CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bekas Kekasih Dicekik

26-4-2014 04:05 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4636| Komen: 15

Description: Dalam Kejadian Jam 7.30 Malam Kelmarin Itu, Lelaki Berusia 30-An Itu Datang Ke Kediaman Wanita Berusia 22 Tahun Itu Di Rawang Dengan Tujuan Berbaik Semula Dan Menjalinkan Hubungan Cinta Yang Terputus ...
Gombak: Berang rayuannya untuk kembali bersama ditolak bekas teman wanitanya, seorang lelaki tergamak memaki hamun, mencekik dan memukul sebelum mengugut ingin membunuh bekas kekasihnya itu.

Dalam kejadian jam 7.30 malam kelmarin itu, lelaki berusia 30-an itu datang ke kediaman wanita berusia 22 tahun itu di Rawang dengan tujuan berbaik semula dan menjalinkan hubungan cinta yang terputus sebelum ini.

Menurut sumber, percubaannya itu gagal selepas mangsa enggan menerimanya semula dan memberi alasan bekas teman lelakinya itu seorang yang panas baran kerana sering memukulnya.

“Geram dengan tindakan mangsa yang enggan kembali kepadanya menyebabkan lelaki itu mengamuk dan terus memaki hamun mangsa.

“Malah mangsa yang terkejut cuba melarikan diri ke dalam rumah, namun gagal apabila rambutnya ditarik sehingga terjatuh,” katanya.

Sumber berkata, tidak cukup dengan itu, lelaki itu turut memukul mangsa sebelum mencekik bekas kekasihnya itu sehingga sesak nafas dan hampir pitam.


“Malah lelaki itu juga mengugut ingin membunuh mangsa jika wanita terbabit enggan menerimanya semula sebagai kekasih.

“Mangsa yang kesakitan merayu dilepaskan sebelum berpura-pura bersetuju ingin menjadi kekasihnya semula menyebabkan lelaki itu berhenti memukulnya,” katanya.

Menurutnya, selepas keadaan kembali tenang, lelaki terbabit terus beredar dan berjanji tidak mencederakan mangsa lagi.

Mangsa yang bimbang kejadian sama berulang kemudian membuat laporan di Balai Polis Rawang.

Jurucakap polis mengesahkan kejadian itu dan siasatan dijalankan.


4

Bagus

Marah

Terkejut
3

Sedih
4

Lawak

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Al-Patih 26-4-2014 05:39 AM
perangai lelaki tu ...macang lanun...ingat pempuan tu hak mutlak dia...low class
Quote mak_wa95 26-4-2014 06:19 AM
Tu sebab pompuan dok lari ikut indon n bangla....indon dengan bangla ayat manis kut...ni lelaki melayu dah keje xsemenggah,pas2 belum jadi bini dah pukul memukul...
Quote alinone78 26-4-2014 06:29 AM
Bagus pompuan ni
Clash sebelum mati
Quote Dewa19XKangen 26-4-2014 07:14 AM
dulu yang tu yang nak sangat tegedik gedik,dah kena jamah ngan makan tangan,xmau pula,ka ka ka..
Quote noor2 26-4-2014 08:05 AM
siapa nak lelaki jenis mental mcm  ni..terbukti awal2 lagi
Quote nurul_akmar 26-4-2014 08:12 AM
baguslah pompuan tu sedar sblm kawen
Quote fazzrules 26-4-2014 09:03 AM
pompan ni bijak..syabas..
Quote debab_78 26-4-2014 09:08 AM
harap ppuan tu selamat.. risau lak dendam kesumat laki tu.
Quote BotakChinPeng 26-4-2014 09:22 AM
Thanggachi kata tak mau ... tak mau la
Quote pakweneelofa 26-4-2014 10:40 AM
aku pelik awek muda2 ni ske yang tua2..padahal yang tua2 ni psiko gak
Quote purpledesire 26-4-2014 11:17 AM
org kalo dah taknak tu, angkat kaki pastu blah la..yg ko duk pakse2 org tuk terima ko lg nape.?
Quote munchkin 26-4-2014 11:50 AM
Syabas pada pompuan ni
Quote imransulaiman 27-4-2014 11:42 AM
Good job!
Quote tongkatwaran75 27-4-2014 11:49 AM
pakweneelofa posted on 26-4-2014 10:40 AM
aku pelik awek muda2 ni ske yang tua2..padahal yang tua2 ni psiko gak



30an tua ker?

Quote -electrifying- 28-4-2014 11:34 AM
mak_wa95: Tu sebab pompuan dok lari ikut indon n bangla....indon dengan bangla ayat manis kut...ni lelaki melayu dah keje xsemenggah,pas2 belum jadi bini dah pu ...


betul tu

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 12:26 AM GMT+8 , Processed in 0.055427 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top