CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Selangor Bersedia Hadapi El Nino

20-5-2014 10:01 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5796| Komen: 47

Description: Kerajaan Negeri Sudah Bersedia Dengan Kolam Takungan Yang Mencukupi Bagi Tempoh Enam Bulan Sebagai Persediaan Menghadapi Musim El Nino. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Berkata, Jika El Nin ...


SHAH ALAM - Kerajaan negeri sudah bersedia dengan kolam takungan yang mencukupi bagi tempoh enam bulan sebagai persediaan menghadapi musim El Nino.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, jika El Nino dijangka berlaku pada Jun, Julai dan Ogos, mungkin kerajaan negeri dapat menyediakan air yang cukup untuk tiga bulan tersebut.

“Selepas itu pula, kesan monsun juga berlaku, kalau itu terjadi bermakna air akan cukup pada masa-masa akan datang,” katanya.

Menurutnya, kerajaan negeri perlu ada program menakung air dalam usaha menyimpan bekalan memandangkan negara umumnya, negeri khasnya menerima hujan dalam tempoh lebih 200 hari dalam setahun.

“Jika kita tidak mempunyai program menakung air hujan tersebut sebab bila air tersebut di panggil surface water dan mengalir ke sungai seterusnya ke laut maknanya air itu tidak dapat kita gunakan.

“Sebab itulah Selangor adakan program tertentu, kalau kita ada air berlebihan, kita mesti simpan dalam takungan. Sebab itulah kita percaya kita dapat atasi musim


kemarau bagi memastikan air mencukupi bagi rakyat Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya,” katanya ketika sidang media selepas merasmikan Program Kayuhan Shah Alam Endure Ride 2014 anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), semalam.

Ketika ditanya mengenai insiden seorang ahli PKR yang ‘menyerang’ dengan mendakwa Abdul Khalid penipu dan rasuah di pekarangan ibu pejabat PKR Jumaat lalu, Abdul Khalid menyifatkan politik bukan medan membenarkan sesiapa membuat kenyataan yang tidak betul ke atas orang lain.

Katanya, meskipun kita dalam arena demokrasi moden, bagaimanapun kita perlu menghormati adab dan adat.

Sehubungan itu katanya, PKR akan mengadakan tatacara dalam politik yang perlu menghormati antara satu sama lain.

“Politik bukan tujuan memburukkan orang lain tetapi tujuan murni ialah mereka yang ingin berbakti untuk kepentingan parti dan rakyat.

“Dalam politik demokrasi itu penting, jika tidak negara kita tidak akan menjadi negara yang dipercayai negara lain dari segi kesahihan demokrasi yang kita ada,” katanya.

Sementara itu, MBSA dengan kerjasama Sime Darby Property Sdn Bhd mengadakan program kayuhan sejauh 160 kilometer yang bermula di pekarangan Taman Sukan Lasak Shah Alam dan melalui daerah Klang, Gombak, dan Kuala Selangor yang disertai 800 orang.

Peserta yang menghabiskan kayuhan dalam tempoh lapan jam akan menerima sijil penyertaan dan medal selain hadiah-hadiah menarik lain turut mempertandingkan lima kategori.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makton 20-5-2014 08:08 AM
sblum el nino boleh la nak sembang kencang.
tunggu masa el nino esok. kang ada yg mggelupur sibuk nak bercatu bagai!

el nino ni bukan sehari dua..
dgr berita kata mgkin berlarutan hgga 8 bulan.

mesti air soya kat bazar ramadhan diorang jual mahal....  
Quote kentel 20-5-2014 08:21 AM
eh.....takungan air dari mane?? lombong ke guane?wawawawa
Quote Tok_Batin 20-5-2014 08:29 AM
Macam media indon sahaja ni @the_killer

Penuh dengan " jika, mungkin, bakal, kalau, percaya, ...."
Quote anishacute 20-5-2014 08:37 AM
Ai maki khalid gagap ni nanti kalo air kena catu lagi.. lantak.. berdosa pon berdosa la...
Quote Bell 20-5-2014 08:40 AM
Jgn duk gebang saja. Aritu pun kata air cukup sampai 2019. Sekali apa dah jadi...
Quote satriastendet 20-5-2014 08:44 AM
scary aku baca.

sbgi seorg muslim, pendpt aku tski patut berlapik skit bila bercakap.

tu je la. thx
Quote Innrukia 20-5-2014 08:49 AM
Kena gentar la encik MB kalau hang percaya kuasa Tuhan
Quote Czaziq 20-5-2014 08:52 AM
mcm ada harapan kene catu balik je
Quote Bell 18-6-2014 09:03 AM
UPPPPP!!!! mari monitor thread ini!!!
Quote supernaturalee 18-6-2014 09:11 AM
harapnya xde la kena catu lg
Quote Bell 18-6-2014 09:13 AM
supernaturalee posted on 18-6-2014 09:11 AM
harapnya xde la kena catu lg

Bunga-bunga nak catu mcm dah ada....

Quote dualchicks 18-6-2014 09:15 AM
El nino nih selangor ajer ke yg kena?
Mari kiter tgk negeri mana yg kena catu pastu kabor berita hanya di pesbok jah
Quote iza.moha 18-6-2014 09:15 AM
x mau catu dah:@
Quote supernaturalee 18-6-2014 09:16 AM
Bell posted on 18-6-2014 09:13 AM
Bunga-bunga nak catu mcm dah ada....

bunga2 taik ayam




choiiiiiiiiii













Quote amira_safia 18-6-2014 09:23 AM
kalau air kena catu bagi balik statement ni kat Khalid .... nanti tengok apa pulak dia akan cakap ... bukan boleh percaya Khalid ni .... gebang bukan main ....
Quote ninjago 18-6-2014 09:27 AM
time musim puasa ngan raya El Nino..
Quote uori 18-6-2014 09:36 AM
sembang je kencang
macam ada harapan nak kena catu balik je nanti nih
Quote mamanurulhasbi 18-6-2014 09:38 AM
pressure air kdg2 dah slow. kat fb bangi tu dah listkan sekian2 kolam air dh kurang.
Quote ~anya~ 18-6-2014 09:41 AM
Cakap besar bukan main mamat joe jambol nih...

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 08:56 AM GMT+8 , Processed in 0.252666 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top