 malang ni...
Quote MelAdam 27-5-2014 06:41 PM
Semoga bantuan tidak terhenti setakat ini sahaja..almaklumlah org melayu ni mudah lupa.
Quote kasibiman 27-5-2014 07:50 PM
Benda2 mcm Ni I respect our politicians. For all the brickbats, they do put in long hours and a lot of effort.
Quote nolya 27-5-2014 08:20 PM
MelAdam posted on 27-5-2014 06:41 PM
Semoga bantuan tidak terhenti setakat ini sahaja..almaklumlah org melayu ni mudah lupa.

Anak2 ini otomatis termasuk dlm senarai mereka yg wajib menerima zakat shng mereka boleh berdikari.  Tak gitu ke?
Quote jengkoil 27-5-2014 08:22 PM
Timaseh ts khalid. ..timaseh kak ijat...
Quote noor2 27-5-2014 08:22 PM
kesiannya tgk muka bebudak ni....hati di dalam tuhan ja yang tahu pedih/sedihnya..
Quote azlinahmad 27-5-2014 08:23 PM
semoga terbela nasib anak2 ni.
Quote noor2 27-5-2014 08:24 PM
muka depa yang melawat nampak ikhlas...baik khalid mahu pun kak ijat....respek depa....
Quote jengkoil 27-5-2014 08:25 PM
nolya posted on 27-5-2014 08:20 PM
Anak2 ini otomatis termasuk dlm senarai mereka yg wajib menerima zakat shng mereka boleh berdikari ...

Dukacita dimaklumkan  dik...anak yatim tak termasuk dalam 8 asnaf layak terima zakat...
Quote sup@rm@n 27-5-2014 08:30 PM
Ketuanan sebok suh orang undi bos diorang kat teluk intan
Quote kodokke 27-5-2014 08:37 PM
Yallah kau permudahkan lah kehidupan kelima lima anak yatim ini. Yallah ku mohon padamu moga dipeliharakanlah anak anak ini. Kau bukakanlah hati orang2 yg membaca forum ini utk menghulorkan sedekah samaade berbentuk wang atau pon doa. AMIN AMIN AMIN.
Quote diss69 27-5-2014 08:46 PM
Aminn....moga bantuan dan kunjungan dpt meringankan beban....
Quote voiletiris 27-5-2014 08:47 PM
sebak akutgk yg sulung tu memangku adik nya..baru 16 taqhun dah mengalas tangung jawabjaga adik2..dia lah emak ..dia lah ayah
Quote subee 27-5-2014 09:04 PM
Abang sulong nampak lagu budak yang baik...
Quote masa_lalu 27-5-2014 09:09 PM
paling kesian kat si abang, nampak macam merenung jauh

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:19 PM GMT+8 , Processed in 0.058065 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top