PETALING JAYA - Tindakan luar kawal segelintir peniaga yang bertengkar sesama sendiri menyebabkan suasana pada hari penjualan borang bazar Ramadan tahun ini yang dijalankan di Stadium Kelana Jaya kelmarin bertukar kecoh sehingga memerlukan pengawasan anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). Insiden kekecohan dikatakan bermula selepas ada pihak yang didapati memotong barisan sebelum kaunter penjualan borang bagi tapak Kelana Jaya dibuka pada jam 9 pagi. Menurut salah seorang peniaga, Ezani Hata, 32, dia telah menunggu di stadium berkenaan sejak jam 6.30 pagi bagi mengelakkan kesesakan berlaku. “Masa saya sampai dah ada 100 peniaga beratur tunggu giliran sementara kaunter dibuka jam 9 pagi," katanya. Katanya, pada awalnya semua berjalan lancar sehinggalah jam menunjukkan 8.45 pagi apabila semakin ramai peniaga datang memenuhi stadium. "Tiba-tiba ada yang ambil kesempatan nak potong barisan. Datang lewat tapi tak nak tunggu lama. Jadi peniaga yang dah datang dari awal pagi naik berang," katanya.
Dalam pada itu, seorang peniaga lain, Halimaton Sa’adiah, 42, berkata, sistem yang diguna pakai MBPJ ketika menjual borang turut menimbulkan kemarahan sebilangan peniaga kerana dianggap tidak adil.
"Ada peniaga yang datang lambat tapi dibenarkan ambil borang. Kemudian peniaga lain pula datang serbu kaunter tersebut. Lama-lama kaunter terpaksa ditutup sebab ramai sangat orang berebut," katanya. Tambah Halimaton, pihaknya mencadangkan agar MBPJ dapat menggunakan sistem penggiliran secara bernombor pada tahun akan datang bagi mengelakkan masalah sama berulang. Sementara itu, Timbalan Pengarah Pelesenan MBPJ, Sharinaz Samsudin berkata, kejadian sedemikian berlaku hampir pada setiap tahun memandangkan terdapat segelintir peniaga bimbang borang yang disediakan tidak mencukupi dan mula berebut sesama sendiri. Sharinaz berkata, bagi tapak Kelana Jaya, pihaknya telah menyediakan sebanyak 250 borang permohonan dan jumlah berkenaan adalah mencukupi untuk semua peniaga yang hadir ke kaunter tersebut. “Saya sudah berkali-kali memaklumkan kepada mereka bahawa borang yang disediakan adalah mencukupi namun masih ada segelintir peniaga yang berdegil dan tidak mengikut prosedur ditetapkan,” katanya. Menurut Sharinaz, disebabkan masalah berkenaan, kaunter tersebut tergendala selama 30 minit. Tambahnya, anggota polis dan penguatkuasa daripada MBPJ serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terpaksa dikerahkan ke kaunter berkenaan bagi mengawal situasi yang berlaku. “MBPJ menggunakan konsep ‘first come, first served’ dan ada pihak yang tidak mengikut prosedur serta cuba memotong barisan individu yang datang lebih awal. “Perkara ini menyebabkan berlakunya pertengkaran,” katanya. Jelasnya, keadaan berjaya dikawal oleh pihak penguatkuasa dan hanya kaunter berkenaan yang mengalami kelewatan operasi disebabkan oleh permasalahan tersebut. |
3
Bagus |
6
Marah |
7
Terkejut |
4
Sedih |
6
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
roy3 posted on 6-4-2014 01:24 AM
Knp x buat online sj eh..x bole ke?peniaga pn x sakit hati beratur n x bergaduh..those yg da meniaga ...
Al-Patih posted on 6-4-2014 07:09 AM
maso nak buwek duit ....
LavaConcubine posted on 6-4-2014 01:42 AM
uiks.... mengumpat diri sendiri yang diri tu bongok nak mampos!!!!
ADVERTISEMENT