CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Catuan Air: Nak Saman, Terpulanglah

16-4-2014 10:01 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9380| Komen: 73

Catuan air: Terpulang kalau nak saman, tak gentar

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak menghalang jika mana-mana pengguna berhasrat untuk menyaman kerajaan negeri berhubung catuan air.

Menurutnya, tindakan catuan air yang dijalankan kerajaan negeri di beberapa kawasan di Selangor adalah berdasarkan keadaan air semasa.

"Tak apa. Nak saman itu terpulang.

"... keputusan itu dibuat dibawah jawatankuasa yang diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri bersama pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span), Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan pihak berkuasa tempatan (PBT)," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Dewan Annexe, hari ini.

Sebelum ini, tinjauan TV3 mendapatkan reaksi pengguna di Selangor menyuarakan hasrat akan mengambil tindakan saman terhadap kerajaan negeri susulan kegagalan pengurusan air di negeri itu.

Beliau yang juga Adun Pelabuhan Klang berkata, pelan catuan air tersebut bagi memastikan kerajaan negeri dapat memberi khidmat air yang berterusan kepada pengguna.

Dalam pada itu, beliau memberitahu keputusan pemberhentian atau meneruskan catuan air bakal ditentukan minggu depan.

"Kalau nak teruskan (catuan air), mesti ada alasan dan kalau nak berhentikan, (perlu nyatakan) bila dan apa kriterianya.

"Air di empangan naik 1 peratus, jadi, ia belum lagi...tapi kita ada beberapa cadangan untuk selesaikan perkara ini. Saya akan nyatakan selepas perjumpaan itu Isnin atau Selasa depan," katanya.

Sementara itu, menyentuh soal perancangan untuk mengadakan sidang khas berhubung Projek Loji Rawatan Air Langat (Langat 2), beliau berkata sidang itu tidak akan mengubah kandungan perjanjian penstrukturan semula air yang telah dibuat.

"Perjanjian sudah dibuat tapi mereka (Adun) nak tahu sama ada apa yang kerajaan negeri lakukan itu munasabah atau tidak.

"Bila (sidang khas) itu kena tunggu rundingan perjanjian air selesai," katanya.

Menjawab soal dakwaan beberapa pihak bahawa beliau tidak telus dan membelakangkan mereka dalam urusan penstrukturan semula industri air, Abdul Khalid sempat menjawab sambil berseloroh.

"Oh...kalau nak bawa semua orang, satu lorilah," katanya.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote munchkin 15-4-2014 04:31 PM
cakap cam hapa je.
Quote tapibukanaku 15-4-2014 04:33 PM

Quote -electrifying- 15-4-2014 04:35 PM
bodoh mana yg nk mnyaman tu?
Quote tapibukanaku 15-4-2014 04:37 PM

Quote tapibukanaku 15-4-2014 04:37 PM

Quote akughi 15-4-2014 04:39 PM
boleh ke saman? aku tak paham la.....
Quote hanakikan 15-4-2014 04:40 PM
Aik dah dpt air percuma pun nak saman ke?? Tak kenang budi langsung
Quote duniaku85 15-4-2014 04:40 PM
adeh..ni la perangai mesia..klau ada org saman jugak , mmg kne belajar hukum alam la jwbnye
Quote ellZack 15-4-2014 04:41 PM
benda yang nak disamankan?
Quote an2toncit 15-4-2014 04:41 PM
tapibukanaku posted on 15-4-2014 04:33 PM


Quote Voyagers 15-4-2014 04:45 PM
an2toncit posted on 15-4-2014 04:41 PM

kamu yang paste pun patut belajar dari apa yang kamu paste

abraham lincoln mati tahun 1865
zaman tu dah ada internet ke

ini serupa ketam ajar anaknya berjalan

internet dah ada masa zaman abraham lincoln???

Quote tapibukanaku 15-4-2014 04:45 PM
an2toncit posted on 15-4-2014 04:41 PM

terima kasih abraham lincoln. jasamu dikenang.
Quote beatgirlX 15-4-2014 04:52 PM
aku masa dengar malam tadi rasa...what #$#@#%%&*^
org yg menyarankan dan ada intention nak saman tu memang bengong...
ni hukum alam la..lain la kalau ianya kecuaian...
lagi satu..dah memang terbukti empangan tu nak kering..kalau dteruskan tanpa pemerhatian..esok2 tak ada air langsung pun muka2 tu gak yg bising..
menyampah!!
Quote mattzzx 15-4-2014 04:54 PM
Siapa yang tak cekap? syarikat atau kerajaan negeri?
Quote itikgemuk 15-4-2014 04:54 PM
Voyagers posted on 15-4-2014 04:45 PM
kamu yang paste pun patut belajar dari apa yang kamu paste

abraham lincoln mati tahun 186 ...

bukannyer tukang letak gambar lincoln ni tak tau atau tak belajar.. ini lebih berbentuk sindiran...

Quote genchi 15-4-2014 04:58 PM
an2toncit posted on 15-4-2014 04:41 PM

saia suka sindiran berupa ini.. jelas dan menusuk sanubari
Quote kucingTomey 15-4-2014 05:00 PM
genchi posted on 15-4-2014 04:58 PM
saia suka sindiran berupa ini.. jelas dan menusuk sanubari

betul....
Quote genchi 15-4-2014 05:03 PM
kucingTomey posted on 15-4-2014 05:00 PM
betul....

adekah sanubari bam kuc dah terusik hingga ke lubuk yg paling dalam?
Quote pakweneelofa 15-4-2014 05:04 PM
tapibukanaku posted on 15-4-2014 04:33 PM

TUN berapa hari dah tahan air jimak ngn siti semah?

Lihat semua komen(73)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:08 AM GMT+8 , Processed in 0.057009 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top