Kedatangan pendatang Cina bersama penjajah British satu bentuk pencerobohan
BANGI, 6 Mei – Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman menyifatkan kedatangan pendatang Cina ke Tanah Melayu bersama penjajah British suatu ketika dahulu adalah satu bentuk pencerobohan. “Orang Cina datang ke negara ini bersama penjajah British sebagai penceroboh. “Siapa yang bagi mereka hak kerakyatan dan kekayaan sehingga hasil pencerobohan mereka dilindungi sampai hari ini? “Itu semua perbuatan British yang bersekongkol dengan Cina menindas dan membuli orang Melayu,” ujarnya hari ini dalam satu kenyataan. Tambah beliau juga, ini merupakan satu kesilapan orang Melayu terdahulu yang harus diperbetulkan. “Tiada siapa yang berhak untuk menggadai kedaulatan Islam dan Melayu di Tanah Melayu ini,” tegasnya. Beliau berkata demikian mengulas suara-suara yang mempertikaikan kenyataannya baru-baru ini apabila beliau membidas golongan bukan Islam yang menentang hudud dan menyifatkan mereka sebagai tidak sedar diri dan tidak wajar campur tangan dalam urusan umat Islam. Sebagai balasan kepada kenyataan itu, ada pihak yang mendakwa bahawa orang bukan Islam telah banyak menyumbang kepada negara contohnya dalam bidang perlombongan dan perladangan sejak sebelum merdeka. Menurut Ustaz Abdullah lagi, jika mereka ingin terus menjadi rakyat Malaysia, mereka haruslah taat setia kepada raja, menerima Islam sebagai agama negara dan hak kedaulatan bangsa Melayu. Ini kerana menghalang cita-cita Melayu dan menafikan hak Melayu dalam menentukan masa depan negara adalah satu tindakan mencabar dan melampau oleh bangsa asing. Sementara itu mengulas mengenai kenyataan pemimpin DAP, Lim Kit Siang yang menyatakan bahawa ISMA telah menyebarkan racun dalam bentuk perkauman, tegas Ustaz Abdullah, kenyataan itu tidak berasas sama sekali. Hakikatnya, Kit Siang sendiri yang telah memecahbelahkan rakyat. Hal ini jelas sekali apabila dia telah membawa konsep Malaysian Malaysia yang bertentangan dengan perlembagaan. “Dia sendiri yang membuatkan orang Cina rasa tidak berpuas hati sehingga bangkit untuk menuntut dan mendesak lebih daripada apa yang mereka perolehi selama ini. “Walhal, hak-hak keistimewaan orang Melayu misalnya telah pun termaktub dalam perlembagaan sejak sekian lama,” katanya kepada wartawan ISMAweb.
|
8
Bagus |
3
Marah |
3
Terkejut |
3
Sedih |
5
Lawak |
3
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Siapa yang bagi mereka hak kerakyatan dan kekayaan sehingga hasil pencerobohan mereka dilindungi sampai hari ini?
deryza posted on 7-5-2014 02:21 AM
Sikit hari lg Bangla, Nepal, Myanmar, indonesia juga dilabel penceroboh bersama penjajah xxxx....... ...
sueism posted on 7-5-2014 02:23 AM
dia belum ambik ubat lah tu. tak baca sejarah ke?
bukan ke dulu china yg keja kat lombong bagai?
...
ADVERTISEMENT