CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Dibelasah Hanya Kerana Pintas Kereta !

2-5-2014 04:31 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9824| Komen: 83

Gambar hiasan


Kuala Lumpur: Hanya kerana memintas sebuah kereta, seorang lelaki teruk dibelasah tiga lelaki yang tidak berpuas hati terhadap tindakan mangsa berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Tenaga, Cheras, di sini, kelmarin.


Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, mangsa berusia 24 tahun dikatakan dalam perjalanan menuju ke stesen minyak itu sebelum memintas sebuah kereta dinaiki kumpulan suspek kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian.


Sumber polis berkata, pemandu kereta terbabit yang tidak berpuas hati kemudian menekan hon beberapa kali sebelum mengejar dan menghalang kereta mangsa di dalam kawasan stesen minyak itu.

“Mangsa yang baru membuka pintu kenderaan bagaimanapun ditumbuk di muka oleh suspek sebelum berlaku pergelutan.

“Mangsa cuba melawan, namun tidak berdaya apabila dikepung dan dibelasah beramai-ramai sebelum suspek beredar,” katanya.

Menurutnya, kumpulan suspek bagaimanapun berjaya melarikan diri dari lokasi kejadian.

“Mangsa yang cedera di muka dan lebam di seluruh badan kemudian mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Kuala Lumpur (HKL)

Mangsa membuat laporan di Balai Polis Salak Selatan di sini, untuk tindakan lanjut.


Bagus

Marah
2

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote FanTasyCreaTioN 30-4-2014 05:18 AM
ramai.. sebab tu berani
Quote noor2 30-4-2014 06:16 AM
agak2la nak memotong...lagi 100m ja......terpotong pulak org2 gila ...mental....naya ja..
Quote kasibiman 30-4-2014 06:31 AM
Cheras drivers... Prrffthhh
Quote DayangKirana 30-4-2014 06:45 AM
2.30 pg...tgh mabuk kot..skali ade org potong kete..road bully btol..

Ni yg takut nk overtake nie...:Q
Quote nurul_akmar 30-4-2014 06:46 AM
aku x faham org yg panas hati xkena tempat ni. xde iman ke?
Quote sueism 30-4-2014 06:56 AM
nie road rage lah nie
Quote Al-Patih 30-4-2014 07:51 AM
dah biasa buwek macang tu ...kot ...kali ni ...kena tegur  pulak...
Quote intriQue 30-4-2014 08:02 AM
Mungkin memotong secara loklaq
Quote jengkoil 30-4-2014 08:03 AM
Kalau bila ramai berani..set set tu je...
Quote emma.giggs 30-4-2014 08:06 AM
haha aku teringat bos aku dulu dia cite kalo atas jalan sape yg potong kete dia, dia akan kejar balik. tp bos aku tu pn mmg jenis baran. sejak balik haji ni baru la sejuk sikit.
Quote namirulmukminin 30-4-2014 08:09 AM
Tu jenis takdak telor tu... berani sebab ramai je... kalu sorang2 tekde nye nak kejor balik... spisis tu elok repeat balik cari sorang2.. Balun balik kalu jumpa sorang sama sorang...
Quote underground 30-4-2014 08:13 AM
mmg ada spesies ske cut line cara kurg asam... selalunya time kita dok tunggu keta nak kuar parking dan tetiba dtg mamat dr mana terus pecut masuk rampas parkng tu... kuar keta muke kerekkk jer... aku dh baper kali kena... panassss

mungkin kali ni bukan hari dia...
Quote tongkatwaran75 30-4-2014 09:26 AM
underground posted on 30-4-2014 08:13 AM
mmg ada spesies ske cut line cara kurg asam... selalunya time kita dok tunggu keta nak kuar parking  ...

yg selalu aku kena
kete overtake kete aku...jenih ferrrari ngan porsche...
geram aku...
Quote tak_tahu 30-4-2014 11:57 AM
noor2 posted on 30-4-2014 06:16 AM
agak2la nak memotong...lagi 100m ja......terpotong pulak org2 gila ...mental....naya ja..



dah dkt x reti brsabar nak masuk. gigih nak memotong. skali salah mangsa.
pahadan.

aku pun baru smlm kene. tp tgh2 jem la, waktu puncak balik keje.
mamat cina bodoh dari sebelah dok menyodok2 (read as : menyondol2) nak masuk lane aku.
dgn xde signalnye hampir2 nak kene. bila aku hon, dia tnjuk middle finger.

tah apa punya kesabaran, aku cume tnjuk pnumbuk jer balik.
dh balik bru terfikir nape aku x baling ngan duit syiling ke kurg2 btanda.


Quote mjla 30-4-2014 12:03 PM
Peel rakyat Msia kat jln raya.

Tak pueh ati balun ramai2.

Bila la nak berubah.

Bukan luak pun.
Quote crossfire 30-4-2014 12:06 PM
Taman Tenaga: PETRONAS, dekat gerai2 tepi jalan tu...
Quote airfilterkotor 30-4-2014 12:08 PM
Cheras...?
2.30pagi...?

Sapa-sapa kalo terkena pemanduan pangkahan mengejut cenggini pun pasti hangin.
Bezanya, samada buleh bersabar dengan tidak jer.

Nasib tak baik, kena dengan kaki panas baran, meme padan laa dengan muka.
Quote highcastle 30-4-2014 12:11 PM
Den stok2 yg suka potong q mmg hangin sungguh.. Jenis tak beradab, skg tahanlah buat sebagai pengajaran w'pun tindakan sebegitu agak keterlaluan. Aku pasti mamat ni jenis nak menang walhal dia dah pintas q orang punya & tak menyangka member ada bawak kawan..........
Quote xAthenax 30-4-2014 12:13 PM
ada sorang mamat pekerja syarikat minyak tersohor negara
orang dah beri signal light masuk lorong kiri, berdesup dia potong masuk lorong yang sama
bukan sekali bukan 2 kali, berkali kali
bila kena tegur
katanya balik " dah itu memang cara saya"  
sot...harap2 1 hari kena bash macam ni

Lihat semua komen(83)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:52 PM GMT+8 , Processed in 0.140420 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top