CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

JPJ Upload Gambar Pemandu Guna Lorong Kecemasan

4-8-2014 12:19 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 17877| Komen: 115

Description: Khalid Berkata, Polis Akan Menempatkan Anggota Trafik Di 60 Lokasi Panas, Iaitu Kawasan Kerap Berlaku Kemalangan Di Seluruh Negara Selain Bekerjasama Dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (Jpj) Menguatkua ...
Aduan kenderaan yang menggunakan laluan kecemasan boleh dihantar terus ke aduantrafik@jpj.gov.my

Pastikan gambar kelihatan jelas dan terang, nyatakan tarikh, masa, lokasi dan butiran pengadu perlu lengkap.











Saman RM300 guna lorong kecemasan

Kuala Lumpur: Polis akan mengeluarkan saman maksimum RM300 kepada pemandu yang menggunakan lorong kecemasan di semua laluan sepanjang Op Selamat 2014 sempena musim perayaan ini.

  Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata tindakan tegas itu untuk mendidik pengguna jalan raya supaya mematuhi undang-undang di samping menjadi pemandu berhemah.      

“Berdasarkan pengalaman, apabila ada pemandu menggunakan laluan kecemasan, pihak kami dan pasukan penyelamat mengalami kesulitan akibat kesesakan untuk melakukan kerja menyelamat jika berlaku kemalangan kerana laluan itu sesak,” katanya.      
      
Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Op Selamat 5/2014 Sempena Aidilfitri di ibu negara semalam.

Bermula 4 Ogos

Operasi berkenaan bermula Isnin ini hingga 4 Ogos depan, membabitkan pelbagai agensi keselamatan termasuk bomba dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Khalid berkata, polis akan menempatkan anggota trafik di 60 lokasi panas, iaitu kawasan kerap berlaku kemalangan di seluruh negara selain bekerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menguatkuasakan undang-undang.                                      



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lina66 1-8-2014 11:24 AM

kalo kat meleis bleh aje semua...

Quote jengkoil 1-8-2014 11:27 AM
Bukit bunga? Dekat tempat kejadian.....huhuhuhuuuu... sedeyyyy  
Quote BotakChinPeng 1-8-2014 11:30 AM
Saman. Jangan tak saman
Quote shahx 1-8-2014 11:30 AM
haha.. aku pon ade amik video org guna laluan kecemasan ni.. boleh bg kat jpj...
Quote shahx 1-8-2014 11:31 AM
mmg hangin tengok org guna laluan kecemasan ni.. kita terperangkap dlm jem, diorang sedap2 je laju guna laluan kecemasan..
Quote gekkou 1-8-2014 11:32 AM
apa lgi amik tindakan la...
time sesak2 nk balik  kg raya byk jek kenderaan kat lorong kecemasan
kesian moto nk lalu sampai nk kn hon bagai
Quote sheetRock 1-8-2014 11:33 AM
ala...aritu aku ader snap pic orang lalu emergency lane..tapi...no plat tak penuh lak..

kita tgh bersesak2 kat lebuhraya karak..jem...dia suka2 ati pancung kat situ...leh lak kuar kan tgn nak masuk depan aku...kurang asam tol
Quote gusikuberdarah 1-8-2014 11:42 AM
terbaiklah..org malaysia kn mmg suka amik gambar..
Quote biggirlduncry 1-8-2014 11:57 AM
rasain... ada bukti bergambar... takde la dolak dalih dah...
Quote amiraira 1-8-2014 12:01 PM
Terbaekkkkkkkk....
Kluakn kt tb la
Lagi baguih.........:lol
Quote cloudy_83 1-8-2014 12:03 PM
terbaik..
Quote sueism 1-8-2014 12:12 PM
Lina66 posted on 1-8-2014 11:24 AM
kalo kat meleis bleh aje semua...

cuba try masuk singapore driver malaysia punya tertib
takut kena saman kalau kena saman memang mahal
banding dgn malaysia kan?
memang susah lah dah mentality org malaysia macam nie
bila ada lesen aje tak yah ikut undang2 jalanraya lagi
kalau speed limit kat 110 dia pecut 200

Quote sueism 1-8-2014 12:12 PM
gusikuberdarah posted on 1-8-2014 11:42 AM
terbaiklah..org malaysia kn mmg suka amik gambar..

bukan itu aje time accident pun ambik gambar dulu
video dulu dari call untuk pertolongan

Quote tungkai 1-8-2014 12:15 PM
RM300? Kasik naik RM3000 la..biar semua terkemut dr dok mencelah fefeling VIP ikut lorong tu. Bila nampak kelibat polis, mula la kalut2 cilok nak masuk jalan yg betul. Org camnilah yg buat jalan lagi jem..
Quote Lina66 1-8-2014 12:18 PM
tungkai posted on 1-8-2014 02:15 PM
RM300? Kasik naik RM3000 la..biar semua terkemut dr dok mencelah fefeling VIP ikut lorong tu. Bila n ...



bukan setakat jem je.... silap2 bleh eksiden coz cilok cara mengejut bile nampak polis..
Quote idadzira 1-8-2014 12:18 PM
good job. kasi keluar gambar, kasi saman sama mereka
Quote Lina66 1-8-2014 12:20 PM
sueism posted on 1-8-2014 02:12 PM
cuba try masuk singapore driver malaysia punya tertib
takut kena saman kalau kena saman memang m ...



bleh tengok kalo coach dari meleis ni seme ikut laluan kiri bile masok Spore nye jalan raya..

ade gak la meleis abeng speeding kat jalan raya Spore...    sppeding kejap je pastu selo mcm siput vavi...
Quote sueism 1-8-2014 12:24 PM
Lina66 posted on 1-8-2014 12:20 PM
bleh tengok kalo coach dari meleis ni seme ikut laluan kiri bile masok Spore nye jalan raya..
...

i also drive sekali aje kat singapore, memang i jenis ikut speed limit
so no speeding.  
you know pernah iols kat malaysia hantar anak sedara ke sekolah
kan speed limit 25km gitu so i also ikut lah lepas tu kawasan sekolah
memang ramai budak2 naik basikal ada kereta belakang i boleh honk dan maki2
sebab i ikut speed limit then dia potong iols and jeling2 , tak ke dia tau tu kawasan
sekolah yg nak laju tu kenapa? bukan ke ramai budak2 dok naik basikal ke sekolah
memang otak dia org letak kat lutut. tak fikir keselamatan org lain.

Quote melia_star 1-8-2014 12:25 PM
bestttttt!!!....patut buat lama dulu lagi....mmg haprak umat2 yg suka guna lorong kecemasan ni....dlm CI ni pun mesti ramai kaki hamput lorong kecemasan kan.....kalu tak amek pengajaran lagi tak tau lah...kete jer besor masing2 tp otak ciput mcm babi...

Lihat semua komen(115)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 12:09 AM GMT+8 , Processed in 0.065767 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top