CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nampak Hantu Naik Bas

27-4-2014 01:12 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9650| Komen: 47





KUALA KANGSAR - Seramai 27 pekerja sebuah pasar raya besar di Ipoh gempar apabila enam rakan mereka berusia lingkungan 18 ke 28 tahun diserang histeria ketika berada dalam bas dalam perjalanan ke tempat kerja.

Kejadian kira-kira jam 9 pagi itu menyebabkan pemandu bas terpaksa memberhentikan bas yang dalam perjalanan dari Kamunting ke Ipoh itu di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Perak kerana keadaan dalam bas semakin kelam-kabut.

Saksi yang enggan dikenali ketika ditemui berkata, kejadian bermula ketika bas itu berada di Bukit Gantang apabila salah seorang daripada mereka menjerit dipercayai mengalami histeria dan keadaan semakin teruk apabila beberapa penumpang lain turut mengalami gangguan sama.

Salah seorang penumpang bas pula berkata, dia ada terlihat kelibat lembaga hitam masuk ke dalam bas semasa dia berseorangan dalam bas tersebut kerana menunggu rakan lain ketika di Kamunting.

Begitu pun, dia tidak mengesyaki apa-apa pada waktu itu kerana beranggapan mungkin tersalah pandang atau mungkin perasaannya sahaja.

“Bila saya lihat rakan-rakan saya mengalami histeria, saya yakin kelibat yang saya nampak pada awal pagi tadi ada kena mengena dengan insiden yang berlaku hari ini (semalam).

“Kejadian berlaku semasa kami dalam perjalanan ke tempat kerja. Mula-mula seorang saja kemudian berjangkit ke orang lain pula,” katanya.

Seorang lagi penumpang bas berkata, sebelum kejadian, salah seorang mangsa ada bercerita tentang kisah hantu dan memberitahu rakannya pernah mengalami histeria.

“Sebaik saja dia habis cakap, dia terus menjegilkan matanya dan mula meracau. Keadaan masa itu memang menakutkan sebab pertama kali saya mengalami situasi seperti ini.

“Bila sampai saja di kawasan R&R Sungai Perak, kami membawa mereka turun dari bas. Kawan-kawan lelaki penat kerana terpaksa menahan mangsa sebab ada mangsa yang menari dan ada juga yang cuba melarikan diri,” ujarnya.

Sempat hantar SMS

Dalam pada itu, salah seorang ibu mangsa yang enggan dikenali berkata, anaknya yang berusia 18 tahun sempat menghantar pesanan ringkas kepada kakaknya memberitahu ada sesuatu yang tidak kena pada dirinya.

Menurutnya, anaknya pernah mengalami gangguan sama ketika pulang dari kerja, kelmarin, namun gangguan tersebut tidak begitu teruk seperti semalam.

Malah, katanya, gangguan itu sudah bermula sejak Rabu lalu, namun pada hari tersebut, hanya seorang pekerja yang mengalami histeria.

“Dia ada hantar mesej pada kakaknya beberapa minit sebelum jam 8 pagi dan mengatakan berasa sakit kepala, mata tidak boleh buka dan bahu terasa berat. Kakak dia hantar mesej pada saya dan saya terus ke sini (R&R Sungai Perak) bila dapat tahu anak saya berada di sini,” ujarnya.

Tindakan pantas pemandu

Menurut pemandu bas yang dikenali sebagai Tan, 60, dia terkejut melihat salah seorang daripada penumpang tiba-tiba menjerit dengan kuat seolah-olah dirasuk sebaik tiba di persimpangan jalan Kuala Kangsar.

Katanya, gangguan tersebut merebak kepada beberapa penumpang lain selang beberapa minit kemudian dan menyebabkan suasana dalam bas menjadi kelam-kabut.

“Kalau ikutkan saya ingin berhenti di tepi lebuh raya sebaik saja mereka menjerit, namun bila difikirkan semula, berhenti di tepi jalan mungkin mengundang lebih banyak bahaya.

“Jadi, saya membuat keputusan untuk berhenti di kawasan rehat dan rawat berhampiran. Sepanjang 30 tahun saya membawa bas, kejadian ini pertama kali terjadi pada saya. Tidak tahu nak gambarkan bagaimana perasaan saya pada waktu itu,” katanya.

Sementara itu, seorang pengamal perubatan Islam dari Darul Syifa yang membantu merawat mangsa berkata, dia mendapat panggilan mengatakan ada beberapa orang mengalami histeria di kawasan itu.

“Sebaik saja saya tahu berita tersebut, saya bergegas menuju ke tempat kejadian. Bila saya sampai, saya lihat beberapa mangsa menjerit-jerit dan meracau.

“Saya tidak pasti gangguan tersebut berpunca daripada mana tapi bolehlah dikatakan mereka diganggu makhluk halus,” jelasnya.

Dalam pada itu, seorang daripada mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kangsar oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk menerima rawatan dan selebihnya dibawa pulang oleh keluarga masing-masing.

21

Bagus
14

Marah
8

Terkejut
16

Sedih
24

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (101 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pakweneelofa 26-4-2014 08:12 PM
hantu naik tidak apa..jngn penjenayah mahupun perogol
Quote menjad 26-4-2014 08:18 PM
xpernah lagi dengar orang mati dicekik hantu...
Quote solstice 26-4-2014 08:18 PM
Hantu baik bas
Free jer naik yer
Kacau penumpang laen pulok tu
Quote Changa 26-4-2014 08:19 PM
Saja jah nak tarik perhatian, choi!!
Quote imransulaiman 26-4-2014 08:44 PM
Syabas Uncle Tan kerana bertindak dengan bijak.
Quote debab_78 26-4-2014 08:47 PM
dh ada thread ni....
Quote airfilterbersih 26-4-2014 08:49 PM
Hantu karpal singh kot?
Nak naik kerusi roda, dah rosak pulak. Tumpang la naik bas.

Quote pakweneelofa 26-4-2014 08:52 PM
@namirulmukminin kau tak gelak ko dosa besar
Quote roblucci 26-4-2014 08:59 PM
pakweneelofa posted on 26-4-2014 08:52 PM
@namirulmukminin kau tak gelak ko dosa besar

kenape akak tag nama dia?
Quote batmana 26-4-2014 09:06 PM
Apsal antu x naik air force one je
Quote cm_matjawasp 26-4-2014 09:08 PM
tu la ko worang dok gelak kat Raja Bomoh  dia dah cakap dah kat highway banyak hantu...
Quote katak hijau 26-4-2014 09:13 PM
Changa posted on 26-4-2014 08:19 PM
Saja jah nak tarik perhatian, choi!!

Masa aku asrama dulu aku pnah ckp mcm ni bila one of my housemate kena histeria. Tgh mlm tu aku kena kacau dgn lembaga berbulu lebat. Org ckp jin...huhuhu
Quote pakweneelofa 26-4-2014 09:45 PM
roblucci posted on 26-4-2014 08:59 PM
kenape akak tag nama dia?

nape hadek nak tau?
Quote roblucci 26-4-2014 09:55 PM
pakweneelofa posted on 26-4-2014 09:45 PM
nape hadek nak tau?

saja2 kak
Quote batmana 26-4-2014 10:08 PM
katak hijau posted on 26-4-2014 09:13 PM
Masa aku asrama dulu aku pnah ckp mcm ni bila one of my housemate kena histeria. Tgh mlm tu aku ke ...

kknapa msti ramai  kata lembaga tu bulu lebat..ini tak adil, ntah2 dia pakai baju sejuk..
tu nmpk lebat..



Quote adie82 26-4-2014 10:33 PM
mesti akibat jampi B1M yang halau hantu gua tempurung hari tu...
Quote MissLibra 26-4-2014 10:37 PM
Pemandu bas umur 60? erkk.. ada energy lagi pakcik tan bawah bas ek..
Quote sekngucing 26-4-2014 11:21 PM
melayu dan hantu tak dpt dipisahkan
sama la melayu dgn agama arab
Quote kambeng_masam 26-4-2014 11:44 PM
alangkah bagusnya kalau wanita2 terkena histeria disaat mereka hendak dirogol...tentu perogol pun lari.

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:43 PM GMT+8 , Processed in 0.055868 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top