KUANTAN - Perkasa Pahang membantah penamaan Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari yang baharu dibangunkan di Gambang, dekat sini, sekali gus dianggap satu penghinaan secara halus kepada institusi raja di negeri ini. Yang Dipertua Perkasa Pahang, Datuk Dr Abdul Wahid Manaf berkata, Perkasa Pahang merasakan perkara tersebut tidak seharusnya berlaku memandangkan akademi terulung tersebut dibina di Pahang dan semestinya perlu mendahulukan orang yang lebih layak dan ternama dari negeri ini. “Perkara ini boleh dianggap satu penghinaan kepada institusi diraja Pahang memandangkan sepatutnya ia mengutamakan baginda dalam soal pembangunan bola sepak yang dibina di dalam negeri jajahan baginda. “Baginda bukan sahaja merupakan sultan kepada rakyat jelata di negeri ini, malah baginda juga merupakan Presiden FAM dan juga telah banyak berjasa dalam pembangunan bola sepak kebangsaan dan penggunaan nama baginda adalah layak dan tidak boleh dipertikaikan. “Perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku dengan pemilihan nama legenda bola sepak yang tidak asing lagi Moktar Dahari digunakan kepada akademi bola sepak yang dibina di negeri ini sedangkan masih terdapat orang yang layak,” katanya. Menurutnya, Kementerian Belia dan Sukan perlu menilai dan mengkaji semula meletakkan nama bagi akademi yang bakal melahirkan bakat baharu untuk diketengahkan pada masa akan datang. Katanya, Perkasa menyokong penuh pembinaan akademi seperti itu, tetapi tidak wajar dan relevan sekiranya nama Allahyarham Moktar Dahari digunakan terus. “Dia (Mokhtar Dahari) bukan anak kelahiran Pahang, kalau tidak letak nama sultan pun, masih ada lagi nama lain yang layak termasuk legenda bola sepak berasal dari negeri ini. “Seharusnya pihak bertanggungjawab peka dalam memberi penghargaan buat legenda bola sepak negara tersebut, sememangnya diakui Allahyarham Mokhtar Dahari banyak mengharumkan nama Malaysia menerusi sukan bola sepak tetapi ia mungkin boleh digunakan di tempat lain atau menerusi program lain, sekiranya di negeri ini kita perlulah mendahulukan pemerintah di sini sedangkan kita juga perlu mengenang jasa baginda yang banyak dalam pembangunan bola sepak negara,” katanya.
|
3
Bagus |
4
Marah |
2
Terkejut |
8
Sedih |
5
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
bangcak posted on 19-5-2014 12:45 PM
pahang ada banyak bakat2 lejen terpendam
di arena bola sepak, cuma tak diketengahkan je.
bangcak posted on 19-5-2014 12:45 PM
pahang ada banyak bakat2 lejen terpendam
di arena bola sepak, cuma tak diketengahkan je.
annehuda posted on 19-5-2014 12:44 PM
yelah tp heols pun baru thn lepas jadi menteri KBS kan? ntah2 projek ni mmg bertahun2 sblm zaman h ...
the_killer posted on 19-5-2014 12:44 PM
pegi jahanam la....
mokhtar dahari tu yang mengharumkan malaysia....ingat tu..malaysia...bukan se ...
ADVERTISEMENT