CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Derita Sakit Misteri, Bayi Tinggal Kulit, Tulang

13-9-2013 09:42 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11980| Komen: 37

Description: Rantau Panjang – Seorang Bayi Sembilan Bulan, Di Kampung Tersang Menderita Penyakit Misteri, Tiga Bulan Selepas Dilahirkan.


RANTAU PANJANG – Seorang bayi sembilan bulan, di Kampung Tersang menderita penyakit misteri, tiga bulan selepas dilahirkan.

Ibunya, Marlina Ab Rahman, 33, berkata, anak bongsunya, Lia Nur Zahirah Osman dilahirkan normal, 1 Januari lalu namun berubah selepas menghidap batuk, muntah dan cirit-birit.

Ketika mendapat pemeriksaan lanjut di Hospital Pasir Mas, Marlina berkata, doktor mengesahkan darah anaknya dijangkiti kuman seterusnya merebak ke bahagian paru-paru.

“Selepas itu, susuk tubuh Lia semakin mengecil malah berat badannya menurun daripada 2.8 kilogram (kg) kepada 2.5 kg.

“Kini tubuhnya semakin cengkung malah hanya tinggal kulit dan tulang,” katanya, semalam.

Menurutnya, sebelum ini anak sulung dan anak ketiganya juga maut akibat penyakit yang sama.

Disebabkan sibuk menguruskan anak bongsu, Marlina tidak mempunyai masa untuk ke pejabat Jabatan Kebajikan dekat Pasir Mas.

Lebih merisaukan katanya, anak keduanya, Mohd Khairul Ikhwan Osman, 11, merupakan pesakit autisme sejak lahir.

Menurutnya, jika dihubungi oleh guru, suaminya, Osman Kamar, 35, terpaksa ke sekolah untuk membersihkan kotoran setiap kali buang air besar.

Dalam masa sehari katanya, Khairul menggunakan tiga lampin pakai buang termasuklah ketika berada di sekolah.

Disebabkan perkara itu, suaminya diberhentikan kerja kerana sering meminta cuti daripada majikan.

“Ia menyebabkan pendapatan keluarga semakin berkurangan, maka saya memohon agar bantuan dipanjangkan, demi keperluan kami sekeluarga.

“Buat masa ini, keperluan kami dibantu oleh orang tua malah terpaksa menumpang di rumah bersama 10 lagi adik-beradik yang lain,” katanya.


(Pada mereka yang ingin menghulurkan bantuan boleh lakukannya di 03081020133685 (Bank Islam) Marlina Ab Rahman. No hp: 0139358641)

6

Bagus
11

Marah
9

Terkejut
10

Sedih
4

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (47 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AdamBillionaire 12-9-2013 09:45 PM
innalillah.
Quote FlowerGirl 12-9-2013 10:10 PM
Kesian...anak dia semua berpenyakit
Quote mesmerize 12-9-2013 10:36 PM
dugaan Allah. semoga akak ni tabah menghadapi. semoga diberi ganjaran besar oleh Allah atas kesabaran akak ni dah suaminya.
Quote bianglala 12-9-2013 10:53 PM
berat mata kita memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Quote munchkin 12-9-2013 11:36 PM
semoga dipermudahkan utk kakak ni. Dan semoga segera sembuh
Quote yayah8989 13-9-2013 12:08 PM
beratnye dugaan akak ni..
Quote nicuya 13-9-2013 12:09 PM
siannye..x sanggup nk tgk..semoga akak ni tabah
Quote shiro82 13-9-2013 12:10 PM
semoga baby lia cepat sembuh dan di berikan kesihatan yang baik.
Quote saladin780 13-9-2013 12:53 PM
kesiannya......
Quote deananie 13-9-2013 01:02 PM
tumpang simpati pada keluarga ini. moga anak itu menjadi saham akhirat akak ni.
Quote malaywood.NET 13-9-2013 01:07 PM
Cian nya....
Quote girly.. 13-9-2013 01:24 PM
siannya... bera sungguh dugaan dia Ya Allah semoga Kau permudahkan segalanya... Amin..
Quote Lista 13-9-2013 01:36 PM
Kita melihat anak2 kita membesar dgn sihat. Tapi keluarga ni diberi ujian kesemua
anaknya sakit dan ada yg meninggal.. Bersabarlh wahai kelurga ni..Kita juga akan
kembali kpd-NYA...
Quote somaki 13-9-2013 01:37 PM
sapa2 bolehlah post berita ni kat wall2 fb wakil rakyat. semoga mendapat perhatian dari pihak berkenaan.
Quote azalia72 13-9-2013 01:42 PM
Ya Allah kesiannya.. beratnya dugaan, tambahan sampai kena berhentikan kerja sebab nak jaga anak
Quote ogata 13-9-2013 01:53 PM
FlowerGirl posted on 12-9-2013 10:10 PM
Kesian...anak dia semua berpenyakit

saya tak baca habis....tengok pic je dah cukup sedih..
adakah kedua ibu bapa mereka ada talesimia??or ada masalah genitic lain???
Quote twins 13-9-2013 01:58 PM
hebat sungguh dugaan dia sekeluarga...
Quote batmana 13-9-2013 02:13 PM
harapnya sembuh nnti..beso dugaan ni..
Quote Budakmomok 13-9-2013 02:26 PM
adakah ini penyakit keturunan?harap ada pihak dapat membantu. kalau salah seorang ibu bapa mmepunyai gen penyakit keturunan x mustahil anak akan sakit.

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:13 PM GMT+8 , Processed in 0.065304 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top