Ayopaya: Penduduk desa di kawasan hutan Amazon mengenakan hukuman yang kejam terhadap dua pencuri motor mengikat mereka pada pokok yang penuh dengan semut api. Kedua-dua pencuri itu berusia 18 dan 19 tahun hampir mati digigit semut berbisa itu. Kejadian itu berlaku di Ayopaya di hutan Amazon bahagian barat Bolivia. Penyeksaan terhadap kedua-dua pencuri itu dilakukan selama tiga hari berturut-turut. Mereka hanya dibebaskan Sabtu lalu apabila keluarga kedua-dua pemuda berkenaan membayar wang tebusan dan ganti rugi kepada pemilik motor berjumlah RM12 ribu, hampir empat kali ganda purata upah bekerja setahun di Bolivia. Kedua-dua pencuri motor itu kritikal dan ginjal seorang daripada mereka dikatakan hancur. “Keadaan mereka parah dan hampir mati kerana digigir semut yang beracun,” kata Dr. Roberto Paz yang bertugas di hospital Bolivia Cochabamba. Semut ganas jenis seudomyrmex triplarinus itu mempunyai racun yang mampu membunuh mangsanya. Tetapi dalam dos kecil, racun semut itu boleh digunakan sebagai penawar perubatan tradisional untuk penyakit artritis.
Gambar hiasan
|
Pailang posted on 19-4-2014 09:00 AM
sejak dua menjak ni makin ramai avvy doraemon...
Pailang posted on 19-4-2014 12:12 PM
aku pon pelik. agaknya memang trend terkini kot. nanti nak tukar gak la
xtahumenahu posted on 19-4-2014 12:31 PM
aduiii..seksanya..baik tembak mati je
ADVERTISEMENT