Kini ramai lelaki yang berambut panjang, dan fesyen berambut panjang ini bukan lagi fesyen yang luar biasa, kerana lelaki yang mempunyai rambut panjang juga mampu menarik perhatian wanita di luar sana yang sukakan lelaki berjiwa rock. Namun jika mempunyai rambut panjang tetapi mengabaikan penjagaan rambut, ia pasti akan kelihatan kusut dan tidak terurus, malah dipandang selekeh. Oleh itu di sini kami ingin berkongsi dengan anda lelaki di luar sana yang mempunyai rambut panjang beberapa tips untuk menjaga aset berharga anda itu. Cuci rambut setiap hari Golongan lelaki cenderung berpeluh dengan banyak berbanding wanita. Apabila anda berpeluh, potensi rambut berminyak dan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan boleh mengganggu hari anda. Anda disarankan membasuh rambut setiap hari untuk elak rambut berminyak, berbau dan menghasilkan kelemumur. Jangan gosok rambut basah dengna tuala Elakkan menggosok rambut basah dengan tuala kerana ia akan membuatkan rambut anda bercabang, mudah patah, tidak sihat dan kelihata kering. Seeloknya, biarkan rambut kering secara semula jadi dan lap dengan perlahan. Jangan guna alat pelurus rambut Elakkan dari menggunakan alat pelurus rambut kerana ia akan membuatkan rambut kering,keras, rapuh dan sukar untuk mengekalkan rambut yang lembut. Pakai krim pelindung rambut Pancaran matahari bukan saja boleh merosakkan kulit kepala, malah boleh merosakkan rambut jika anda terdedah di bawah cahaya matahari terlalu lama. Sinar UVA dan UVB boleh merosakkan rambut dan melunturkan warna rambut anda dengan mudah. Elak ikat rambut terlalu ketat Memakai topi yang ketat atau mengikat rambut dengan getah yang kuat akan menyebabkan masalahtraction alopecia iaitu kehilangan rambut akibat tertarik akar rambut tanpa sedar ketika mengikat rambut. Untuk elak rambut tercabut, pakailah topi yang tidak terlalu ketat dan ikatlah rambut dengan getah yang lembut dan longgar.
|
qasehnuramy posted on 24-5-2014 11:22 AM
eh xla..bukan pakar rambut..
tp meh nk gtaw...kawan qaseh g berubat kat pusat ayurveda...
ADVERTISEMENT