CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Jemaah Surau Sangka Orang Sedekah Pisang Rupanya... !

23-4-2014 10:05 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12451| Komen: 45

Kajang: “Kami sangkakan bungkusan itu berisi buah disedekahkan kepada jemaah surau. Namun kami terkejut apabila kandungannya berisi janin bayi lelaki,” kata seorang jemaah Surau Ittifaqiah, Taman Delima di sini, yang hanya mahu dikenali sebagai Haji Amal, 50-an.

Dia antara 20 jemaah yang hadir bersolat Subuh di surau itu sebelum menemui mayat janin bayi cukup sifat yang diletakkan di dalam bungkusan plastik. Menurutnya, janin bayi itu yang sudah mula reput dan berbau busuk itu sengaja diletakkan di atas kerusi di bahagian belakang surau berkenaan.

“Ada kemungkinan janin bayi itu diletakkan di surau ini antara jam 3 hingga 4 pagi semalam. Berdasarkan keadaannya, kami percaya janin bayi itu sudah dilahirkan sejak lebih dua hari lalu,” katanya.

Gambar hiasan


Dia berkata, jemaah surau itu sudah biasa menemui bungkusan ditinggalkan di atas kerusi di surau berkenaan berikutan ramai penduduk yang rajin bersedekah serta menyalurkan sumbangan.

“Saya kesal kerana masih ada manusia tidak berhati perut tergamak membunuh dan membuang bayi mereka,” katanya. Sementara itu, pengerusi surau berkenaan, Basri Abdul Rashid berkata, dia antara individu terawal yang menyedari kewujudan bungkusan pelik yang diletakkan di atas kerusi berkenaan.

“Saya mula berasa pelik apabila terhidu bau busuk sebaik mendekati plastik itu. Bagaimanapun, saya tidak bercadang membuka plastik itu, sebaliknya menyempurnakan solat Subuh terlebih dahulu,” katanya.

Basri berkata, dia kemudian meminta salah seorang jemaah membuka bungkusan plastik yang diikat mati itu.

“Sebanyak empat lapis plastik dilerai ikatannya sebelum kami menemui mayat bayi yang masih dalam keadaan bertali pusat dan sudah mula membengkak.

“Seorang jemaah yang kebetulan membawa telefon bimbitnya segera menghubungi polis berhubung penemuan itu sebelum anggota polis tiba untuk melakukan siasatan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab mengesahkan penemuan janin bayi itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan (KK).

“Pihak kami percaya janin bayi ini dilahirkan empat hari lalu,” katanya.



Bagus
1

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nurul_akmar 23-4-2014 05:28 AM
aku harap mak pak baby ni kena tangkap
Quote hanakikan 23-4-2014 05:29 AM
Aku yakin org ni x akan tenang sampai mati. Kat dlm hai dia asyik risau je. Kepala otak dia asyik pikir je apa yg dia buat ni. Sama mcm org yg bunuh org. Lepas. X kena tangkap. Tp selagi dia hidup dia tak akan tenang.
Quote kakikuDibibirmu 23-4-2014 05:30 AM
itu lah tak reti guna kondom dan pil perancang keluarga, padan muka

mak bapak budak tu sunni ke shia?
Quote mommymonster82 23-4-2014 05:31 AM
Innalillah... Kesalnya membaca
Quote ~boolean 23-4-2014 05:56 AM
20 jemaah solat subuh..agak ramai.
Kawasan rumah aku x pernah cecah 20 jemaah untuk subuh
Quote alinone78 23-4-2014 05:59 AM
Gugur atau digugurkan
Nampak sangat x tau mandi solat n kafankn jenazah
Quote CariMalay 23-4-2014 06:46 AM
Apa salahnya nak sedekahkan janin??? kan itu niat mulia. xfhm btol. apa masalah dgn korang ni?? Last edited by CariMalay on 23-4-2014 06:47 AM

Quote noor2 23-4-2014 06:53 AM
sah mental....
Quote MissNigga 23-4-2014 07:05 AM
janin .... maksudnya, tak sempurna lagi ler jasad bayi ni ...

speku ni kes mengugurkan anak
Quote mohid 23-4-2014 09:38 AM
nurul_akmar posted on 23-4-2014 05:28 AM
aku harap mak pak baby ni kena tangkap

in penting nye hukum HUDUD
Quote onetwonine 23-4-2014 09:41 AM
bodoh sungguh..xnk bg la org...rmai org xde ank yg sanggup nk bela bdak kecik tu...aku pon sanggup....TLG KLAU PASNI XNK BDAK NI TLGGGGGG PM/EMAIL AKU....AKU SANGGUP BELA..
Quote DeMax 23-4-2014 09:44 AM
nurul_akmar posted on 23-4-2014 05:28 AM
aku harap mak pak baby ni kena tangkap

Satu lagi teknologi kebanggaan Melayu...kaum lain ada
Quote -electrifying- 23-4-2014 09:49 AM
rosak weyyy zmn skrg ni...
Quote prettyuglybabe 23-4-2014 10:13 AM
dah tak ada tanah ke untuk ditanam sampai main buang je merata??
Quote miss_bear 23-4-2014 10:20 AM
aku rasa maknya x tau camne nak uruskan.. rasa dia mintak org surau tolong uruskan pengebumian kot..
Quote tongkatwaran75 23-4-2014 10:21 AM
Ada yg bising klu asik sedekah pisang jer...
Quote mamanurulhasbi 23-4-2014 10:25 AM
menakutkanlah budak2 zmn sekarang..beranak dalam jamban..sedekah janin kat surau.
Quote kudajantan77 23-4-2014 10:30 AM
adakah ini bayi yg dibuat masa malam merdeka???
Quote sashin 23-4-2014 10:43 AM
prempuan2 yang dok buang anak ni.. harapnya ..takkan boleh beranak dah sampai bila2...

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 11:10 PM GMT+8 , Processed in 0.070422 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top