MELAKA - Seorang lelaki mungkin berdepan hukuman penjara tujuh tahun hanya gara-gara dituduh mencuri sekarung jering yang berharga RM8 di sebuah kebun di Sungai Udang, bulan lalu. Namun, Abd Saad Mad Nor, 36, yang menghadapi pertuduhan itu di Mahkamah Majistret di Ayer Keroh semalam, mengaku tidak bersalah. Abd Saad didakwa mencuri sekarung jering milik Mazlan Abd Kadir, 56, di sebuah kebun di Kampung Paya Rumput Jaya, Sungai Udang. Tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut kira-kira jam 3.15 petang pada 25 Mac lalu. Tertuduh mungkin berdepan hukuman penjara itu selepas dia didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norshazwani Ishak. Meruntun hati apabila tertuduh merayu diberi ikat jamin dengan alasan dia perlu menyara isteri dan tiga anaknya termasuk paling kecil berusia tujuh tahun. Selepas mendengar rayuan itu, Majistret Ida Rahahyu Sharif membenarkan tertuduh diikat jamin RM800. Kes akan disebut semula pada 2 Jun depan untuk lelaki itu melantik peguam.
|
MengkuduMasam posted on 5-5-2014 04:09 PM
tuan kebun pun... RM8 je pun.. anggap je laa sedekah...
salah mmg laa salah...
clarizsa posted on 5-5-2014 04:13 PM
nape nk curi jering? x kje ke.. apa masalah hidup dia... hmmmm...
pinkypinkylady posted on 5-5-2014 04:41 PM
Curi jering rm7 kena penjara 7 tahun and ikat jamin rm800? X berbaloi langsung. Itulah gunanya hudud ...
BurningTimes posted on 5-5-2014 05:10 PM
Yang kau curi jering dah kenapa dik?
Soo low class sis, jering itu makcik makcik felda pun dah tak ...
ADVERTISEMENT