PUCHONG - Seorang murid perempuan berusia tujuh tahun berdepan detik cemas apabila kaki kirinya tersepit dalam lubang mangkuk tandas di sebuah sekolah dekat sini semalam. Kejadian pada pukul 12.20 tengah hari itu berlaku ketika mangsa yang dikenali sebagai Saujana, murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Bandar Puchong Satu tergelincir akibat lantai bilik air licin menyebabkan kaki kirinya terperosok ke dalam lubang mangkuk tandas cangkung berkenaan. Difahamkan, kejadian itu disedari oleh seorang rakannya yang menemani mangsa selepas terdengar jeritan meminta tolong lalu melaporkannya kepada salah seorang guru.
|
Suchi posted on 18-4-2014 11:22 AM
sian budak2
sekolah pun satu hal
sediakan lah tandas yg kecik tuk budak2
ADVERTISEMENT