CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Misteri Mayat Bertatu Naga Di Kubur Islam

7-4-2014 09:36 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10780| Komen: 59

Bukit Mertajam: Mayat seorang lelaki mangsa bunuh ditemui dalam keadaan mengerikan dengan kesan sembelih di leher, kelar di rusuk kanan serta perut ditoreh dari dada ke pusat menyebabkan isi perutnya terburai di kawasan rumah pam air di Jalan Permatang Nibong, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian pada jam 7.40 malam itu, anggota polis yang bertugas di Balai Polis Bukit Tengah menerima panggilan daripada orang awam mengenai penemuan mayat berkenaan menyebabkan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri dan Unit Anjing Pengesan (K9) dikejarkan ke tempat kejadian.

Sumber berkata, mayat ditemui dalam keadaan telentang dan masih lengkap berpakaian serta terdapat kesan tatu bercorak naga di dadanya dan pemeriksaan mendapati tiada kesan suntikan BCG di lengan serta tiada dokumen pengenalan diri dijumpai pada mayat dipercayai warga asing itu.

"Keadaan mayat itu cukup mengerikan apabila terdapat kesan sembelih di leher, kesan kelar di rusuk kanan, perut terburai selain kesan tikaman pada telinga di sebelah kanan serta kesan hentakan objek tumpul di sebelah kanan kepala.

"Kejadian bunuh dipercayai berlaku di tempat lain sebelum mayat itu dibuang di tempat ia dijumpai berdasarkan kesan darah yang sudah kering, selain tiada kesan titisan darah di tempat kejadian dan kesan pergelutan," katanya.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

POLIS mengangkat mayat lelaki dengan kesan leher dikelar dan perut terburai dalam kawasan sawah padi di Jalan Permatang Nibong berhampiran tanah perkuburan islam Permatang Nibong.

4

Bagus
15

Marah
13

Terkejut
7

Sedih
11

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (62 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 7-4-2014 07:13 AM
malaysia darul bunuh...
Quote tongkatwaran75 7-4-2014 07:13 AM

POLIS mengangkat mayat lelaki dengan kesan leher dikelar dan perut terburai dalam kawasan sawah padi di Jalan Permatang Nibong berhampiran tanah perkuburan islam Permatang Nibong. FOTO Amir Irsyad Omar
Quote Al-Patih 7-4-2014 07:16 AM
kalu dah bertatoo....puak geng ni ...
Quote yipun_78 7-4-2014 07:19 AM
mayit tu apa abam?
Quote Syd 7-4-2014 07:23 AM
yipun_78 posted on 7-4-2014 07:19 AM
mayit tu apa abam?

mayat laaa

orang dedulu panggil mayit

Quote yipun_78 7-4-2014 07:25 AM
Syd posted on 7-4-2014 07:23 AM
mayat laaa

orang dedulu panggil mayit




oooo tatau, macih
Quote rosasa 7-4-2014 07:32 AM
tatu naga ye... mcm jebat pulaks   
Quote amiraira 7-4-2014 08:11 AM
biar la dia bersemadi dgn aman kt perkuburan islam....
Quote kucen_miang 7-4-2014 08:13 AM
Syd posted on 7-4-2014 07:23 AM
mayat laaa

orang dedulu panggil mayit

ooo ye ke? purbanya TT ni.
Quote salimrock 7-4-2014 08:23 AM
apa motip pakai tatoo...?

dayak , sakai, barangkali.......
Quote mamasaffiya 7-4-2014 08:29 AM
OT jap
kalau tak ada BCG incase ada jadi apa2 mmg terus dikata bukan rakyat Malaysia ke?
suami sy mmg tak ada BCG ...
masa darjah 6 asyik pindah randah
sudahnya tak ada BCG smpai skrg
ada apa2 effect ke?
Quote qislea 7-4-2014 08:34 AM
oooooOO...
kesan cucuk BCG tu sebagai pengenalan awal bukti rakyat malaysia ke kalau takde dokumen diri???
Quote MummySafa 7-4-2014 08:48 AM
bunuh membunuh...geng kongsi gelap ke ape ni...
Quote xAthenax 7-4-2014 08:51 AM
salimrock posted on 7-4-2014 08:23 AM
apa motip pakai tatoo...?

dayak , sakai, barangkali.......

ada jugak melayu bertatoo
jangan tak tau
Quote totokreturn 7-4-2014 08:57 AM
Malaysia masih aman....
Malaysia masih aman....
Malaysia masih aman.....

Dah bermacam musibah kat malaysia sejak kebelakangan nih... pun tak sedar2 diri lagi....
Quote nidzrain 7-4-2014 08:57 AM
kalo dah bertatoo xkn la islam kan... ke mcm mne?
Quote zameyla 7-4-2014 09:01 AM
ada jugak yg islam bertattoo...nauzubillah..
Quote kucen_miang 7-4-2014 09:05 AM
mamasaffiya posted on 7-4-2014 08:29 AM
OT jap
kalau tak ada BCG incase ada jadi apa2 mmg terus dikata bukan rakyat Malaysia ke?
suami sy  ...

bcg adalah vaksin utk melindungi dr batuk kering. so effectnya suami akak senang kena jangkitan batuk kering so bila berada dlm lingkungan warga asing harus hati2.
Quote Perkele 7-4-2014 09:12 AM
Bukit Mertajam: Mayat seorang lelaki mangsa bunuh ditemui dalam keadaan mengerikan dengan kesan sembelih di leher, kelar di rusuk kanan serta perut ditoreh dari dada ke pusat menyebabkan isi perutnya terburai di kawasan rumah pam air di Jalan Permatang Nibong, di sini, malam tadi.



errkkkss....dendam ???

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 12:02 AM GMT+8 , Processed in 0.055122 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top