CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bantah Gst Di Facebook, Pelajar Bakal Digantung!

9-5-2014 06:03 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8138| Komen: 39

Pelajar berdepan tindakan, siar anti-GST di Facebook



Seorang pelajar UiTM berdepan dengan tindakan disiplin kerana dikatakan menyiarkan tulisan membantah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di Facebook.Dalam surat bertarikh 28 April, pihak universiti menyatakan bahawa Mohd Fathihie Gadius dari kampus UiTM Sabah, didakwa melanggar Kaedah-Kaedah Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976.

Dia didakwa membuat kenyataan awam dengan menggunakan laman sosial Facebook yang boleh menggalakkan perbuatan melanggar tatertib, kekacauan, keengkaran atau pelanggaran terhadap Kaedah-Kaedah Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 di kalangan pelajar UiTM cawangan Sabah.



Pelajar Sarjana muda sains biologi itu juga didakwa melakukan kesalahan yang sama melalui lebih daripada 20 posting dari Oktober 2013 hingga Januari tahun ini.Jika didapati bersalah, dia boleh digantung dari universiti dan tidak dibenarkan masuk ke kampus.

Mengutuk pertuduhan itu, setiausaha Majlis Pelajar Universiti Malaya, Fahmi Zainol berkata akta itu "kejam" tetapi "bukan sesuatu yang baru" bagi UiTM.Sebelum ini, katanya, sekurang-kurangnya tiga aktivis pelajar digantung pengajian selama satu semester kerana "penglibatan dalam politik".

"Jika sekali lagi perkara yang sama juga berlaku, mahasiswa tidak teragak-agak untuk bangkit mempertahankan hak beliau," kata Fahmi dalam satu kenyataan.


4

Bagus
7

Marah
4

Terkejut
3

Sedih
8

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (30 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote salimrock 8-5-2014 12:36 AM
pelajar uitm / ipta seharusnya menjadi macai kerajaan bukan membangkang.........

Quote mikasa 8-5-2014 12:41 AM
Kalau sokong kerajaan ..ntah2 bole grad ngan first class lagi.
Quote mommymonster82 8-5-2014 12:52 AM
Sabarlah adik...
Quote munchkin 8-5-2014 12:56 AM
Zaman belajar dulu takde sibuk nak berpolitik bagai. Tapi tu hak dialah kan? Dah dia tak setuju. Takkan nak paksa paksa gitew.
Quote anony-mous 8-5-2014 01:43 AM
munchkin posted on 8-5-2014 12:56 AM
Zaman belajar dulu takde sibuk nak berpolitik bagai. Tapi tu hak dialah kan? Dah dia tak setuju. Tak ...

Zmn dlu lain kak.. Dulu PM kita xla sebimbo bijan. Dulu pon mahasiswa nye xde la terbukak pkiran mcm skg.
dulu mana ada intenet bagai. Asek kene tipu dgn tb3 je. Skg kebenaran dpn mata. Xkn nk sokong gov yg bimbo lg. pastu skong dlm fb pon slh jugak. Entah pape. Kata negara demokrasi tp nk suarakn pndapat sdri xboleh. Apatah lg pasal gst je, bkn nk p gulingkn kerajaan. Uitm pon dah sama bimbo mcm bijan n d geng
Quote belacan_gurl 8-5-2014 01:52 AM
senang citer...study elok2...keja yg bagus...baru org pandang pd pendapat dan idea kamu tu...ni takat pelajar...apa barang beb....org atasan kerling je hahaha
Quote munchkin 8-5-2014 02:07 AM
anony-mous posted on 8-5-2014 01:43 AM
Zmn dlu lain kak.. Dulu PM kita xla sebimbo bijan. Dulu pon mahasiswa nye xde la terbukak pkiran m ...

Bimbo di mana mana je. Nanti tak suka disuruh berambus. Bising isu air pun disuruhnya bermabus. Sama jah dua dua set ni. Poning dik. Macai dua dua pihak mmg backing masing masing punya pumimpin
Quote JokesCop 8-5-2014 02:19 AM
Akta sentap.. Kemonla uitm, xsemua dasar kerajaan have 100% acceptance rate, patut dibenarkan org muda bersuara, world now own by younger generation..

Why? Studies shows yg org muda zaman sekarang hidup dlm dunia tanpa sempadan.. they know better dari org veteran mase umur derang..

Even sometimes emotional, suara gen-z perlu didengar.. Let em be.. Last edited by JokesCop on 8-5-2014 02:21 AM

Quote tepisket.. 8-5-2014 03:04 AM
Bkn akta 172 dh mansuh ke?? Kalo cmtu, mesti dia kena naik court uitm kan?
Quote ila_dean 8-5-2014 03:35 AM
Yelah kann.. Tapi kalau nk bersuara pun guna lah akal fikiran.. Jgn nk main hentam guna lutut je.. Fikir ke arah kebaikkan.. Setiap dasar ada baik buruk nya.. Jangan asyik menerima je.. Kdg2 kena memberi juga.. Mahasiswa ni pun satu dah terang2 stdy kat uitm. Kerajaan punya kan.Yuran pengajian pun kerajaan tanggung.  Mmg kena tindakan la.. Stdy dulu bagi habis.. Lps tu nak bersuara camne pun suka hati la..
Quote akuwell 8-5-2014 08:48 AM
Tu lah dik, ko gi bangkang kerajaan, dah nak kena gantung. Cer ko gi sokong bn najib tuh, kompom karier ko cemerlang gemilang terbilang lepas study. Ko jilat sokong politik be'end masa study pon no hal, tapi bukan pembangkang okeh!
Quote shamsadis 8-5-2014 08:53 AM
belajar pun mak ayah tanggung gigih nak berkempen esok lusa result tak bagus asik salahkan kerajaan kerana tak amik dia kerja
Quote scorpionkiki 8-5-2014 09:13 AM
ila_dean posted on 8-5-2014 03:35 AM
Yelah kann.. Tapi kalau nk bersuara pun guna lah akal fikiran.. Jgn nk main hentam guna lutut je.. F ...

ala.... pi transfer unisel saja.... kalau bagus tu, pi mana pun boleh belajar

Quote kecimpret 8-5-2014 09:14 AM
kearah menuju negara kominis

Quote kecimpret 8-5-2014 09:15 AM
JokesCop posted on 8-5-2014 02:19 AM
Akta sentap.. Kemonla uitm, xsemua dasar kerajaan have 100% acceptance rate, patut dibenarkan org mu ...

pelajar kena study 24 jam..tak leh amik tau hal dunia..kalau tak nanti fail exam
Quote DTECCONAN 8-5-2014 09:19 AM
sapa suruh mengaji kat UiTm
Quote akughi 8-5-2014 09:20 AM
anak cine paling ramai dapat pendidikan free, pinjaman PTPTN convert ke biasiswa, anak melayu menyalak sane sini, study tak kemane pah tu loan PTPTN kene bayo...mula la meroyan tuntut pendidikan free sambil guling2 atas jalan
Quote asermullen 8-5-2014 09:21 AM
gila la .. sensitip sgt depa2 ni.. kuat sentap.. yang bayaq gst sok budak tu jugak... apala
apa yang pergi pusing, pergi pusing (what goes round, goes round)
Quote annehuda 8-5-2014 09:21 AM
akughi posted on 8-5-2014 09:20 AM
anak cine paling ramai dapat pendidikan free, pinjaman PTPTN convert ke biasiswa, anak melayu menyal ...

anak cine rajin blaja, pngk first class tu psl ptptn convert ke biasiswa. anak melayu dpt ptptn blanje awek beli hp baru bukan buat utk study pun.

kalau melayu sendiri dah mcm tu jgn salahkan bangsa lain plak.

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:32 PM GMT+8 , Processed in 0.334757 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top