Shah Alam: Seorang pemandu bas sekolah warga India ditahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam Ops Khas Bas Sekolah di Seksyen 7, dekat sini tengah hari semalam, berikutan tidak memiliki Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV). Pengarah JPJ Selangor V Valluvan berkata, dalam operasi kira-kira jam 12 tengah hari itu, lelaki berusia 38 tahun itu memberi alasan dia memandu kenderaan berkenaan kerana menggantikan isterinya yang kurang sihat. Beliau berkata, lelaki terbabit yang hanya mempunyai lesen D merayu untuk dilepaskan, namun rayuan itu tidak boleh diterima kerana ia membabitkan keselamatan orang lain. “Sehubungan itu, kita mengambil tindakan terhadapnya dan mengeluarkan saman selain memanggil isterinya supaya mengambil kenderaan berkenaan atau ia disita. Bagaimanapun tidak lama kemudian, wanita terbabit hadir untuk mengambil semula bas berkenaan,” katanya. Valluvan berkata, operasi berkenaan turut diadakan di beberapa kawasan di Selangor seperti Ijok, Banting, Semenyih, Kalumpang serta Kuala Selangor, bertujuan memastikan pemandu bas sekolah memenuhi syarat yang ditetapkan JPJ selain memastikan keselamatan pelajar terjamin semasa menggunakan perkhidmatan bas sekolah. “Sepanjang operasi itu, JPJ memeriksa 294 kenderaan dan 132 notis dikeluarkan terhadap pemiliknya atas pelbagai kesalahan. “Sebanyak 146 kesalahan dikesan antaranya membabitkan pemandu yang tamat tempoh PSV, salah guna van persendirian, tiada perlindungan insuran pengangkutan, gagal menyelenggarakan kenderaan, lampu brek gagal berfungsi, menggunakan tayar botak dan tidak mempunyai cukai jalan,” katanya. PENGUAT kuasa memeriksa makanan ringan yang turut dijual di dalam bas dipandu lelaki warga India terbabit.
|
hambaallah1709 posted on 18-4-2014 02:26 PM
mase mengajar disekolah lame dulu...
anak pengusaha bas sekolah sendiri pandai bawa bas sekolah yan ...
hambaallah1709 posted on 18-4-2014 02:26 PM
mase mengajar disekolah lame dulu...
anak pengusaha bas sekolah sendiri pandai bawa bas sekolah yan ...
hambaallah1709 posted on 18-4-2014 02:26 PM
mase mengajar disekolah lame dulu...
anak pengusaha bas sekolah sendiri pandai bawa bas sekolah yan ...
haryatie posted on 18-4-2014 03:05 PM
waaa..berani giler kasi ank tu bwak bas seklah..
mmg brutal la..
xde lak org report...
ADVERTISEMENT