Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam SYABAS, Priscilla Alfred berkata, keadaan ini membolehkan syarikat itu membekalkan air ke kawasan yang terlibat dengan catuan. "Situasi ini telah menyebabkan sesetengah kawasan yang sepatutnya dikenakan catuan masih menerima bekalan air di premis mereka namun situasi ini adalah bersifat sementara," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Beliau berkata enam kawasan yang menerima bekalan air tambahan ialah Gombak, Klang, Kuala Lumpur, Petaling, Hulu Selangor dan Kuala Selangor. Bagaimanapun, Priscilla mengingatkan pengguna agar berjimat cermat dan mengurangkan penggunaan air serta sentiasa bersedia menghadapi catuan bekalan yang dilaksana mengikut jadual. Beliau berkata pelan catuan bekalan air peringkat pertama, ketiga dan keempat masih diteruskan dan dijangka tamat pada 30 April ini, atau suatu tarikh yang akan diputuskan kerajaan negeri Selangor dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). Orang ramai yang masih keliru dengan pelan catuan bekalan air boleh melayari laman sesawang www.syabas.com.my untuk mendapatkan maklumat berhubung kawasan terbabit catuan, jadual catuan harian dan polisi lain berkaitan catuan itu.
|
pakweneelofa posted on 28-4-2014 11:45 PM
catu tetap catu...tk boleh berjimak korang punya pasa...syabas!
“Dan jika kamu junub (berhadath besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam musafir, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwudhu’ dan mandi), maka hendaklah kamu bertayammum dengan tanah – debu yang bersih.”
(Surah Al-Ma’idah, 5:6)
ADVERTISEMENT