CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isu Panda : Majlis Fatwa Perlu Nyata Pendirian

26-5-2014 11:44 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5313| Komen: 25

Description: "Membazir Adalah Haram Dan Mengenepikan Keperluan Golongan Daif Yang Memerlukan Dan Mengutamakan Keselesaan Dua Ekor Haiwan Yang Bukan Untuk Keperluan Asasi Warga Rakyat Adalah Melanggar Maqasid Sya ...

Gambar hiasan


KUALA LUMPUR: Majlis Fatwa Kebangsaan perlu mengeluarkan fatwa berhubung tindakan kerajaan yang berkeras membawa dua ekor beruang panda ke negara ini dengan belanja puluhan juta ringgit sedangkan banyak keperluan golongan daif masih belum dipenuhi.

Presiden Majlis Perunding Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, isu membawa dua ekor panda dari negara China dengan berbelanja jutaan ringgit adalah jelas suatu isu yang sepatutnya mendapat fatwa dari institusi fatwa negara.

"Membazir adalah haram dan mengenepikan keperluan golongan daif yang memerlukan dan mengutamakan keselesaan dua ekor haiwan yang bukan untuk keperluan asasi warga rakyat adalah melanggar maqasid syariah ," ujar beliau.

Sehubungan itu, Mapim tegas beliau menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa sama ada tindakan itu selaras dengan kehendak hukum fiqh awlawiyyat (fiqh keutamaan) dalam mengeluarkan perbelanjaan negara yang diambil dari wang rakyat sedangkan terlalu banyak keperluan rakyat perlu diutamakan.


"Hanya kerana hendak menunjukkan simbol perhubungan antara China dan Malaysia , membazirkan wang jutaan ringgit untuk dua ekor panda sama sekali tidak memenuhi maksud perhubungan diplomatik yang baik.

"Malah secara ekonomi ia membebankan Malaysia dan sebaliknya menguntungkan China," katanya.

Dari sudut kebajikan haiwan juga, tambah beliau perbuatan membawa haiwan itu keluar dari habitat asli dan mewujudkan habitat artifisial adalah menyalahi hak dan kebajikan haiwan yang tidak dipandang enteng oleh Islam.

Sambil menyifatkan proses membawa dua ekor panda itu ke negara ini sebagai satu penderaan, beliau berkata menerbangkan dua ekor panda itu sejauh beribu kilometer , serta mewujudkan kandang palsu yang perlu disesuaikan suhunya tidak sepatutnya dilakukan oleh dua negara ini.

"Kami kesal pihak kerajaan yang melulus projek ini dan agensi yang berkenaan yang melaksanakan projek tersebut tidak bersikap kritikal. 

"Meneruskan inisiatif yang membazir dan menimbulkan persoalan apakah kerajaan tidak tahu keutamaan akan menyebabkan rakyat tidak lagi yakin sema ada kerajaan kini dikelola oleh mereka yang bijak atau sebaliknya oleh mereka yang berfikiran dangkal," katanya dalam satu kenyataan media.

Beliau menyifatkan projek itu pada keseluruhannya tidak memenuhi keutamaan , membazir dan menyalahguna wang rakyat.

"Jika ada penaja sekali pun kami tetap berpendapat ia tidak termasuk dalam penggunaan wang yang sepatutnya dikeluarkan untuk kebajikan rakyat," tegas beliau.

Pihak Majlis Fatwa Kebangsaan, jelas Azmi tidak boleh melihat isu ini sebagai di luar hukum agama kerana skala perbelanjaannya terlalu tinggi dan pembazirannya sangat ketara.

Ujarnya, isu kos hidup yang meliputi soal perumahan, khidmat kesihatan dan keperluan asas masih dihadapi rakyat berpendapatan rendah dan ia perlu lebih diutamakan kerajaan daripada dua ekor beruang panda. 
1

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_WonBin 23-5-2014 02:48 PM
Kerajaan PAS sibuk buat lebuhraya rakyat berbillion ringgit di Kelantan sedangkan rakyatnta masih ramai yang makan pasir dan majlis bandaraya Isele KB pon takda duit nak kutip sampah + potong rumput sebab tiada wang
Quote Anak_Nogori 23-5-2014 02:52 PM
isu panda pun nak bawak ke sidang majlis fatwa...lawak apa kah ini..
Quote cmf_WonBin 23-5-2014 02:53 PM
Anak_Nogori posted on 23-5-2014 02:52 PM
isu panda pun nak bawak ke sidang majlis fatwa...lawak apa kah ini..

AN kena paham cara orang yang gerenti masok sorga ni lain sikit pemikirannya .... nampak akhirat dan dosa pahala aja 24 jam

Quote DTECCONAN 23-5-2014 02:55 PM
ish, bukankah bela PANDA akan hasilkan RM300 billion setahun, mana ada membazir

bela PANDA = buat jalanraya?
Quote manehnya 23-5-2014 02:57 PM
memei membazir....

sapa punya buah pikiran ni kan?
Quote a_gen2 23-5-2014 02:57 PM
apa manyak soal ni.. karang aku jatuh hukum bughoh baru tahu.. org bughoh tak masuk syurga tau... - fethul berry
Quote hzln 23-5-2014 02:59 PM
ni menda common sense saja...takkan nak bawak ke majlis fatwa pula
Quote gaara_X 23-5-2014 03:13 PM
kekadang benda nampak simple je.....but hakikatnya kita tak tahu....
Quote Anak_Nogori 23-5-2014 03:15 PM
cmf_WonBin posted on 23-5-2014 02:53 PM
AN kena paham cara orang yang gerenti masok sorga ni lain sikit pemikirannya .... nampak akhirat d ...

mintak lah majlis fatwa bersidang pada bende2 yg lain..macam nabi macam budak2 kg ke...madirasul biadaah ka...ni isu panda..letihlah nak dilayan..
Quote ultra78 23-5-2014 03:16 PM
Aku rasa rakyat malaysia dah makin bodoh disebabkan politik
Quote kucingTomey 23-5-2014 03:19 PM
kena la bawak..sebab pengurusan duit negara tu...kalau tak amanah camne nak jadi muslim yang baik....?
Quote batmana 23-5-2014 03:20 PM
minta pandangan pun salah?

mngkin minta pandangan tu salah satu ciri pemikiran bahlol2 ni...patutla smpai skrg bahlol memanjang aja.....


Quote Al-Patih 23-5-2014 03:23 PM
masuk tak ..surat khabar Autason, Bernama, TV3...
Quote niceghost2005 23-5-2014 03:51 PM
DTECCONAN posted on 23-5-2014 02:55 PM
ish, bukankah bela PANDA akan hasilkan RM300 billion setahun, mana ada membazir

bela PANDA = bua ...

Tu keter Bee End.
Memang bley antaq kedai Cina. (MCA)

Laen laaa kalau AMENOgok punya keter.
Keter AMENOgok n ahlinya hanya di hantaq kedai melayu.
Beli ayam pung..............kat kedai melayu.
Makan minum semua kat kedai/gerai/hotel yg di miliki melayu.
Beli baju...............kasut semua kat kedai melayu.

Ahli AMENOgok x masuk kedai cina melainkan MCA/MIC sahaja.

Quote ifanonline 23-5-2014 03:53 PM
surh lah melayu gigit telinga panda tu...
Quote DTECCONAN 23-5-2014 04:02 PM
hatta sekupang duit rakyat pun akan dipersoalkan, inikan pula RM25 juta

Quote razhar 23-5-2014 04:17 PM
Anak_Nogori posted on 23-5-2014 02:52 PM
isu panda pun nak bawak ke sidang majlis fatwa...lawak apa kah ini..

isu rembat reta org yang lebih berhak dlm kes pojek rumah PPRT tu pun patut di bincang oleh majlis patwa..semoga majlis dapat kluar kan patwa pada pencuri2 ni,tak gitu tua celakaaa?
Quote solstice 23-5-2014 04:24 PM
suruh najib & rosmah bayar ngan duit poket depa lah
Depa kan kaya raya hasil menyamun reta negara
Quote annehuda 23-5-2014 04:26 PM
penyalahgunaan wang zakat tak nak keluarkan fatwa plak?

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:23 AM GMT+8 , Processed in 0.097996 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top