Dalam kejadian berlaku di Pekalongan, Jawa Tengah awal pagi kelmarin Ryan Gunawan, 20, pulang dari sebuah kafe Internet kira-kira jam 2 pagi selepas menghabiskan masa 10 jam di situ. Sejurus kemudian Ryan cuba melarikan sebuah motosikal dari kawasan rumah sewa pelajar yang berada berhampiran rumahnya. Ketua Polis Pekalongan, Zurianto berkata, ada empat motosikal di situ. “Tanpa berfikir panjang Ryan melarikan satu daripada motosikal berkenaan yang kebetulan tidak berkunci,” katanya. Namun, kata Zurianto, Ryan tidak menyedari motosikal itu milik ibunya. Selepas melarikan motosikal berkenaan, kata Zurianto, Ryan kembali ke kafe Internet itu semula. Keesokannya, kata Zurianto, selepas bangun tidur Ryan hairan melihat ibunya pulang menaiki basikal dan dia bertanya mengenai motosikal ibunya. “Sebaik diberitahu motosikal itu hilang Ryan mendesak ibunya membuat laporan polis tanpa menyedari yang dialah pencuri sebenar,” katanya. Siasatan dijalankan ke atas beberapa saksi membuktikan yang Ryan adalah pencuri motosikal itu. Kata Zurianto, seorang daripada saksi mengaku ternampak Ryan menolak motosikal di kawasan berkenaan pada awal pagi kejadian. “Pada mulanya Ryan menafikan tuduhan itu, tetapi selepas beberapa bukti dibentangkan, dia akhirnya mengaku. Menurut keterangan ibunya, Ryan adalah anak angkat dan sering menjual barangan rumah untuk mendapatkan wang.
|
bangcak posted on 27-4-2014 09:08 AM
Suasana bayangan malaysia beberapa taon yg akan dtg
(selepas beberapa kali kenaikkan petrol, tamba ...
ADVERTISEMENT