CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Novel Perempuan Nan Bercinta disahkan HARAM

30-4-2014 10:11 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 20871| Komen: 214



Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mewartakan pengharaman sebuah buku yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib  Razak pada 2012.

Novel Perempuan Nan Bercinta karangan novelis Faisal Tehrani yang sebelum ini diharamkan Jabatan Kebajikan Islam Malaysia (Jakim), didakwa mempunyai unsur Syiah.

Pewartaan itu dibuat pada 22 April lalu di bawah subseksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 kerana KDN berpendapat novel terbitan Institut Terjemahan Negara Malaysia itu (ITNM) itu "mungkin memudaratkan ketenteraman awam".

Ketika dihubungi petang ini, Faisal berkata beliau berterima kasih kepada kementerian dan "mendambakan" status terbarunya itu kerana akan dikenang sebagai seniman dan pemikir tertindas.

"Terima kasih mengangkat saya dari makam caci maki ke makam haram.

"Ini status dambaan, kerana karya saya ini senasib dengan karya George Orwell, John Milton, Voltaire, Pra dan Solzhennitsyn," katanya.

Faisal turut menyindir Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi bahawa pemimpin itu akan diingati dan dikenang dalam sejarah sebagai kerana mengharamkan buku.

'Pemikir tertindas'

"Saya akan dikenang sebagai seniman dan pemikir tertindas," kata beliau yang nama sebenarnya Mohd Faizal Musa.

Pada 6 Julai 2012, tiga hari selepas dilancarkan oleh Najib, Jakim dilaporkan  membincangkan kewajaran mengambil tindakan mengharamkan novel Perempuan Nan Bercinta yang dikaitkan dengan fahaman Syiah.

Penolong Pengarah Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan (Cawangan Akidah) Jakim Mohd Aizam Masod mengakui karya pengarang terkenal itu sedang dipertimbangkan untuk diharamkan jabatan itu pada November 2013.

Novel itu merupakan novel kedua Faisal yang diharamkan selepas Sebongkah Batu di Kuala Berangpada 2011, yang dipercayai novel tempatan pertama diharamkan selepas merdeka di negara ini.

Perempuan Nan Bercinta mengisahkan pengalaman Dr Tengku Idora, seorang feminis yang berkenalan dengan Prof Dr Ali Taqi menerusi Bastian, kekasihnya.

Perkenalan itu membantu perubahan tanggapan Tengku Idora daripada seorang feminis melulu kepada feminis yang bersandarkan ketokohan anak perempuan Rasulullah Saidatina Fatimah az-Zahra.


Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stania83 29-4-2014 11:28 PM
sh!t nak baca. apa yg sensitif sgt sampai kena gam. Ade elemen Syiah yg macam mana?
Quote batmana 29-4-2014 11:29 PM
najib ni baca ke novel ni dlu?..
Quote TuntungReturn 29-4-2014 11:31 PM
melayu ni bnyk haram dari halal.itu haram ini haram .mne satu halal aku x taw lalol
Quote shernazz 29-4-2014 11:33 PM
Ler
..unsur syiah la
.gay la..
Ape naseb faizal...
Quote kakikuDibibirmu 29-4-2014 11:34 PM
semuanya haram kecuali ada dalil halal
Quote mrseller 29-4-2014 11:53 PM
mesti ada cap haram JAKIM
Quote Dewa19XKangen 30-4-2014 12:13 AM
elok sangat la tu,lucut kerakyatan pun bagus..
Quote ladyxez 30-4-2014 12:15 AM
Suka novel novel dia
Quote iskans 30-4-2014 12:19 AM
Tunggu Teduh Dulu.....
Quote amiraira 30-4-2014 12:31 AM
Ala nk carik publisiti je ni
Mcm buku shahnon ahmad dulu tu kn?
(betul kah)
Quote khaira01 30-4-2014 01:28 AM
i like Faisal Tehrani.
Quote mommymonster82 30-4-2014 01:48 AM
Nama pon TEHRANi....
Quote bidacool 30-4-2014 02:23 AM
Tak penah aku nk rajin2 baca novel bagai ni...... tp kdg aku bosan jugak msia ni, asyik2 haram, asyik2 banned, sesat la, syiah la,  rosak moral la....... tgk2 bohsia bohjan, agama sesat tetap merata jugak.......
Quote Orange1 30-4-2014 02:25 AM
Susahnya semua haram! Ada aku kesah klu aku nak baca jugak?
Quote mbhcsf 30-4-2014 02:26 AM
oh well last time kat pesta buku antrabangsa belek jugak  kot

I tak faham sangat laras bahasa sastera melayu lagu ni

dr faisal tehrani...

hmm...suke jugak cara dia hentam filem apa tu ntah

but yes ade elemen  bebenda  yg hmm dalam buku tu.
Quote mbhcsf 30-4-2014 02:27 AM
bidacool posted on 30-4-2014 02:23 AM
Tak penah aku nk rajin2 baca novel bagai ni...... tp kdg aku bosan jugak msia ni, asyik2 haram, asyi ...

novel melayu...haha...saya belum baca secara langsung secara serious...

Quote tepisket.. 30-4-2014 02:27 AM
Aku rasa novel dia lebih bagus dibanding Ramlee Awang Murshid
Antara y prnah ku baca
Bila_Tuhan_Berbicara1.JPG 1511(H)_Kombat.jpg Faisal_Tehrani_-_Ikan_Fugu1.JPG Last edited by tepisket.. on 30-4-2014 02:29 AM

Quote bidacool 30-4-2014 02:35 AM
mbhcsf posted on 30-4-2014 02:27 AM
novel melayu...haha...saya belum baca secara langsung secara serious...

Same here..... kisahnya terlalu 'berat' nak digest
Quote Orange1 30-4-2014 02:42 AM
Semua haram semua hal jabatan agama nak bagi fatwa, menyusahkan org je, meluat sungguh jabatan ni! Dah le byk mecahbelahkan perpaduan rakyat msia msia yg berbilang kaum n agama, mcm sial!

Lihat semua komen(214)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:50 PM GMT+8 , Processed in 0.118306 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top