Naziah Mat Nasir, 26, dari Alor Setar, Kedah berkata anaknya Muhammad Adam Aryan Muhammad Danial yang berumur 14 bulan mulai mengidap penyakit kulit menggelupas (eczema) pada badannya sejak berusia setahun. Namun setelah menerima suntikan protein dan dimasukkan darah di hospital itu pada 25 Mac lalu, penyakit itu bertambah serius dan merebak ke seluruh tubuhnya sehingga menyebabkan anaknya tidak lagi aktif dan asyik menangis sepanjang masa, katanya kepada pemberita di sini Khamis. Beliau dan anaknya dibenarkan pulang dari hospital pada 7 April namun tidak diberikan sebarang penjelasan mengenai keadaan penyakit anaknya, walaupun telah dimintanya. Sementara itu Penyelia Pusat Aduan Rakyat Pasir Gudang, Syed Othman Syed Abdullah yang menerima aduan daripada Naziah berkata pihak hospital perlu memberi penjelasan mengenai keadaan bayi itu kepada ibunya. Naziah telah membuat laporan polis semalam di Balai Polis Seri Alam mengenai perkara itu. Pengarah HSI, Dr Arbain Lani yang dihubungi berkata pihaknya akan menyiasat perkara tersebut dan akan menghubungi keluarga berkenaan setelah mendapat laporan perubatan bayi itu.--
|
2
Bagus |
10
Marah |
8
Terkejut |
3
Sedih |
6
Lawak |
2
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
addamnor posted on 10-4-2014 06:10 PM
Anak engkau ada allergic barangkali.. Jgn2 sudah ke tahap steven johnson kak.. Bertabah lah karena i ...
ADVERTISEMENT