CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Pengalaman Ngeri Miley Cyrus

19-5-2014 05:14 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4608| Komen: 0



DI saat bintang terkenal ini sedang ‘galak’ mengadakan konsert jelajahnya, dia terpaksa dikejarkan ke hospital.

Beberapa hari menerima rawatan di hospital, dalam tempoh itu jugalah penyanyi, Miley Cyrus terpaksa melupakan seketika mengenai konsert Bangerz.

Kini, Cyrus sudah pun dibenarkan keluar apabila tahap kesihatannya berada pada tahap semakin baik.

Turut berkongsi pengalaman sepanjang berada di bawah pemantauan doktor, Cyrus mengakui pengalaman itu sangat mengerikan dan dia tidak berhasrat untuk ke sana lagi.

Menurut pelantun lagu Wrecking Ball ini, dia disahkan mengalami alergi di atas pengambilan antibiotik.

“Ianya sangat menakutkan! Malah, alergi dengan sesuatu benda sama seperti meracuni diri sendiri secara senyap-senyap.

“Sepanjang hari, ianya merupakan tempoh yang sangat panjang. Malah, saya terpaksa menahan kesakitan setiap tiga jam apabila alergi itu datang. Saya rasa seperti orang gila ketika itu.

“Kalau diberi pilihan, sememangnya hospital bukan pilihan saya. Namun, kesakitan ini akan berterusan sekiranya saya tidak menjalani rawatan. Ianya bukan pilihan, namun keputusan!,” katanya.

Padah berpesta?

Tidak dinafikan, Cyrus merupakan selebriti yang gemar bersosial, berparti dan turut terlibat dalam beberapa masalah peribadi dan ketagihan ganja.

Sejak Cyrus dimasukkan ke hospital, ramai dalam kalangan masyarakat menganggap punca Cyrus dimasukkan ke hospital adalah kerana terlalu banyak berparti.

Malah sebahagian haters bintang ini memberitahu, ia adalah pengajaran berguna buat Cyrus agar tidak terlalu menghabiskan masa di kelab malam.

Ada juga yang memberi andaian, Cyrus berdepan dengan kekecewaan teruk apabila kehilangan anjing kesayangannya Floyd, baru-baru ini.

Kesal dengan tuduhan yang dilemparkan, Cyrus  menjawab beberapa tuduhan yang ditujukan kepadanya menerusi laman sosial Twitter.

“Tutup mulut kamu semua dan biarkan saya sembuh sepenuhnya. Berhenti dari menakutkan keluarga, peminat dan sahabat saya!

“Kesakitan ini tiada kena mengena dengan aktiviti di kelab malam atau pesta! Ianya hanya alergi dan tidak mustahil, kamu juga akan menghidapinya.

“Cukup sekadar penderitaan yang saya alami di hospital dan mengecewakan peminat Bangerz, jangan cuba menambah kesedihan itu lagi,” pintanya yang kini bakal menyambung semula konsertnya di Eropah.

Dirindu Liam Hemsworth?

Walaupun hubungan pertunangan bersama aktor, Liam Hemsworth sudah lama berakhir, namun ia bukanlah sebab untuk bekas tunangnya itu tidak mempedulikan Cyrus.

Malah, ketika Cyrus dilaporkan sakit, Hemsworth turut melahirkan kerisauan terhadap keadaan bekas tunangnya itu.

Menurut sumber terdekat, Hemsworth bagaimanapun telah menghubungi Cyrus dan bertanya khabar.

“Dia (Hemsworth) sangat risau dan ingin memastikan Cyrus baik-baik sahaja. Walaupun hubungan mereka sudah lama berakhir, namun bukan halangan untuk dia mempedulikan keadaan Cyrus.

“Malah, Hemsworth turut berharap agar Cyrus akan sembuh dengan cepat dan boleh melakukan aktiviti seninya seperti biasa,” kata sumber itu.

Bagaimanapun, Cyrus tidak terbuka dalam membicarakan mengenai bekas tunangnya dan lebih gemar bercerita mengenai konsert jelajahnya itu.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:00 AM GMT+8 , Processed in 0.055887 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top