Bagaimanapun, junta tentera segera menafikan bahawa pihaknya telah melakukan sekatan. "penting: Facebook telah ditutup," kata seorang pengguna yang menulis di laman sosial Twitter. "Sudah pasti tindakan itu ibarat membunuh diri. Seluruh negara akan memprotes," ujar seorang pengguna lain. Namun, beberapa minit kemudian sejumlah pengguna meraikan dengan gembira: "Facebook kini kembali!" Mengulas situasi tersebut, junta tentera yang merampas kuasa pada 22 Mei lalu memberitahu, pihaknya tidak menutup laman sosial tersebut. "Kami tidak mengarahkan atau menutup Facebook. Ia bukan dasar kami," kata jurucakap tentera, Kolonel Winthai Suvaree. "Facebook mengalami kegagalan teknikal yang tidak serius manakala Kementerian Teknologi Maklumat dan Komunikasi sedang berusaha menyelesaikan masalah tersebut," tambahnya. Sebelum ini, junta tentera turut mengganggu siaran harian televisyen untuk memberi jaminan kepada rakyat bahawa Facebook tidak akan ditutup ekoran rampasan kuasa tersebut.
|
ADVERTISEMENT