SEJAK menceburi bidang seni pada 2007 menerusi siri, Wizard of Waverly Place, Selena Gomez memperkenalkan ibunya, Mandy dan bapa tiri Brian Teefey, sebagai pengurus kerjaya seninya. Namun, baru-baru ini, Gomez dikatakan telah memecat kedua orang tuanya dan bertindak mencari pengurus yang lebih profesional. Malah, pelantun lagu Slow Down ini juga dikatakan beberapa kali bertengkar dengan ibu bapanya apabila setiap tindak tanduk atau keputusannya dibayangi Mandy dan Teefey. Menurut rakan baik Gomez, dia memecat ibu bapanya pada Mac lalu dan menganggap dirinya sudah dewasa untuk menentukan haluan hidup. “Bukan sahaja dalam kerjaya, malah ibunya juga turut mencampuri urusan peribadi. “Selain beberapa nama lain, Gomez turut menyenaraikan pengurus Katy Perry, Bradford Cobb, sebagai pilihannya,” kata sumber itu lagi.
|
ana_w_houb posted on 18-4-2014 05:24 PM
eh mak apak muka pure white
yang dia muka mexican sket ngan rambut hitam dedulu tu
ADVERTISEMENT