Melihat perwatakannya yang ceria, mungkin ramai tidak percaya bahawa pelakon komedi Aliza Abdullah atau lebih mesra dengan panggilan Enot sebenarnya menangguh derita sakit kanser usus tahap dua, sejak setahun lalu. Menurut Enot, dia menolak untuk meneruskan rawatan secara perubatan moden sebaliknya dia sekarang mengamalkan cara rawatan kampung. "Dah setahun saya menghidap penyakit ini. Sebenarnya selama ni memang saya rasa sakit tapi saya fikirkan itu hanya sakit biasa. Hinggalah saya mengalami pendarahan semasa membuang air besar. Kemudian bila saya buat pemeriksaan, doktor sahkan saya mengidap kanser tahap kedua.
"Doktor cadangkan buat pembedahan dan kimoterapi tetapi saya tidak mahu kerana mengikut pengalaman, ramai ahli keluarga saya meninggal dunia kerana rawatan kimoterapi. Jadi sekarang ni saya amalkan ubat kampung. Saya amalkan makan daun belalai gajah. Daun tu saya beli di Seremban. Selain tu Didie Alias sarankan saya minum produknya, ABP26. Tapi saya masih dapatkan nasihat doktor dan makan ubat. Alhamdulillah keadaan saya sekarang bertambah baik dan saya dapat teruskan rutin macam biasa", kata Enot ketika ditemui pada sidang media Mega Bazar Usahawan Melayu Online Terbesar di Malaysia 2014, di restoran Serai, Kuala Lumpur, semalam. Lebih menyedihkan, Enot juga memberitahu sehingga kini dia tidak lagi mendapat tawaran berlakon. Namun demi meneruskan kelangsungan hidup, Enot menjalankan perusahaan jualan biskut buatannya,Enot Cookies and Cake, menerusi online. "Sudah setahun juga saya tidak mendapat apa-apa tawaran berlakon. Saya pun tak tahu kenapa. Tapi untuk meneruskan hidup, saya teruskan dengan jualan cookies secara online. Terus-terang hidup saya dan anak-anak saya sekarang tidak mewah. Kami berjimat cermat. Tapi Alhamdulillah, kami dapat teruskan kehidupan seperti biasa. |
"Doktor cadangkan buat pembedahan dan kimoterapi tetapi saya tidak mahu kerana mengikut pengalaman, ramai ahli keluarga saya meninggal dunia kerana rawatan kimoterapi. Jadi sekarang ni saya amalkan ubat kampung. Saya amalkan makan daun belalai gajah. Daun tu saya beli di Seremban. Selain tu Didie Alias sarankan saya minum produknya, ABP26.
Selain tu Didie Alias sarankan saya minum produknya, ABP26.
epysha posted on 8-5-2014 09:16 AM
pesakit kanser yg mkn berkilo2 daun belalai gajah ni pun tak guna kalo tak jaga pantang mkn. gula & ...
epysha posted on 8-5-2014 09:16 AM
pesakit kanser yg mkn berkilo2 daun belalai gajah ni pun tak guna kalo tak jaga pantang mkn. gula & ...
poyohabis posted on 8-5-2014 09:32 AM
baru aku tau gula n coklat lagi meng aktifkan sel kanser...tq bg info
kenarikelabu posted on 8-5-2014 10:23 AM
Tgk badan pun dah tahu tahap pem'bedal'an dia cemane. Nak pulak bisnes benda2 manis....mau nya tak c ...
ADVERTISEMENT