CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Azad bakal dampingi Lara Dutta?

7-5-2014 11:41 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4109| Komen: 3


PELAKON Azad Jazmin akui rezekinya dalam bidang lakonan tidak pernah putus sejak mendirikan rumah tangga dan menimang cahaya mata.

Sejak berkahwin dengan aktres cantik Eira Syazira seterusnya menimang puteri sulung kesayangan mereka, Amarra Sofea Rose, aktor dari Pulau Pinang ini sering menerima tawaran berlakon.

Malah, baru-baru ini, pelakon filem Ngangkung ini mendedahkan yang dia menerima tawaran daripada sebuah produksi filem untuk berlakon di samping aktres Bollywood terkenal, Lara Dutta.

"Alhamdulillah, ini semua rezeki. Selepas berkahwin dan ada anak, rezeki saya semakin bertambah.

"Pada awalnya, saya fikir isteri hanya ingin mempermainkan saya, kerana dia yang menjawab panggilan berkenaan.

"Tetapi, apabila isteri menerangkan semuanya, rupa-rupanya ia adalah sesuatu yang benar," katanya pada Zass ketika ditemui pada majlis pelancaran MTV filem Suatu Malam Kubur Berasap 2, baru-baru ini.

Tidak cukup dengan itu, katanya, produksi filem itu juga sanggup menghantar seorang tenaga pengajar untuk mengajarnya bahasa Hindi.

"Insya-ALLAH, semuanya masih lagi dalam peringkat perbincangan," katanya.

Begitu pun, kata pelakon filem Sejoli ini lagi, tawaran sedemikian sedikit sebanyak telah membuka ruang buat dirinya dalam mencipta nama di peringkat antarabangsa.
"Saya sudah bersedia untuk ke arah itu.

"Tiada masa lagi untuk bermain-main dan saya sangat bersyukur dengan tawaran yang diberikan.

"Lebih-lebih lagi apabila saya kini sudah pun bergelar seorang bapa. Jadi, saya kena persiapkan diri untuk memberi anak dan isteri saya makan, jika tak bersedia maka susahlah," katanya.


Tak lupa anak

Walaupun sibuk dengan urusan kerja, Azad tetap akan cuba meluang masanya dengan cahaya mata sulungnya, Ammara Sofea Rose yang kini berusia 16 bulan.

"Fokus lakonan saya hanyalah pada filem.

"Bukan saya tidak mahu berlakon drama atau telefilem, tapi dua perkara ini, saya serahkan pada isteri.

"Malah, isteri saya ada juga terima tawaran berlakon filem, tetapi dia sendiri yang menolak," katanya.

Tambahnya lagi, setiap tawaran lakonan yang diterima, dia dan isterinya akan memastikan setiap jadual penggambaran mereka tidak bertembung di antara satu sama lain.

"Biarlah setiap jadual penggambaran itu dijalankan secara bergilir-gilir supaya anak di rumah ada salah seorang yang menjaganya.

"Saya tidak mahu hal seperti anak tidak kenal mak dan ayahnya akibat daripada kesibukan kerja.

"Janganlah perkara seperti itu terjadi dalam keluarga saya," katanya.

Dalam perkembangan lain, Azad akan muncul dalam filem terbaharu arahan Ernie Chen, Suatu Malam Kubur Berasap 2, bakal ditayangkan di pawagam di seluruh negara pada 12 Jun ini.

Selain itu, Azad juga kini sedang dalam penggambaran filem Kelip-kelip di samping Keith Foo dan bakal terlibat dengan filem Poskad From Itali.

Tidak cukup dengan itu, beberapa filem lakonannya seperti Mamak Cupcake, Pilot Cafe, Tujuh dan Showdown bakal keluar tidak lama lagi.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tripple_M 6-5-2014 12:22 AM
laaa..mat rempang ni nek mluat ak tgk..mlut capoi n kalah mulut pmpuan..
camna la bini dia hadap tiap2 ari..
pepon jdoh kan..
kdg2 prngai hegeh2 nek mluat tgk jantan ni..
Quote biosafe 8-5-2014 03:42 PM
hehe he ...samer ler kiter ......
Quote devilito2 16-5-2014 08:14 AM
betul ker??? cam xcaye jer

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:44 PM GMT+8 , Processed in 0.040699 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top