Meskipun ada saja isu panas yang melanda industri seni hiburan namun sejak kebelakangan ini, sejuk rasa hati tatkala melihhat semakin ramai selebriti wanita yang sudah mula berhijab. Namun sayangnya, ada beberapa artis yang dilihat seperti menjadikan penampilan bertudung itu hanya sebagai satu fesyen, lantas mengudang kritikan-kritikan negatif daripada banyak pihak. Bagi penyanyi dan pelakon yang kini semakin rancak dengan aktiviti ceramah motivasi dan dakwahnya, Heliza Helmi, berpendapat, peminat sewajarnya memberi sokongan kepada mana-mana artis yang baru hendak berhijab. Tetapi sekiranya mungkin cara atau pendekatan yang digunakan oleh seseorang artis itu nampak kurang kena dengan caranya, tidak salah kita sebagai peminat memberikan teguran tetapi tegurlah secara baik.
“Orang yang baru nak berhijab kita kena sokong mereka dan di situlah pentingnya motivasi oleh orang-orang di sekeliling untuk mengajar cara pemakaian yang betul. Banyak cara untuk kita menegur secara baik tetapi bukan terus menghukum. Biarlah kita tegur-menegur secara berhemah dan dengan ini sedikit demi sedikit mereka akan memakainya dengan betul dan teratur mengikut lunas-lunas Islam,” katanya kepada Malaysian Digest, ketika ditemui baru-baru ini. Dalam perkembangan lain, Heliza baru pulang dari menyertai misi kemanusian dalam membantu umat Islam di negara Timur Tengah yang kini sedang bergolak. Berkongsi pengalamannya ke Syria baru-baru ini, Heliza berkata, sepanjang berada di Syria selama 10 hari memberi pengalaman yang cukup menyentuhh perasaan lantas membuatkan dia leboh berasa bersyukur. "Saya baru pulang daripada menyertai misi kemanusian anjuran Muslim Care. Saya dan rakan artis iaitu UNIC dan Salima ke tiga negara iaitu Dublin, Manchester United dan Jordan dan membuat persembahan amal bagi mengumpul dana untuk penduduk-penduduk Syria.
|
telracs posted on 9-5-2014 11:51 AM
yang jadi masalahnya... ramai artis yg berhijrah ni.. tetiba je boleh jadi pakar motivasilah.. boleh ...
ADVERTISEMENT