CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Ramai Salahguna Bantuan Br1m

25-4-2014 10:19 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10019| Komen: 78


KUALA LUMPUR: Hasrat kerajaan untuk meringankan beban rakyat terutama golongan berpendapatan rendah melalui pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak tercapai sepenuhnya.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata beliau kesal ramai penerima menggunakan bantuan itu untuk tujuan salah termasuk berjudi.

"Dapat sahaja BR1M, kafe siber di ibu kota ini penuh. Kenapa? Ramai yang pergi main judi (dalam talian).

"Kompleks beli belah penuh, semua pergi shopping macam-macam yang tak patut," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang (APC) Wilayah Persekutuan 2014 di sini, Khamis.

Sehubungan itu, Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional turut membayangkan pembayaran BR1M pada masa akan datang dibuat secara bulanan untuk memastikan bantuan itu diguna sebaik-baiknya.

"Kita masukkan BR1M ini dalam akaun penerima, bila sampai masanya baru mereka akan keluarkan wang itu," katanya.

Pemberian BR1M 2014 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah dinaikkan daripada RM500 kepada RM700 merangkumi RM650 dan Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia (i-BR1M) sebanyak RM50.

Bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan, nilai bantuan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.

Sebagai tambahan, buat pertama kalinya BR1M diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 dan RM4,000 dengan nilai bantuan RM450.


Bagus
5

Marah

Terkejut
9

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote freebird 24-4-2014 10:59 PM
apalah bangang nya encik adnan ni???
ada syarat2 tertentu ke dengan penggunaan duit br1m ni?  kalau ada, apa dia? tulis kat mana? ada surat perjanjian ke??
kalau takde, macamana boleh kata salahguna??

sukahati makcik pakcik felda pprt tu lah macamana mereka nak belanjakan duit br1m tu....bukannya duit kamu....
Quote pakweneelofa 24-4-2014 11:03 PM
adnan bangang...suka hati orang la nak buat apa guna duit tu...nak beli zenfon ke hape ke...tu duit subsidi la bangang....boleh tk berenti nak mengajar orang jadi bangang...hakak tension tol la ngn dik denan nih
Quote munchkin 24-4-2014 11:06 PM
Mmg pun. Kalau dapat akan dermakan balik pada yg memerlukan. Tapi sapa suruh bagi kalau tak suka cam mana org belanjakan.
Quote dasatgiler 24-4-2014 11:08 PM
Suka ati la lobai pas nak amik br1m 2 kali buat beli lembu kenduri kesyukuran pangkah pas.. Demo bagi gulo kacau, demo bagi pitih ambik, bilo undi pakoh bule kalu ikuk ajare tok guru..
Quote Extralink 24-4-2014 11:10 PM
Dia bengang sebab dia x dapat le tu..
Quote dino 24-4-2014 11:10 PM
freebird posted on 24-4-2014 10:59 PM
apalah bangang nya encik adnan ni???
ada syarat2 tertentu ke dengan penggunaan duit br1m ni?  kal ...

lain kali klau taknak slh guna bg voucher beli belah tesco... jusco ka..... stok beli belah setahun gitu.....

Quote dino 24-4-2014 11:12 PM
pakweneelofa posted on 24-4-2014 11:03 PM
adnan bangang...suka hati orang la nak buat apa guna duit tu...nak beli zenfon ke hape ke...tu duit  ...

amboi garangnya doraemon...
die bg next year tak bg la tuh....  kasi cop brim atas duit tuh..... siap tulis "utk beli beras shj"
Quote R2D2 24-4-2014 11:21 PM
dh boleh beli smartphone tu
Quote perang_candu 24-4-2014 11:24 PM
duit dari sumber mana pon kalau di buat berjudi memang la namanya disalahgunakan.. duit sepatut nya di guna untuk benda yg baik baik.
Quote totokreturn 24-4-2014 11:27 PM
Denan mabuk nih marah rakyat pakai duit brim gi main judi, dia pakai duit rakyat main judi kat vegas diam2 duduk yer...
Quote tripple_M 24-4-2014 11:27 PM
mampuih p la nk wat pa pon..mcm dia xpa laa..dah boroi dh dok kedaqah duit..yg tuh xnmpk pon..
dh hampa bg..ikt suka la depa.
hak depa.asai n hlg lak??
Quote Lagubestbest 24-4-2014 11:35 PM
Dimana ada duit, disitu mereka 'ambil berat'. Untuk round pertama mereka memperkenalkan caruman i-BR1M bernilai RM50 kepada penerima isi rumah BR1M dengan nilai perlindungan maksimum sehingga RM30,000 sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal. Wonder berapa ramai yang dah dapat claim insurans caruman tolak rm50 setiap seorang nih. kkkkkkkkkkkkk
Quote suterabiru123 24-4-2014 11:41 PM
Denan oi..ko ni xyah jadi mnterilah..banggang xhbis2... Suka ati la deme nak guna tuk apa pon... ish ish

tu salah satu taktik puak UMNO nak buat alasan nak tarik pemberian BRIM yang dikatakan boleh mensejahterakan rakyat,mmberi rakyat rezeki la tu..

phuiiii
Quote DTECCONAN 24-4-2014 11:45 PM
woi, BONGOK betul menteri ni
pegi shopping guna duit sendiri pun bising
sah2 ler korang juga yg tarik duit rakyat nak bg BR1M tu, dah la tak berpatutan dgn apa yg diambil
Quote kucingTomey 24-4-2014 11:51 PM
DTECCONAN posted on 24-4-2014 11:45 PM
woi, BONGOK betul menteri ni
pegi shopping guna duit sendiri pun bising
sah2 ler korang juga yg ta ...

yang penting anwar pergi mampos..kah kah kah..bodo punya anwar

Quote zainuddinmaidin 25-4-2014 02:13 AM
Investment katanya.
Quote sueism 25-4-2014 05:37 AM
Bila dah bagi duit tu biar lah dia org nak Guna macamana sekali pun, tak kan lah nak buat report duit tu pakai untuk apa???? Banggang at the best !!!!
Quote kakikuDibibirmu 25-4-2014 05:40 AM
Tengku Adnan Tengku Fraud bin Tengku Mansor
Quote faraway1 25-4-2014 05:48 AM
next time kasi aje foods stamp ke apa...

Lihat semua komen(78)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 10:02 PM GMT+8 , Processed in 0.337171 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top