DUNGUN: Pencerobohan haiwan ternakan dan binatang liar ke kawasan lebuh raya sehingga menyebabkan kemalangan bukan perkara baru. Kebimbangan sama, kini dikongsi pengguna Lebuh raya Pantai Timur yang turut tidak terlepas daripada ancaman haiwan berkeliaran. Malah pengguna juga sering dikejutkan haiwan liar seperti babi hutan melintas terutamanya pada waktu malam. Tinjauan Astro AWANI mendapati antara kawasan paling bahaya adalah di antara KM333 hingga KM340 dari kedua-dua arah berhampiran Dungun,Terengganu. Keadaan bertambah buruk kerana pagar lebuh raya di musnahkan pihak tidak bertanggungjawab sekali gus membuka ruang bagi haiwan menceroboh lebuh raya berkenaan. Beberapa bangkai lembu yang dirempuh kenderaan menjadi bukti agar masalah ini diambil serius pihak bertanggungjawab. Pada Sabtu, Kamariah Ismail maut manakala adiknya Che Ana Ismail, parah apabila kenderaan pacuan empat roda yang mereka naiki bersama lima ahli keluarga lain merempuh seekor lembu sebelum terbalik di KM337. Manakala pada Rabu lalu, Noriza Mohd nyaris maut selepas kereta yang dipandunya terlanggar babi hutan yang melintas di KM340 lebuhraya terbabit kira-kira jam 9 pagi.
|
7
Bagus |
6
Marah |
8
Terkejut |
14
Sedih |
17
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
NIXAR posted on 5-5-2014 03:00 PM
tuan2 lembu ni la spesis potong pagar tu. spesis ni membahayakan org ramai. lembu dgn babi hutan tu ...
the_killer posted on 5-5-2014 03:03 PM
bagaimana pulak dengan Pontianak? Keta Woksuweigon Kuning? Hantu kebaya merah? langusir? Pocong? H ...
NIXAR posted on 5-5-2014 03:04 PM
tiada lg akta menyalahkan hantu tp sy pasti ada akta menyalahkan tuan2 lembu
namirulmukminin posted on 5-5-2014 03:04 PM
Tuan lembu tu, bila dah lembu kena langgar haram taknak ngaku lembu dia... sebab taknak bayar gantir ...
the_killer posted on 5-5-2014 03:05 PM
ini tidak adil....jika malaysia negara islam...konsep keadilan kena ada...biar semua kena...sama r ...
NIXAR posted on 5-5-2014 03:00 PM
tuan2 lembu ni la spesis potong pagar tu. spesis ni membahayakan org ramai. lembu dgn babi hutan tu ...
cfa posted on 5-5-2014 03:13 PM
tak paham, naper nak potong pagar? apa untungnya bagi lembu masuk highway? bukannya ada rumput ten ...
ADVERTISEMENT