Lebih malang apabila mangsa yang hanya mahu dikenal sebagai Yap, 31, turut dibelasah, disamun dan ditinggalkan di tepi semak dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam kejadian kira-kira 7.45 malam, Rabu lalu. Menurut Yap, sehari sebelum kejadian, dia baru saja mengambil kereta jenis Perodua Myvi berkenaan dari salah sebuah pusat jualan di daerah ini. “Siapa yang tidak gembira bila mendapat kereta baharu, bahkan saya bercadang mengubah suai kereta tersebut. “Jadi selepas mengambil kereta, saya terus menghantarnya kepada seorang kawan untuk membuat ubah suai dan kereta itu masih belum sempat dibawa pulang ke rumah,” katanya. Penyelia kilang itu berkata, keesokan hari, rakannya menghubunginya kira-kira 7.20 malam memberitahu keretanya sudah siap dan dia berjanji berjumpa dengan rakannya itu di tepi jalan kira-kira 100 meter daripada lokasi rumahnya di Mantin. “Memandangkan ia dekat, saya hanya berjalan kaki sahaja dan beberapa minit selepas itu kawan saya pun sampai. Bagaimanapun, kira-kira lima minit saya memandu kereta itu, tiba-tiba sebuah kereta lain dinaiki tiga lelaki merempuh kereta saya dari arah belakang," katanya. Menurutnya, ketiga-tiga lelaki itu meluru kepadanya sebelum memukulnya sehingga pengsan. "Sebaik sahaja sedar, saya berada di tepi belukar serta tangan kiri berdarah, selain dompet dan kereta saya juga hilang. Saya kemudian berjalan kaki pulang ke rumah dan memberitahu kejadian itu kepada emak, sebelum membuat laporan polis,” katanya. Sementara itu Ketua Polis Daerah Nilai, Superitendan Abdullah Roning mengesahkan menerima laporan kejadian. Beliau berkata, kes berkenaan masih dalam siasatan polis.
|
edee_91 posted on 30-3-2014 07:20 AM
gembira dapat kereta baru? gilo koooo.... aku dapat tengok kereta baru aku masa tu, yg aku pikir cem ...
lavacall posted on 30-3-2014 03:32 PM
orang kaya dgn org smiskin fikiran memang jauh berbeza tang kereta baru ni...
lavacall posted on 30-3-2014 03:32 PM
orang kaya dgn org smiskin fikiran memang jauh berbeza tang kereta baru ni...
jazaa posted on 30-3-2014 09:27 AM
aku pun pelik apsal dpt keta baru pening pala......
klu aku tak sabar2 nak koyak plastik.......:l ...
cupu posted on 30-3-2014 03:54 PM
blh claim kan?
nasib la..sape suh xbuat smyg hajat beli kete baru.
fcl29 posted on 30-3-2014 05:52 PM
betul eh kalo ade plat kete yg bercorak tepi tu (perasan x?) maknanye kete tu dah disembahyangkan? ...
subee posted on 30-3-2014 06:56 PM
Jazaaa...
Jangan...ada budak kat oips aku...dah 6 tahon, plastik kereta dia tak tanggai2 lagi.... ...
kucingTomey posted on 30-3-2014 04:02 PM
hilux lagi la......kuar tghhari..petang dah sedekah kat pencuri....pakai cobra lock.....kena towing. ...
ADVERTISEMENT