CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Kemuncak ABPBH 2013 Di PICC 24 Mei Ini

9-5-2014 02:54 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 86390| Komen: 1315

Description: Abpbh 2013 Sepatutnya Diadakan Arena Of Stars, Genting Highlands Pada 6 April Lalu Namun Bagi Menghormati Kejadian Menimpa Mh370 Semua Program Berbentuk Hiburan Di Rangkaian Media Prima Berhad (Mpb) ...
Kemuncak ABPBH 2013 Di PICC 24 Mei Ini

   

Fara Fauzana merupakan hos ABPBH 2013 bersama Amy Mastura dan Kumpulan Shiro.

   
                                                        
PUTRAJAYA: Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH 2013) bakal diadakan pada 24 Mei ini selepas ditunda bagi menghormati tragedi menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 pada 8 Mac lalu.Ia bakal diadakan di  Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengarang Kumpulan Berita Harian yang juga  Penaung ABPBH 2013, Mahfar Ali dalam satu sidang media yang diadakan di PICC di sini pada Khamis.Mahfar berkata, pemilihan PICC adalah bertepatan bagi mempamerkan imej 'classy' selain kedudukan strategiknya bersesuaian dengan temanya Magis Alam bagi acara itu."Arena of Stars (Genting Highlands) sedang diubah suai dan memang tidak boleh diadakan di sana.

"Bagaimanapun PICC adalah lokasi yang paling sesuai kerana ia bertaraf antarabangsa tambahan pula tema pakaian Black Tie," katanya.

ABPBH 2013 sepatutnya diadakan  Arena of Stars, Genting Highlands pada 6 April lalu namun bagi menghormati kejadian menimpa MH370 semua program berbentuk hiburan di rangkaian Media Prima Berhad (MPB) dirombak dan digantikan dengan laporan khas, berita terkini selain pengisian rancangan berbentuk ilmiah.

ABPBH 2013 akan berlangsung pada pukul 9 malam dan bakal disiarkan di TV3 dan Hot FM.Turut hadir pada sidang media itu Pengarang Bersekutu BH2 dan Hiburan BH, Hanizam Abdullah dan Pengarang HIP, BH juga merangkap Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pengelola ABPBH 2013, Shamshul Azree Shamshir.

Hadir sama Fara Fauzana selaku hos pada malam itu. Fara akan bergandingan dengan Amy Mastura dan kumpulan Shiro.Dalam pada itu, Hanizam berkata, beberapa segmen terpaksa dibatalkan bagi menghormati tragedi MH370 dan menggantikan dengan persembahan lebih sesuai.Malah katanya, sebuah segmen khas akan diadakan bagi memperingati mangsa kejadian itu pada malam berkenaan.

"Beberapa persembahan terpaksa disusun semula kerana menghormati mangsa dan keluarga terlibat namun ia akan diganti dengan acara lebih sesuai," katanya.Tambah Hanizam lagi antara nama baharu yang akan menjayakan malam kemuncak itu seperti Zizan Razak, Akim Ahmad, Altimet, Zila Bakarin dan Emma Maembong.Manakala artis yang akan membuta persembahan pula antaranya Asmidar, Indah dan penyanyi dari Indonesia, Tegar.


Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 8-5-2014 07:57 PM
@Syd                                    
Quote watachiwa 8-5-2014 08:11 PM
Opis Kitorg pon ade terlibat ni.
Quote dauswq 8-5-2014 09:02 PM
lamanya smpi bulan 5...
Quote skymania 8-5-2014 09:05 PM
farah pojana ker pengacaranyer??????????? takde lain kah??????
Quote senahsanasini 8-5-2014 09:05 PM
dauswq posted on 8-5-2014 09:02 PM
lamanya smpi bulan 5...

Berkabung mh370 kekdahnya... Huhuhu
Quote Syd 8-5-2014 09:17 PM
kakikuDibibirmu posted on 8-5-2014 07:57 PM
@Syd

Errr... Can't wait!!! Lebiu laaa..........(Sila isik tempat kosong ek). Wehhh, mcm biasa tugasan u ols ngambik gambo tuan hj occay!
Quote achik2009 8-5-2014 09:25 PM
Syd posted on 8-5-2014 09:17 PM
Errr... Can't wait!!! Lebiu laaa..........(Sila isik tempat kosong ek). Wehhh, mcm biasa tugasan u ...




Quote Syd 8-5-2014 09:39 PM
achik2009 posted on 8-5-2014 09:25 PM

Happy nampak, tuan haji.
Quote dino 8-5-2014 09:55 PM
achik2009 posted on 8-5-2014 09:25 PM

apsl abe romli mcm kepit je...
Quote bedahmulutpuaka 8-5-2014 10:03 PM
Farah fozana? Ee..boring!
Quote hyie 8-5-2014 10:12 PM
yayyyy ade gak akhirnya
Quote cmf_blingblings 8-5-2014 10:37 PM
Farah Fauzana ni dah mcm ibu beranak 5
Quote Leonarzi 9-5-2014 12:34 AM
Bosannya parahh pojana
Quote Leonarzi 9-5-2014 12:35 AM
Anugerah bintang popular selayaknya ditukar nama kpd anugerah bintang paling ramai fanbase yg gigih vote hasil bayaran tertentu
Quote tomet05 9-5-2014 09:30 AM
semoga mendapat pekdahnya la kan kikiki
Quote mitnick 9-5-2014 09:43 AM
hmm... hos si fafau dgn shiro? erkk
Quote aminsaniah 9-5-2014 11:52 AM
tgk host..hmmm..sure boring,,,amik bantai, tilam...ZZZZZZz
Quote ex-bantal.B 9-5-2014 11:55 AM
azab yg tercalon ni.. jgn nanti persembahan hambar.
Quote ex-bantal.B 9-5-2014 11:56 AM
Leonarzi posted on 9-5-2014 12:35 AM
Anugerah bintang popular selayaknya ditukar nama kpd anugerah bintang paling ramai fanbase yg gigih  ...

setuju..
ko kenal ke adik pierre andre. mcm lahanat boleh tercalon..

Lihat semua komen(1315)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 11:11 AM GMT+8 , Processed in 0.283445 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top