CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

4 maut dalam nahas MPV bertembung lori

11-7-2013 09:40 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3991| Komen: 13

Description: KUCHING - Empat maut, tiga daripada mereka rentung setelah kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori pengangkut sebelum terbakar di Km56, Jalan Sri Aman-Sarikei, kira- ...
KUCHING - Empat maut, tiga daripada mereka rentung setelah kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori pengangkut sebelum terbakar di Km56, Jalan Sri Aman-Sarikei, kira-kira 200km dari sini, hari ini.

Kesemua yang maut dipercayai warga Indonesia dan pemandu MPV yang dikenal pasti sebagai Tinus Salleh, 45, telah terpelanting keluar terjatuh di permukaan jalan dan mati di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di bahagian kepala.

Jurucakap Balai Polis Sri Aman yang dihubungi dari sini berkata identiti tiga yang rentung masih belum dapat dikenal pasti.

Katanya dalam kejadian kira-kira 10.25 pagi itu, MPV berkenaan terperosok ke bahagian bawah lori sebelum terbakar.

Menurutnya kemalangan itu dipercayai berlaku selepas MPV itu hilang kawalan dan melencong ke laluan bertentangan dan bertembung dengan lori berkenaan.

Katanya pemandu lori berumur 34 tahun dan dua penumpangnya terselamat dan mereka dibawa ke Balai Polis Sri Aman untuk disoal siasat.

Mayat keempat-empat mangsa dibawa ke Hospital Sri Aman untuk bedah siasat. 

5

Bagus
14

Marah
11

Terkejut
9

Sedih
3

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (49 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gaara_X 11-7-2013 08:00 AM
laju-laju betoi orang sana bawak keta ek.....
Quote izamahmed 11-7-2013 08:02 AM
ni gambo dr Harian Metro
111.jpg
Quote mrsrezza 11-7-2013 08:04 AM
sedih bila baca kes kematian di bulan posa ni..


apa punca kemalangan?...pandu laju atau masalah jalan?
Quote izamahmed 11-7-2013 08:07 AM
mpv tu hilang kawalan, laju sangat kot
Quote neotoxin 11-7-2013 08:10 AM
kalu ikut laporan metro, masa kejadian ni ujan lebat
Quote izamahmed 11-7-2013 08:13 AM
apepun takziah diucapkan~
Quote AbukRokok 11-7-2013 08:20 AM
Indon lagi....
Quote zorrro_03 11-7-2013 08:24 AM
ttt.  mohon tukar avvy. pening tgk.
Quote mjla 11-7-2013 08:28 AM
MPV ape tu berkecai....
Quote kaknab 11-7-2013 08:47 AM
skeriiinya.. laju sangat pun bahaya, pelan sangat pun bahaya.. sentiasa besederhana adalah lebih selamat..
Quote izamahmed 11-7-2013 08:47 AM
mjla posted on 11-7-2013 08:28 AM
MPV ape tu berkecai....

ntah model ape. hangus da
Quote MelahJanda 11-7-2013 08:53 AM
driver lori jugak yg selamat bermuafakat
Quote izamahmed 11-7-2013 09:12 AM
MelahJanda posted on 11-7-2013 08:53 AM
driver lori jugak yg selamat bermuafakat

lori tu keras. kalau tak selamat jugak teruk benar kemalangan tu

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:18 AM GMT+8 , Processed in 0.068141 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top