CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

El Nino dijangka landa Asia Tenggara pertengahan tahun ini

7-5-2014 05:40 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 12893| Komen: 94


El Nino dijangka landa Asia Tenggara pertengahan tahun ini

KUALA LUMPUR: Pejabat Kaji Cuaca United Kingdom meramalkan kemungkinan besar fenomena El Nino, yang mengakibatkan peningkatan suhu dan taburan hujan, akan melanda rantau Asia Tenggara pertengahan tahun ini.

Pakar kaji cuaca tempatan belum dapat memastikan bahawa Malaysia akan mendapat tempias El Nino pada kali ini namun jika ia berlaku, kemungkinannya ialah Malaysia akan menghadapi keadaan musim kemarau berpanjangan selama enam bulan mulai pertengahan tahun ini.      

Bagaimanapun, mereka mengingatkan pihak berkuasa, terutamanya yang berkaitan pengurusan bekalan air supaya membuat persediaan awal menghadapi fenomena El Nino itu bagi mengelakkan krisis bekalan air yang serius.      
      
El Nino adalah fenomena pemanasan suhu permukaan laut yang berlaku dalam tempoh enam bulan berturut-turut setiap dua hingga empat tahun di timur Lautan Pasifik.

Ia boleh menyebabkan rantaian perubahan iklim berlaku di seluruh dunia dan antara kesannya ialah hujan lebat di sesetengah kawasan sementara di kawasan lain, berlaku kemarau berpanjangan.

Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER), S Piarapakaran berkata hasil penyelidikan institusi itu yang menggunakan model ramalan dinamik ENSO (El-Nino Ayunan Selatan), ialah mereka meramalkan kebarangkalian 70 peratus 'El Nino' akan berlaku di Asia Tenggara.

"Kebarangkalian 70 peratus yang disebut bukan hanya berasaskan kepada model mereka sahaja tetapi menggabungkan maklumat dan kepakaran dari pusat-pusat Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO) di seluruh dunia.      

"Walaupun keadaan El Nino dijangka berkaitan dengan monsun barat daya yang lebih kering namun setakat ini pusat penyelidikan meteorologi di UK masih belum mengenal pasti kekuatan El Nino yang akan melanda Malaysia," katanya kepada di sini.

Beliau berkata, AWER telah memohon kerjasama daripada Pejabat Kaji Cuaca UK untuk mendapatkan pandangan alternatif mengenai kemungkinan berlakunya El Nino di rantau Asia Tenggara dan kesannya kepada iklim Semenanjung Malaysia.

Ditanya mengenai kesan yang akan berlaku kepada Malaysia jika El Nino melanda negara ini, Piarapakaran meramalkan bahawa ia akan menjejaskan dengan teruk keadaan bekalan air negara.

Contohnya, jika paras air di empangan Sungai Selangor tidak mencapai kapasiti selamat iaitu 55 peratus, Piarapakaran berkata ia boleh menyebabkan kesan negatif yang lebih buruk menjelang pertengahan tahun ini.

"Jika ukuran kekuatan El Nino di tahap yang kuat, ia boleh menyebabkan kekeringan yang teruk, iaitu 60 peratus daripada pengguna di Selangor dan Kuala Lumpur akan menghadapi situasi yang lebih buruk berbanding catuan air yang mereka telah alami dalam tempoh dua bulan yang lalu," katanya.

Sementara itu, Pengarah Institut Pengurusan Alam Sekitar dan Sumber Air, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Abdull Rahim Mohd Yusoff berkata El Nino biasanya berlaku setiap dua hingga empat tahun sekali.

Prof Dr Abdull Rahim berkata ukuran kekuatan El Nino di tahap yang kuat, boleh menyebabkan kekurangan air dan bekalan makanan akibat dari musim kemarau melampau dan antara tanda-tanda awal El Nino yang sudah dapat dilihat adalah statistik taburan hujan yang kurang daripada normal sejak kebelakangan ini.

"Bibit-bibit El Nino sudah mula kelihatan pada awal tahun ini yang mana menyaksikan taburan hujan yang amat sedikit daripada biasa, kurang daripada 50mm bagi sesetengah tempat.

"... dan jika benar El Nino akan melanda Malaysia, seharusnya pihak yang bertanggungjawab dalam menguruskan bekalan air mesti lebih bersedia lebih awal dalam menghadapi fenomena itu," katanya.

Malaysia pernah mengalami fenomena ini pada 1998, di mana suhu tertinggi iaitu 40.1 darjah Celsius direkodkan di Stesen Meteorologi Chuping, Perlis pada 9 April 1998.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi mengesahkan ada pemantauan ramalan fenomena El Nino yang dilaksanakan oleh WMO Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Datuk Che Gayah Ismail yang dihubungi berkata setakat ini laporan yang diterima pada 15 April, ialah berlakunya pemanasan suhu permukaan laut di Lautan Pasifik sepanjang Januari sehingga April.


7

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
2

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote NIXAR 7-5-2014 03:42 PM
habis la mcm ni. catuan lagi.
Quote lucky_peace 7-5-2014 03:48 PM
hukshukshuks...
Quote namirulmukminin 7-5-2014 03:51 PM
Ada yang darurat ni kang...
Quote NIXAR 7-5-2014 03:53 PM
sempat lg kot tadah ayaq banyak2. simpan lam umah. buat satu bilik khas simpan ayor
Quote twins 7-5-2014 03:54 PM
dah pernah rasa hujung tahun 1997 dulu... masa tu dok rumah teres setingkat..fuhhhh...panas gilerrrr... tengah malam pun aku mandi... Last edited by twins on 7-5-2014 03:57 PM

Quote sepiITUindah 7-5-2014 03:56 PM
sediakan tempat berkubang
Quote Anak_Nogori 7-5-2014 03:58 PM
habislah oleh Selangor, KL Putra Jaya minum air bertoksid..
Quote prettyuglybabe 7-5-2014 03:58 PM
cepat gi beli bekas simpan air sementara penjual tak naikkan harga lagi..
Quote honeybee1802 7-5-2014 04:02 PM
Aiyoh kene beli takungan air lebih besar...skang pun ada botol mineral aku isi jek air paip bila2 time free...kene mengamalkan kaedah pencucian kurang air...
Quote solstice 7-5-2014 04:18 PM
Hmmm...
Kemarau panjang....
Tanda2 kemunculan dajjal kut
Quote dr_stein 7-5-2014 04:18 PM
ahh nak kena gali perigi awal2 nih
Quote AbukRokok 7-5-2014 04:21 PM
NIXAR posted on 7-5-2014 03:42 PM
habis la mcm ni. catuan lagi.

selangor dah xcatu air lg.... empangan xpenuh2 lagi.....
aku dah apply cuti lama balik kg nanti.....
Quote TanSriJess 7-5-2014 04:24 PM
biasanya yg diramal/dijangka xkan berlaku

waallahualam
Quote ainie_1008 7-5-2014 04:26 PM
NIXAR posted on 7-5-2014 03:53 PM
sempat lg kot tadah ayaq banyak2. simpan lam umah. buat satu bilik khas simpan ayor

buat kolam renang dalam rumah.
Quote haryatie 7-5-2014 04:27 PM
sengsara lagik ....
Quote namirulmukminin 7-5-2014 04:27 PM
Anak_Nogori posted on 7-5-2014 03:58 PM
habislah oleh Selangor, KL Putra Jaya minum air bertoksid..

MB nogori tanak offer air dah ke kat Selangor?
Quote NIXAR 7-5-2014 04:29 PM
AbukRokok posted on 7-5-2014 04:21 PM
selangor dah xcatu air lg.... empangan xpenuh2 lagi.....
aku dah apply cuti lama balik kg nanti.. ...

ermmmmmmmmm.....bg alasan cuti blajar ke?
Quote NIXAR 7-5-2014 04:31 PM
ainie_1008 posted on 7-5-2014 04:26 PM
buat kolam renang dalam rumah.

elok jugak tu. harap x kering la air sbb panas. jgn lupe letak itik kuning dlm pool
Quote lizaliza 7-5-2014 04:40 PM
ingat lagi dulu, masa tu time sekolah lagi, cuaca teramat panas kalau tumpahkan air kat rumah, penuh semut datang menghurung, walaupun air sejuk biasa. Balik sekolah , panas sangat, ambil kain batik mak basahkan, perah sikit, buat alas tido...

Lihat semua komen(94)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 10:06 AM GMT+8 , Processed in 0.715172 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top