Ipoh: Tindakan seorang kanak-kanak bermain konkrit saluran pembetung air bersama abangnya dan tiga lagi rakan di gudang simpanan barangan pembinaan dekat Kampung Khantan Baru, di sini, mengundang padah apabila maut selepas terjatuh dan kepala terhentak pada konkrit seberat lebih 50 kilogram itu. Dalam kejadian jam 5.15 petang itu, Heng Chiew Zheng, 10, meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. Kejadian disaksikan abang mangsa berusia 14 tahun dan tiga lagi rakan ketika mereka sedang bermain pembetung terbabit dengan menggulingkannya seperti roda. Menurut bapa mangsa, Heng Tat Lam, ketika kejadian dia sedang minum di sebuah kedai dan menerima panggilan telefon daripada isteri mengatakan anak bongsu mereka terjatuh ketika bermain. “Saya bergegas ke tempat kejadian dan sebaik sampai, Chiew Zheng pengsan, malah terdapat luka kecil pada dahi serta mukanya. “Kami sangka kecederaan anak tidak serius dan isteri hanya menyapu minyak angin sebelum menghantarnya ke Hospital Sungai Siput. Namun pegawai perubatan mengesahkan anak saya sudah tiada,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. Tat Lam berkata, punca kematian anak bongsunya itu akibat luka yang agak besar pada belakang kepala, dipercayai akibat hentakan kuat pada gelungan konkrit. “Saya kemudiannya membuat laporan polis bersama anak sulung dan pemilik premis berkenaan. “Pemilik gudang memohon maaf atas kejadian yang berlaku serta menawarkan sejumlah wang namun saya memaafkannya kerana berpendapat anak saya juga salah bermain di premis itu,” katanya. Menurutnya, dia hanya meminta pemilik gudang menanggung kos pengebumian anaknya yang dianggarkan RM4,000 dan disempurnakan pada jam 3 petang semalam. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong mengesahkan kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). SALURAN pembetung konkrit yang dipercayai dijadikan mainan oleh mangsa bersama abang serta rakan.
|
6
Bagus |
3
Marah |
4
Terkejut |
2
Sedih |
7
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
sekngucing posted on 15-4-2014 06:42 AM
adik aku masa umur dia 8 tahun dia terhantuk muka di benda ni lah
seminggu lidah terjelir, airliur ...
tongkatwaran75 posted on 15-4-2014 02:27 AM
SALURAN pembetung konkrit yang dipercayai dijadikan mainan oleh mangsa bersama abang serta rakan.
ADVERTISEMENT