CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mayat Masih Tetap Sempurna Walaupun Dilanggar Treler

14-4-2014 10:18 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9060| Komen: 41



GEORGETOWN - Walaupun dilanggar sebuah treler, namun mayat seorang warga emas masih dalam keadaan sempurna kerana ditemui antara dua tayar dalam keadaan terbaring.
       
Warga emas, Syed Mohamed Shukor Syed Abdul Rashid, 64, dari Sungai Nibong Kecil, Bayan Lepas dikatakan sedang melintas jalan namun tiba-tiba terjatuh di Jalan Tun Dr Awang di sini pagi semalam.
       
Mangsa dikatakan berjalan kaki ke Kampung Setinggan, terletak berhadapan dengan kediamannya kira-kira jam 9 pagi.
       
Seorang ahli keluarganya yang enggan dikenali berkata, ketika mangsa terjatuh terdapat sebuah treler dengan muatan bahan binaan sedang menghala ke arahnya dari bulatan Bayan Baru ke Relau.
       
Beliau berkata, pemandu treler tidak dapat memberhentikan kenderaannya kerana kejadian berlaku secara mengejut.
       
Mayat dia ditemui antara dua tayar treler itu dalam keadaan terbaring dan tidak berdarah.  Ini merupakan takdir ALLAH, dia pergi dalam keadaan sebegini,” katanya.
       
Menurutnya, Syed Mohamed kerap pergi ke kampung berkenaan untuk berjumpa rakan-rakannya dan ia menjadi sebahagian rutin hidupnya selepas bergelar pesara kerajaan.
       
Sementara itu, pemangku Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pulau Pinang, Deputi Superintendan Abdul Rahim Md Din berkata, polis sudah mengambil keterangan dari pemandu treler bagi membantu siasatan.

1

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote iza.moha 12-4-2014 03:21 PM
pakcik tu mgkin rajin baca Alquran di samping amalan hidupnya yg baik...
Quote pakweneelofa 12-4-2014 03:23 PM
tadkdir Allah mati bawah lori...seperti takdir anak2 luar nikah dilahirkan dalam tandas awam oleh ibunya yang penzina
Quote girlphg 12-4-2014 03:49 PM
iza.moha posted on 12-4-2014 03:21 PM
pakcik tu mgkin rajin baca Alquran di samping amalan hidupnya yg baik...

Al-Fatihah... semoga roh beliau ditempatkan di kalangan org2 beriman dan roh beliau dicucuri rahmatNya..
kawan bapa saya ni.. seorang yg cintakan masjid..


Quote lavajeans 12-4-2014 03:52 PM
Ni la contoh jasad org2 alim x di makan cacing...



Quote R2D2 12-4-2014 03:57 PM
berapa byk lava la ko ni
lepas ni lavacanon
Quote tuliphitam 12-4-2014 04:06 PM
Innalillahi wainna ilaihii raajiun...
Tulip Kenal dengan Hj Syukor dan isterinya, dia baru Balik mengerjakan haji tahun 2013...
Semoga rohnya dicucuri rahmat...
Quote alieyrina 12-4-2014 04:24 PM
Kesian pakcik ni..semoga ditempatkan dgn kalangan roh2 org beriman...

aku penah hadapi situasi mcm ni..border tgh jln berumput tu tggi n x rata..kaki tepeleot jatuh ke jalan..nasib xdak kereta lalu..kalau x, aku pun x wujud dah lani ..xpun cedera parah ..
Quote natberry 12-4-2014 04:33 PM
semoga arwah ditempatkan di kalangan org2 beriman
takdir kita ntah camner plak...
Quote TEDDYASESARA 12-4-2014 05:17 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun........
sesungguhnya kita semua adalah milik Allah dan kita semua akan berpulang kepadanya
Quote solstice 12-4-2014 05:21 PM
Semua org pon akan merasai mati
Cara jer berbeza2
😔
Quote batmana 12-4-2014 05:31 PM
metro kata lain

Digilis treler balik masjid 0 0Google +0 0 0Cetak


Oleh Hadzlihady Hassan
Georgetown: Angkara tersalah langkah sehingga terjatuh ketika cuba menyeberang jalan, seorang warga emas yang baru balik dari masjid maut dalam keadaan mengerikan apabila digilis treler 30 tan yang membawa muatan bahan binaan dalam kejadian di Jalan Tun Dr Awang, Bukit Jambul, di sini semalam.
Dalam kejadian jam 8.15 pagi itu, Syed Mohamed Shukor Syed Abdul Rashid, 64, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan.

Difahamkan, mangsa yang juga pemandu limosin itu baru pulang dari Masjid Sungai Nibong Kecil di sini dan berjalan seorang diri ketika mahu melintas jalan.

Bagaimanapun ketika mahu melangkah pembahagi jalan, dia secara tiba-tiba hilang kawalan serta keseimbangan badan dan terjatuh di atas jalan sebelum digilis lori terbabit.

Pegawai Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Barat Daya Zunaidin Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan jam 8.53 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian.

“Empat anggota bersama sebuah ambulans dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat ada mangsa tersepit di bawah lori.
“Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut mendapati mangsa sudah meninggal dunia akibat kecederaan di beberapa anggota badan,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pulau Pinang Deputi Superintendan Abdul Rahim Md Din ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kemalangan terbabit.
“Siasatan mendapati mangsa cuba melintas jalan, namun dia terjatuh dan pemandu lori yang datang dari Bukit Jambul ke Bayan Lepas tidak sempat menekan brek.

“Akibatnya, mangsa digilis lori terbabit dan dia mati kerana kecederaan parah di seluruh badan dan polis sudah menghantar mayatnya ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk dibedah siasat,” katanya.

Menurutnya, polis sudah mengambil keterangan daripada pemandu lori dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1), Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Quote batmana 12-4-2014 05:31 PM
the  star , tarak kata apa2 lak


Lorry runs over retiree
Tragic end: Fire and Rescue Department personnel attempting to extricate the body of the senior citizen after the accident in Jalan Tun Dr Awang.

Tragic end: Fire and Rescue Department personnel attempting to extricate the body of the senior citizen after the accident in Jalan Tun Dr Awang.
        
        
Email
        
        
        
        
        
Facebook
        
        
0
        

A SENIOR citizen died on the spot after he was run over by a lorry in Jalan Tun Dr Awang near Bukit Jambul in Penang.

Syed Mohamed Shukor Syed Abdul Rashid, 64, was said to be crossing the road from his house when he fell on the road. The retiree was then dragged for several metres by the lorry during the 8.15am incident yesterday.

George Town acting traffic police chief Deputy Supt Abdul Rahim Md Din confirmed the incident, adding that the body had been sent to the Penang Hospital mortuary for a post-mortem.

The case is being investigated under Section 41(1) under the Road Transport Act 1987 for reckless driving.
Quote batmana 12-4-2014 05:33 PM
Quote kucingTomey 12-4-2014 05:33 PM
lavajeans posted on 12-4-2014 03:52 PM
Ni la contoh jasad org2 alim x di makan cacing...

sebab arwah pergi masjid...buat amal...dekat diri ngan tuhan................bukan macam kau ....duduk menenggeng dekat forum siang malam....lepas tu buat kisah fantasi....lepas tu bergadoh dengan org...kata org itu ini..........................muhahahahaha itu jgn kata ulat nak makan..babi nak makan pun sedih....muahahahhahahahahahahaha.

Quote lavajeans 12-4-2014 05:52 PM
kucingTomey posted on 12-4-2014 05:33 PM
sebab arwah pergi masjid...buat amal...dekat diri ngan tuhan................bukan macam kau ....du ...

Tak cam lu...

babi ajak member dia datang kenduri makan lu..

Quote kucingTomey 12-4-2014 05:53 PM
lavajeans posted on 12-4-2014 05:52 PM
Tak cam lu...

babi ajak member dia datang kenduri makan lu..

ape nih??hambar.....muahhahahahahahahahaha

Quote lavajeans 12-4-2014 05:54 PM
kucingTomey posted on 12-4-2014 05:53 PM
ape nih??hambar.....muahhahahahahahahahaha

Tu member babi cakap kan masa makan lu...


Quote kucingTomey 12-4-2014 05:56 PM
lavajeans posted on 12-4-2014 05:54 PM
Tu member babi cakap kan masa makan lu...

ape nih dik...counter komen troll kau tak padu........pancut awal ni...mnuuahahahahahahah
Quote HUHA 12-4-2014 05:59 PM
ini pun ada kait dgn babi jugak?

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:34 AM GMT+8 , Processed in 0.047316 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top