CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pm Umum Nama Baharu Pasangan Panda Bulan Depan

22-5-2014 05:58 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11110| Komen: 111

SEPANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mengumumkan nama baharu bagi beruang panda gergasi dari China pada hari haiwan berkenaan dipertontonkan kepada umum akhir Jun ini, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G Palanivel.

Beliau berkata, nama baharu pasangan panda itu sudah dibincangkan antara Najib dan Duta Besar China di Malaysia, Dr Huang Huikang.




"Beliau sendiri (Najib) akan mengumumkan nama itu ketika melawat Zoo Negara nanti," katanya kepada media selepas menyambut ketibaan pasangan panda itu di Kompleks MASKargo, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini hari ini.

Pasangan panda gergasi dari China, Fengyi dan Fuwa, simbol jalinan hubungan diplomatik 40 tahun Malaysia-China, tiba di Malaysia kira-kira 7.53 pagi selepas diterbangkan melalui pesawat khas MASKargo Airbus 330-200 MH6462 dari Chengdu, China.

Kedua-dua haiwan yang masing-masing berusia tujuh tahun itu kemudian dibawa terus ke Zoo Negara dan akan dikuarantinkan kira-kira sebulan di tempat khas yang siap dibina.

Menjadi simbolik kepada sambutan ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik kedua-dua negara, pasangan panda itu dipinjamkan kerajaan China kepada Zoo Negara Malaysia bagi tempoh 10 tahun menerusi Program Penjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi.

Melalui program perjanjian yang ditandatangani pada 2012 itu, Malaysia berpeluang menjalankan penyelidikan konservasi panda gergasi, selain dapat membangun dan melatih kepakaran tempatan.
Palanivel berkata, selain menjadi simbolik persahabatan antara China dan Malaysia, kedatangan pasangan panda itu juga dijangka mampu memberikan sokongan kepada Zoo Negara sekali gus mampu menarik lebih ramai pengunjung ke zoo berkenaan.

Mengenai kos, beliau berkata setakat ini kerajaan membelanjakan kira-kira RM60 juta termasuk untuk pembinaan rumah untuk haiwan berkenaan yang berjumlah RM25 juta, RM20 juta untuk tempoh sewaan selama empat tahun dan RM15 juta untuk kos penyelenggaraan.

Sementara itu, Huikang berkata beliau percaya pasangan beruang panda gergasi itu yang diberi sambutan hangat sebaik tiba di rumah kedua mereka di Malaysia, akan gembira sepanjang berada di sini untuk tempoh 10 tahun.

"Tiada kelewatan langsung," katanya ketika menjawab soalan wartawan berhubung ketibaan pasangan beruang panda itu ke Malaysia.

Beliau juga menjelaskan bahawa pasangan beruang panda gergasi - Fengyi dan Fuwa - simbol jalinan persahabatan Malaysia-China itu sepatutnya tiba sebelum hari ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik Malaysia-China pada 31 Mei.

Sebagai tambahan, beliau berkata banyak persiapan perlu dilakukan terutama dari segi aspek teknikal dan logistik sebelum ketibaan panda itu yang memerlukan persekitaran yang selesa.

8

Bagus
10

Marah
7

Terkejut
7

Sedih
4

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (43 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ifanonline 21-5-2014 02:14 PM
ah jib - ah gor jantan

mah - ros betina
Quote a_gen2 21-5-2014 02:17 PM
Quote hzln 21-5-2014 02:18 PM
hanya berani umum nama beruang
berdepan dgn krisis mh370 bacul


apa kaa malang malaysia nih
Quote makton 21-5-2014 02:21 PM
ifanonline posted on 21-5-2014 02:14 PM
ah jib - ah gor jantan

mah - ros betina

hahaa.. agak2 depa buh nama depa berdua kot...
Quote kecimpret 21-5-2014 02:29 PM
hzln posted on 21-5-2014 02:18 PM
hanya berani umum nama beruang
berdepan dgn krisis mh370 bacul

bapa pengumuman malaysia
Quote AHMADVW 21-5-2014 02:30 PM

Quote CiliPadiSedap 21-5-2014 02:32 PM
AHMADVW posted on 21-5-2014 02:30 PM

kat persidangan umno sibuk cakap 1 melayu 1 dunia.

bila cina bagi panda takut sampai sanggup buat rumah rm 25 juta.

daripada buat rm 25 juta baik letak server facebook, google. lg boleh wat duit.

pandai boleh tgk kt u tube.

membazir je ternak panda.



Quote nolya 21-5-2014 02:33 PM
Cina masuk Islam pun boleh je kekalkan nama cina dia.  Panda Cina ni tiba Msia harus ke ada nama ala2 melayu: tuah dn teja.  Kalau panggil nama melayu mau ke panda ni respon.  Nanti balek ke china kekalkan balek nama Fu Wa dn Feng Yi ye?.  Sekejap jadi panda cina, sekejap jadi panda melayu gamaknya.
Quote rashiman 21-5-2014 02:36 PM
meriahlah...zoo negara...
berapa pula tiket masuk...nak tengok panda...
Quote amiraira 21-5-2014 02:40 PM
ifanonline posted on 21-5-2014 02:14 PM
ah jib - ah gor jantan

mah - ros betina

sokong 100%
Quote hzln 21-5-2014 02:44 PM
apa kabar badak air aprika di wetlands gamaknya...dah mampos belaka dah ka?
Quote mamaezah 21-5-2014 02:48 PM
jib n ros....sehati sejiwa ke arah pembaziran 1malaysia
Quote nolya 21-5-2014 02:51 PM
Bajet perbelanjaan menghunikan panda kat zoo negara sebanyak 25 juta tu ambik dari alokasi mana.   Bil letrik beraircon berapa sebulan, makan buluh import cina berapa pula, med expenses bila panda ni demam, flu atau batuk ke, bayar sewa pinjam, semua tu ambik drp alokasi mana. Drp misc. expenses ke?  GST thn depan nak naik ni.  Mcm mana ni?
Quote zzola 21-5-2014 02:51 PM

gembira nak umum nama panda
apa nasib 239 nyawa ??


Quote Badut.Sarkas 21-5-2014 02:52 PM
panda ni masuk jawi ke apa siap kena tukar nama..
Quote rashiman 21-5-2014 02:54 PM
nolya posted on 21-5-2014 02:51 PM
Bajet perbelanjaan menghunikan panda kat zoo negara sebanyak 25 juta tu ambik dari alokasi mana.   B ...

dari duit jualan tiket ....kot....
mungkin dengan adanya panda, menarik minat pelancong tempatan dan luarnegara mengunjungi zoo negara.
Quote NIXAR 21-5-2014 03:04 PM
satu2nya negara dlm dunia boleh kecoh hal nak namakan panda
Quote offwhite 21-5-2014 03:05 PM
cian binatang2 lain kat zoo negara ...duduk dlm kandang yg x seberapa...sedangkan panda dr china duduk dlm aircon...adakah...pelihara binatang pun ada double standard ke..????
Quote nolya 21-5-2014 03:08 PM
rashiman posted on 21-5-2014 02:54 PM
dari duit jualan tiket ....kot....
mungkin dengan adanya panda, menarik minat pelancong temp ...

Hopefully lah duit tiket drp zoo visitors boleh cover all the expenses incurred.  Jgn nanti rakyat kena rogoh poket kerana tol naik, minyak makan/sawit naik,  gas pula nanti naik, harga makanan naik konon nak jaga kestabilan ekonomi negara sekaligus nak menjamin kesahteraan hidup si tuah dn teja di zoo negara agar cukup makan, cukup tidur dan sehat sampai waktu nak balek kampung.

Lihat semua komen(111)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:19 AM GMT+8 , Processed in 0.039767 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top